MAIWP kemukakan bantahan awal
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan seorang peguam wanita bukan Islam yang mahu mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam dibenarkan berkhidmat di Mahkamah Syariah di sini....[baca selanjutnya]Semasa mendengar berita ini pertama kali, terdetik didalam hati untuk mengkaji mengenai perkara ini secara logikanya dan mencari yang tersirat disebalik permintaan ini. Yang pastinya, jika ini dijadikan agenda politik, pastinya PR akan menyokong permintaan peguam ini dan ulama-ulama didalamnya akan keluarkan kenyataan berkaitan kebaikan yang kononya dapat mendedahkan bukan ISLAM pada ISLAM dan mengaitkannya akan kejadian di Zaman Rasul S.A.W dan para sahabat. Ironinya, pernahkah kita berfikir secara mendalam akan akibatnya dari sesuatu yang kita tidak jangkakan. Rambut sama hitam, hati tetap lain-lain.
Melihat pada namanya, Victoria Jayaseele Martin, sudah pasti kita akan sedia maklum akan agamanya. Bila melihat pada itu, terdetik saya untuk merenung sejarah di zaman kegemilangan ISLAM dan juga ketika Melaka teguh pemerintahannya dibawah panji ISLAM. Apakah yang menjatuhkan mereka ini? Kenapa yahudi yang dulu tenggelam, kini merupakan kuasa utama dunia sehinggakan tiada ada satu negara pun didunia ketika ini sanggup berdepan dengan mereka. Mengapa eropah yang pernah mengalami zaman kegelapan, kini jauh meninggalkan ISLAM?
Satu persoalan yang amat mudah kita ungkapkan, tetapi realitinya, kita masih tidak berupaya mengubati barah yang semakin kuat menular. Yahudi mengkaji Al-Quran dan mencari kekuatan umat ISLAM kerana dimana terletaknya kekuatan ISLAM, disitu juga merupakan titik kelemahan umat ISLAM. Begitu juga dengan penganut agama lain yang mengenal ISLAM ketika zaman kegemilangannya bukan sekadar untuk menimba ilmu, tetapi juga seperti bangsa yahudi, yakni mencari kelemahan umat ISLAM semua. Dan kerana itu, kita dapat lihat, umat ISLAM semakin lama semakin mundur, lemah, dan tidak berupaya. Seperti mana berpuluh negara ISLAM yang mengelilingi palestin, tetapi tidak mampu menewaskan yahudi yang dikelilinginya. Anak muda diumpan dengan jaringan sosial, hak asasi, hiburan tanpa had agar mereka jauh meninggalkan kekuatan mereka, yakni Al-Quran dan Sunnah.
Jadi, apa kaitannya dengan permintaan peguam tersebut untuk menjadi peguam di mahkamah syariah. Untuk perkara ini, harus kita senaraikan akan kejadian-kejadian yang mampu kita fikirkan akan signifikasinya permintaan beliau itu. Kejadian tersebut ialah:
1. Kisah kematian beberapa umat ISLAM dimana perginya mereka ini tanpa sempat memaklumkan pada kaum keluarga mereka mengenai agama yang telah ditukar dan dianuti.
2. Kisah beberapa orang golongan berfikiran cetek sehingga sanggup membuat permohonan untuk murtad.
3. Kisah umat ISLAM yang lalai menjalankan kewajipannya dan rela melakukan maksiat seperti zina, minum arak, dan lain-lain
4. Kisah permintaan penggunaan kalimah Allah
Dan pelbagai lagi kisah dan kejadian yang tidak dapat saya fikirkan ketika ini. Semua ini menjadi satu peluang untuk peguam bukan ISLAM berbakti andai kata mereka ini dibenarkan mencampuri urusan Mahkamah Syariah. Bayangkan, jika ada kes permohonan murtad, sudah pasti yang akan membela mereka ialah peguam yang bukan ISLAM. Apa impaknya, makin ramai yang tanpa segan silu membuat permohonan kerana tahu mereka akan dibela. Bagaimana pula kes kematian? Maka, akan berlarutanlah perbalahan ini kerana sudah ada pihak yang akan mempertahankan pendapat mereka. Malah ia akan menjadi sukar kerana pihak ini sentiasa akan mencari kesilapan pihak berkaitan untuk memastikan lebih ramai yang dimasukkan ke neraka. Bagaimana pula yang melakukan perkara mungkar. Pastinya mereka seronok kerana ada peguam bela yang akan membela nasib mereka dari dikenakan hukum huduk.
Maka, direnung jauh akan impaknya pada Malaysia andai permohonannya berjaya, Malaysia akan menjadi seperti negara sekular lain, murtad berleluasa, maksiat dimana-mana, dan ISLAM hanya pada agama dan nama, tidak pada kehidupannya.
Oleh itu, haruslah kita pastikan agar ini tidak terjadi dan ISLAM kekal sebagai agama yang suci, tidak dicemari oleh perkara yang dibenci.
No comments:
Post a Comment