A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Monday, September 06, 2010

ISLAM di Malaysia bersatu? Benarkah?

Ada yang cakap demi ISLAM kita perlu bersatu. Ada yang kata, kerana ISLAM kami bersatu. Malah ada yang menuduh orang lain bersatu kerana Melayu dan bukan kerana ISLAM dan ada yang memperlekehkan permintaan orang yang tidak sejiwa untuk bersatu kerana berlainan landasan dan ada pula yang mengatakan bahawa dia bersatu walaupun berlainan panji. Benarkah kita bersatu atas nama ISLAM? Benarkah kita tidak bersatu kerana berasaskan bangsa dan bukan agama seperti kata pihak lagi satu? Yang mana satu betul?

Pada saya, kedua-duanya tidak betul... Kenapa?

1. Kita ada 3 parti yang majoritinya orang melayu dan umat ISLAM. Kalau benar kita bersatu, kita tidak perlu parti atau tidak perlu berpecah 3 walaupun dua itu dari pakatan yang sama. Hakikatnya, dari pakatan sama pun senantiasa bergaduh walau tidak jelas, apatah lagi berlainan pakatan.
2. Didalam satu kawasan, kita ada masjid dan surau. Kenapa perlu sehingga 2 tempat solah? Ada yang bagi alasan bahawa Masjid sudah penuh, jadi perlu di buat surau untuk tampung jemaah. Soalan saya, kenapa tidak diperbesarkan sahaja Masjid itu?
3. Didalam dewan solah, imam selalu berpesan sebelum solah.. "Rapatkan dan luruskan sof kerana sesungguhnya sof yang sempurna itu melahirkan solah yang sempurna"... Cuba perhatikan.. di sof depan pun masih ada rongga-ronga yang jelas dan susunan yang tidak teratur.

Jadi, adakah kita bersatu?

No comments: