A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Wednesday, September 15, 2010

Melayu bersatu? Islam Bersatu? Benarkah... sambungan

Minggu lepas saya pertikaikan akan kebenarannya mengenai melayu bersatu atau ISLAM bersatu dan tonjolkan 3 sebab yang saya katakan bahawa melayu atau ISLAM di Malaysia tidak bersatu. Sekarang, saya nak tambah satu lagi sebab yang saya ketemui ketika dalam perjalanan ketempat kerja...

Satu banting @ banner ucapan selamat hari raya dari PAS di Bandar Tasik Puteri. Bantingnyer hanya satu, tapi yang menariknya ialah pada bahagian dari mana ucapan diucapkan. Ada 4 cawangan PAS didalam senarai itu. Dan paling menghairankan ialah semua cawangan itu berada berdekatan antara satu sama lain. Dan semuanya berada dalam lingkungan bandar tasik puteri. Persoalannya, kenapa sampai 4 cawangan? Besar sangat ke tasik puteri tu? Kalau besar pun, kenapa perlu ada empat? kenapa tidak disatukan? kenapa nak pisahkan pada 4 pasukan?

hmm... sendiri fikirlah.

No comments: