Google

Tuesday, May 27, 2008

Kenaikan petrol 40 sen tak bebankan rakyat???

Petikan dari kata Ketua Jabatan Ekonomi, London School of Economics and Political Science (LSE), Prof Danny Quah di dalam Berita harian
"KENAIKAN harga petrol sehingga 40 sen dijangka tidak terlalu membebankan rakyat dan memberi kesan buruk ketara terhadap ekonomi Malaysia berikutan jangkaan peningkatan inflasi yang masih terkawal."

"Sistem subsidi petrol (dan diesel) yang diamalkan sekarang lebih kepada `menguntungkan golongan kaya'"

"Mengambil contoh China yang suatu ketika dulu adalah sebuah negara miskin dan bangun menjadi kuasa ekonomi global tanpa subsidi minyak. "

Pendapat saya:
1. Kenaikan 30sen yang dinaikkan tahun lepas masih lagi terasa. Gaji yang ada masih lagi didalam penyesuaian akibat kenaikkan tersebut. Ini tidak termasuk kenaikkan harga barangan serta kos lain. Penduduk Malaysia, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan kebawah masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kos yang tinggi. Ada yang terpaksa berhutang dan dalam proses membayar hutang akibat kenaikkan tersebut. Apakah Prof berfikir secara rakyat Malaysia atau rakyat London? Apakah prof bandingkan kos prof dengan kos kami? Adakah prof bandingkan sumber kewangan prof dengan kami?

2. Benar, ia menguntungkan pihak yang kaya. Tapi, dengan penambahan 40sen itu, ia tidak akan memberi kesan pada golongang tersebut juga (malah mungkin akan bertambah kaya). Yang terus menanggung beban ialah yang berpendapatan sederhana dan rendah (mungkin akan tersungkur terus kerana beban yang ditanggung terlalu berat).

3. Ambil contoh tidak diambil keseluruhannya. Tahukah prof negara cina walaupun hidup tanpa subsidi petrol, tapi lihat pada sistem pengangkutan disana. Lihat juga taraf hidup disana. Lihat juga jurang pendapatan antara yang mewah dan yang miskin. Mahukah kita ujudkan begitu di sini? Sudah lah jurang disini juga ujud, tapi sekurang-kurangnya janganlah ketara.

Malah dalam TV, ada pendapat mengenai pemberian elaun juga tidak masuk akal. Ini akan membuka peluang pada penyelewengan serta kemungkinan orang yang patut mendapat subsidi tidak mendapat subsidi dan yang tidak patut dapat subsidi dapat subsidi. Tidakkan kita lupa betapa Kementerian Pendidikan pernah mengalami situasi sama berkaitan pemberian buku teks?

Persoalan:
1. Adakah dengan idea prof, kerajaan mampu kurangkan inflasi?
2. Adakah dengan idea prof, kemiskinan boleh dibasmi?
3. Adakah dengan idea prof, kami akan tidak terbeban?
4. Adakah idea prof ini terbaik, yang sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pakar ekonomi?

Pendapat saya:
1. Subsidi diteruskan, tapi dikawal. Pemberian subsidi boleh dilaksanakan dengan kawalan melalui MyKad atau Kereta yang dipandu. Contoh:
i. Jika kereta Mercedes, BMW, atau Perdana (kereta mewah) - tiada subsidi
ii. Jika kereta 1300cc - 1500cc (jenis sederhana) / kereta mewah lama (mercedes tahun 80) - subsidi pada 30%
iii. kereta 1299cc ke bawah - subsidi 50%...

Contoh jika menggunakan MyKad:
i. Jika gaji RM10000 keatas dan tanggungan 5 kebawah - tiada subsidi
ii. Jika gaji RM10000 keatas dan tanggungan lebih dari 5 - subsidi 10%
iii. Jika gaji RM5000 keatas dan tanggungan 3 atas dan tinggal dibandar - subsidi 20%
iv. Jika gaji RM2000 dan tanggungan 3 dan menetap dikampung - subsidi 15%

2. Semua kenderaan dengan nombor pendaftaran luar - Tiada subsidi tanpa kira jenis kereta.

Monday, May 26, 2008

Menang sorak kampung tergadai....

Batu putih sah menjadi hak singapura. Negara yang kecil tapi mempunyai kawasan sempadan yang luas. Malah, sesuatu yang tidak logik apabila pulau batuan tengah yang berada dibawah diberi pada Malaysia.

Adakah logik mahkamah putuskan begitu? Ya, benar bahawa Malaysia tidak pernah menghalang singapura membina rumah api serta berkawal di situ. Bukan kerana mengakui kedaulatan singapura di pulau itu, tetapi atas sikap tolak ansur serta semangat kejiranan yang ingin berkongsi perairan demi kesejahteraan peduduk di kedua negara. Atas semangat kejiranan jualah malaysia tidak pernah menembak jatuh pesawat singapura yang berulang kali melangkaui sempadan malaysia. Atas semangat kejirananlah Malaysia sentiasa memastikan singapura mendapat bekalan air bersih. Atas semangat kejirananlah Malaysia tidak membina jambatan bengkok serta membiarkan rakyatnya @ nelayan sengsara. Selain itu, tidakkah ICJ tahu bahawa Singapura itu dulu milik Malaysia? Tidakkah mereka tahu bahawa Singapura hanya merdeka dan keluar dari Malaysia selepas 1957? Jika mereka tahu, sudah tentu segala tindak-tanduk singapura sebelum itu tidak boleh diguna pakai kerana mereka memang sebahagian dari malaysia sebelum itu. Malah apabila mereka keluar dari Malaysia, kita masih benarkan kerana kita sebuah negara jiran yang cukup baik.

Namun, Singapura tetap singapura. Keangkuhan dan keegoan mereka telah 'memakan' Malaysia sedikit demi sedikit seperti Israel 'memakan' Palestin. Dan atas kelembutan Malaysia yang melampaui batas jualah Malaysia akan kehilangan sedikit demi sedikit kedaulatannya pada Singapura.

Ayuhlah wahai warga Malaysia yang tercinta, marilah kita sama-sama jalankan tanggungjawap kita pada negara. Jangan diharap pada pemimpin sahaja. Mereka mempunyai kepentingan yang tidak kita ketahui. Antara tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia dalam membalas tindak tanduk singapura yang bagaikan israel itu ialah tidak bekerja disana, atau bersiar disana, atau melawat disana, atau mempromosikan mereka. Selain itu, kenakanlah harga barangan serta minyak yang tinggi pada mereka. Kenakan cukai berkali ganda pada mereka. Bayangkan betapa ramai rakyatnya yang membeli minyak di Johor menggunakan subsidi yang sepatutnya untuk kita. Sudah berapa banyak minyak kita di'seludup' secara sah kesana? Inilah masa kita kenakan kembali tekanan pada negara yang tidak mengenang budi ini. Membiarkan mereka bagaikan melepas anjing tersepit.

Saya sendiri tidak pernah dan tidak mahu jejakkan kaki ke sana. Sedangkan Malaysia belum lagi saya lawati keseluruhannya, mengapa perlu kesana? Disini ada segala jenis makanan, hutan rimba, zoo, etc yang lebih baik dari sana. Ayuhlah rakyat malaysia semua.

Wednesday, May 21, 2008

MyKad... Indah Khabar Dari Rupa

MyKad.. jenama yang digembar-gemburkan oleh kerajaan betapa ia merupakan produk terbaik dengan menggabungkan ciri-ciri cip serta keselamatan terbaik (atau setanding jika tidak terbaik) dan mampu dihubungkan ke pelbagai aplikasi seperti JPJ, Imigresen, Touch n Go, etc.

Namun, disebalik kecanggihan yang diwar-warkan itu, terdapat kelemahan-kelemahan ketara pada kad tersebut yang pada saya ibarat telur sebiji riuh sekampung, pukul tin kosong, bunyi kuat tapi dalam kosong.

Kenapa?
1. Untuk melakukan penambahan atau pertukaran maklumat seperti alamat rumah, atau lesen diperbaharui atau pertukaran ke agama ISLAM, dan lain-lain memerlukan penukaran kad dilakukan. Sedangkan sepatutnya kad yang dikatakan pintar ini hanya perlu mengemaskinikan maklumat didalam pangkalan data tanpa perlu penukaran kad. Jika maklumat meps dan touch n go boleh dikemaskinikan serta boleh dilihat terus tanpa penukaran kad, maka maklumat lain juga boleh dilakukan begitu. Tapi, yang kelakarnya, maklumat lain tidak boleh dilakukan begitu.

2. Maklumat tersebut disimpan didalam cip. Sepatutnya, cip tersebut hanya menyimpan nombor siri, nama, dan nombor kad pengenalan sahaja. Ini tidak, kesemua maklumat disimpan didalam cip tersebut. Ini sekaligus melonggar dan menurunkan tahap keselamatan kerana alat pembaca cip amat mudah didapati dipasaran dan maklumat tersebut boleh disalin kedalam cip yang lain dan sekaligus memudahkan proses pengklonan.

3. Maklumat dari agensi lain seperti JPJ dan imigresen tidak dikemaskini sentiasa. Jika seseorang menukar MyKad pada hari ini dan seminggu kemudian memperbaharui lesennya, maklumat baru lesen tersebut tidak akan berada didalam sistem MyKad. Sungguh menyedihkan bila kita kata sistemnya adalah tercanggih tapi menyimpan maklumat lama.

4. Kad MyKad juga mudah rosak jika terkena air selalu.

5. Maklumat seperti alamat dipaparkan di atas kad. Ini memudahkan proses peniruan data.

Oleh itu, saya amat berharap, pihak JPN tidak mengwar-warkan kehebatan sesuatu yang tidak wujud. Sebaliknya, pihak JPN perlu memikirkan cara terbaik untuk mengatasi kelemahan MyKad ini. Janganlah terpedaya dengan cakap orang barat yang mengatakan kad kita terbaik sedangkan kad kita sebenarnya mudah untuk diklonkan.

Tuesday, May 20, 2008

Pengumuman Tun.. Apa signifikasinya?

Terkejut juga bila dengar berita mengatakan Tun Mahathir keluar dari UMNO. Tapi bila dengar penerangan dia, lega sikit. Sebenarnya Tun tidak keluar dari UMNO (pakatan rakyat @ pakatan rakyat yang sokong dia org sahaja... jangan lak nak cucuk jarum).

Tun umum letak jawatan dalam parti. Bagus la.. Tun pun dah agak berumur untuk bergiat cergas. Patut rilek. Tun cuma umum keahliannya dalam UMNO dikeluarkan, yakni, Tun bukan lagi ahli UMNO. Tapi, tidak semestinya Tun tidak menyokong dan sayang pada UMNO. Tun pernah dibuang dari UMNO. Tapi kembali pada UMNO dan seterusnya memimpin negara. Jadi pengumuman ini bukan mengejutkan.

Adakalanya tindakan Tun agak keterlaluan tapi jika ia mampu membangunkan orang yang sedang lena diulit mimpi 2004, apa salahnya. Mungkin agak mengugut, tapi jelas mempunyai mesej tersendiri.

Namun, disebalik mesej yang menunjukkan betapa Tun menyayangi orang melayu dan UMNO, Tun juga memberi peluang pada Pakatan Rakyat Tertentu untuk memainkan jarum politik dalam memastikan mereka berkuasa dan seterusnya menghancurkan lagi orang melayu (kecuali PAS yang masih menjadi milik orang melayu... namun PAS juga adakalanya berkompromi demi menjaga perhubungan mereka hingga sanggup berdusta)

Walau apapun, yang penting, UMNO mesti melakukan rombakan besar-besaran dan bukan lagi bergantung pada sejarah silam. Yang penting adalah masa sekarang dan masa depan. Ancaman luar dan dalam mesti ditangani dengan bijaksana, ibarat menarik rambut didalam tepung.

Wednesday, May 14, 2008

Pemakaian Tali Pinggang Keledar untuk penumpang belakang... Satu Langkah Manipulasi

Saya antara segelintir masyarakat biasa yang memikirkan akan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang belakang sesuatu yang menguntungkan pihak lain tetapi tidak kami ini. Kenapa?
1. Untuk keluarga yang mempunyai kereta tanpa tali pinggang, kena pasang. Walaupun tempoh diberi ialah 3 tahun. Tapi bagi masyarakat yang gajinya cukup makan dan harap bonus atau buat pinjaman hujung tahun atau guna kad kredit hujung tahun semata-mata melengkapkan anak-anak ke sekolah, jangankan 3 tahun, 10 tahun pun belum tentu mampu. Hendak pasang bukan sekadar 200 - 300. Mungkin lebih kerana pemasangan bukan sekadar itu sahaja. Adakah kerajaan menggalakkan kami berhutang?

2. Apabila ini dilaksanakan, akan bertambah masalah sosial seperti kehilangan tali pinggan keledar (dicuri sebab boleh dijual sebagai second hand yang akan mendapat sambutan kerana harga murah) dan penambahan hutang piutang sekali gus memberi peluang ALONG kembali mencari makan. Ramai juga akan menanggung beban hutang kad kredit sekali gus menyebabkan orang miskin bertambah miskin.

3. Penjualan kereta akan bertambah (second-hand atau baru) dan penambahan pemiutang bank kerana terpaksa beli kereta kedua atau beli kereta besar untuk menampung keluarga yang ramai.

4. Jumlah masa yang diperlukan untuk pulang ke kampung di utara, selatan atau timur akan meningkat dari 4 - 6 jam (utara), 3 - 6 jam (selatan), dan 8 - 10 jam (timur) ke sekali ganda untuk keluarga yang mempunyai anak (1 bulan - 5 tahun) lebih dari seorang. Kenapa? Keluarga mana yang bayinya atau anaknya akan tidur nyenyak didalam kereta atau duduk diam didalam kereta dengan tali pinggang di badan? Hampir tiada. Bayangkan jika anak menangis, dan si ibu didepan kerana nak memastikan kesemua memakai tali pinggang. Selang sejam, kereta terpaksa dihentikan (R&R bukan ada selang 50 km) untuk mententeramkan anak atau memberi susu. Apa impak pada ini? Pertama, perhubungan keluarga makin renggang kerana tidak suka pulang ke kampung atau pergi melawat saudara atas sebab perjalanan yang lama. Kedua, meletihkan kerana makin lama tempoh perjalanan, makin penat badan dan seterusnya impak ketiga yakni meninggikan risiko kemalangan.

5. Tiada signifikasi. Tiada statistik yang mengatakan bahawa pemakaian tali pinggang boleh mengurangkan kemalangan dan mengurangkan kesan kecederaan. Benar, ada statistik dari pihak keselamatan jalan raya. Tapi, adakah itu statistik yang dijalankan pada keadaan sebenar atau pada keadaan terkawal (ujikaji makmal)? Berapa banyak kemalangan berlaku disebabkan tidak memakai tali pinggang? Berapa banyak kematian kerana tidak memakai tali pinggang dan bukan disebabkan kemalangan itu sendiri? Dua iklan yang ditayangkan di TV, satu mengenai 4 orang lelaki dalam kereta proton saga yang terbabas dan kerana tidak memakai tali pinggang maka berlaku kematian dan satu lagi ialah mengenai anak yang tidak memakai tali pinggang dan bapanya menekan brek mengejut. Soalan untuk jabatan tersebut. Mengapa berlaku kemalangan? Bagaimana kemalangan itu berlaku? Adakah pemandu tersebut mengambil langkah yang sepatutnya dan berhati-hati ketika memandu? Adakah pemandu didalam cerita tersebut memberi perhatian pada keadaan sekeliling dan memandu secara berhemah? Jawapannya ialah TIDAK. Tapi kenapa pemakaian tali pinggang di tekankan? Kenapa tidak pada pemanduan berhemah? Kenapa tidak diutarakan langkah mengurangkan kemalangan, sebaliknya membebankan pengguna dengan penambahan kos dan tidak mendatangkan faedah sebenar yakni mengurangkan kemalangan (sepatutnya ini ditumpukan).

Antara kesilapan pengguna yang perlu jabatan tersebut beri perhatian lebih dari pemakaian tali pinggang ialah:
1. Lampu brek tidak menyala. Ada beberapa ribu kereta diatas jalan raya, lampu brek tidak menyala sekurang-kurangnya 2. Bahkan banyak kenderaan yang lampu brek ketiga tidak berfungsi. Salah satu kenderaan awam yang saya lihat lampu brek tidak berfungsi ialah BCT5478.

2. Pemasangan lampu silau mata (bukan lampu biasa). Sekaligus menyebabkan orang yang berdepan atau berada dihadapan tidak dapat melihat dengan jelas akibat dari silau. Kenapa ini tidak diutamakan dulu?

3. Pemasangan lampu yang mengelirukan (tidak ikut standard). Lampu signal ditukar merah, Lampu brek ditukar putih, dan lain-lain.

4. Pemasangan lampu tinggi setiap masa. Ada orang tidak boleh memandu malam kerana rabun-malam. Untuk mengatasinya, dipasangnya lampu kuasa tinggi (lampu silau) atau dipasang tinggi tanpa mempedulikan orang lain. Orang ini sepatutnya mendapat lesen terhad (tidak boleh pandu malam).

5. Rabun dekat tidak patut dibenarkan memandu kerana pandangan mereka terhad atau hanya boleh memandu bila ada orang yang mempunyai penglihatan baik atau memandu pada jarak yang terhad. Sepatutnya ada lesen sebegini.

6. Bas, lori, dan seangkatan memandu melebih had laju. Dimana penguatkuasaan kotak hitam?

7. Memandu laju pada waktu hujan lebat.

8. Sikap pemandu yang memandu perlahan di lorong kanan atau menghalang laluan kenderaan lain. Ini juga punca kemalangan yang sepatutnya ditumpukan.

9. Sikap pemandu yang tidak memberi signal atau lampu signal tidak menyala. Patut ada saman lebih dari tidak memakai tali pinggang kerana ini sebabkan kemalangan sementara itu hanya memberi impak dari segi kecederaan.

Akhir bicara orang kampung.... TIADA KEMALANGAN, TIADA KECEDERAAN...

Pada jabatan tersebut, serta menteri tersebut... fikirkanlah...

Tuesday, May 06, 2008

Adakah janji tinggal janji ..

Inilah yang dinamakan mainan politik... Untuk kemenangan, kita akan memberi pelbagai janji yang belum tentu mampu ditunaikan. Asalkan memenuhi kehendak rakyat, biarlah menipu sedikit.. biarlah rakyat tertipu dengan janji palsu asalkan kekayaan dapat dinikmati walaupun untuk 3 - 5 tahun (itu pun dah memadai) sebelum menyerahkan kembali pada BN untuk menerima kutukan.

Cukai Taksiran ... dulu kata nak buat, sekarang bagi alasan belum tiba masanya kerana tak mampu sebab nak membangunkan lagi selangor... Nak bangunkan selangor atau nak bangunkan kekayaan diri sendiri? Bayangkan jika itu adalah janji BN dan BN tak tunaikan. Mahunya dibuat demonstrasi jalanan serta pelbagai cerita kutukan melalui media-media yang mereka ada. Akan ditiup api kebencian pada rakyat terhadap kerajaan jika tidak ditunaikan. Tapi jika kena pada mereka, lihatlah alasan yang diberi. Tidakkah sama dengan alasan yang diberi kerajaan.

Air percuma... sehingga sekarang tidak nampak lagi tanda-tanda akan tercapainya impian rakyat yang terpukau dengan janji mereka ini. Sudah masuk bulan lima... Bulan Jun tidak lama lagi.

Keadilan dan ketelusan dalam pentadbiran... Ini pun hanya cakap orang politik. Lihat sahaja surau-surau, serta AJK, dan pegawai kerajaan serta radio milik kerajaan, dan beberapa lagi... Semuanya sama ada ditukar, diberhentikan, atau diarah keluar, atau diarah letak jawatan (dengan rela atau paksaan) dan diberi alasan tidak bekerjasama. Jika ia dilakukan oleh kerajaan BN, BN digambarkan kejam dan tidak berhati perut... Tetapi jika ia dilakukan mereka, ia digambarkan seperti mereka terpaksa kerana pihak ini tidak bekerjasama. Inilah yang dinamakan hipokrit. Lembut lidah dari gigi... Manis dimulut sahaja.. Adilkah mereka ini? Teluskah mereka ini? Tidak ada sifat balas dendam ke? hmm... jauh panggang dari api.. lebih sudu dari kuah...

Yang terkena hanyalah kami ini yang hanya mampu berharap dan cuba berharap agar ada insan yang boleh dipercayai...

Yang terpedaya... kami dan kami

Karpal Singh Dah Melampau... DAP dah melampau

Inilah contoh orang yang gila kuasa... Kalau benar apa yang dinyatakan melalui akhbar utusan, maka karpal singh wajar dihukum dan meminta maaf secara terbuka pada semua rakyat malaysia, perak khasnya kerana menghina institusi raja.

Tidakkah dia sedar bahawa Sultan Perak merupakan ketua agama bagi negeri perak dan adalah hak baginda selaku ketua agama untuk merestui sesuatu perubahan didalam perkara berkaitan dengan agama ISLAM di negeri perak.

Tidakkah dia sedar juga bahawa perlantikan Menteri Besar dan ADUN adalah dengan restu dan penerimaan baginda. Jika dia tahu dan sedar diri, dia mungkin tidak mengeluarkan kenyataan ini.

Walau pun saya bukan orang perak, tetapi sebagai rakyat malaysia yang beragama ISLAM, saya rasa terhina dan tidak puas hati dengan perangai karpal singh yang cukup kurang ajar. Sedangkan Lim Guang Eng di Pulau Pinang pun tidak mencampuri urusan agama negeri Pulau Pinang, kenapa si karpal ni begitu sibuk melenting.

Friday, May 02, 2008

Kecoh Parlimen.... MP apa hal?

Kecoh lihat persidangan parlimen malaysia. Selepas angkat sumpah dan dapat taklimat dari Agong yang, hari pertama dah tunjuk belang dan lupakan amanat...

Sungguh memalukan. Rasanya persidangan mini parlimen Jamali shadat pun lagi bagus... Ini hal remeh temeh pun nak kecoh sampai setengah jam. Alangkah baiknya jika isu yang lebih penting didebatkan dan diutarakan?

hmmm...

Masuk Islam dan Wajib Berjuang

30,000 saudara baru di S'wak tidak pernah diabaikan

KUCHING: Majlis Islam Sarawak akan terus membimbing dan membantu 30,000 saudara baru di negeri ini agar mereka lebih memahami serta menghayati ajaran Islam yang sebenar, kata Menteri Muda Hal Ehwal Islam Datuk Daud Abdul Rahman.

"Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, Islam bukan sahaja untuk masyarakat Melayu, malah juga untuk masyarakat lain dan sebab itulah golongan saudara baru ini sentiasa kita bantu," katanya.

Walaupun Islam merupakan agama rasmi negara ini, namun masyarakat bumiputera bukan Islam tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam sebaliknya akan diberikan penerangan tentang istimewanya menjadi seorang Islam, katanya kepada pemberita selepas melawat projek pembinaan Pusat Islam Sarawak bernilai RM13 juta di sini hari ini.

Daud berkata banyak kemudahan seperti Pusat Islam yang menyediakan lebih banyak bahan rujukan Islam disediakan untuk masyarakat Islam di Sarawak sejajar dengan kehendak semasa.

Mengenai pembinaan Pusat Islam yang dijangka siap Jun ini, Daud berkata reka bentuknya unik kerana menggabungkan elemen seni reka Melayu, Cina, Iban dan Bidayuh yang menggambarkan Islam adalah untuk semua kaum.

Pusat yang lengkap dengan kemudahan asrama, auditorium, pusat sumber, pejabat, surau dan pejabat pentadbiran dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 17 Ogos ini dan serentak dengan mesyuarat Kongres Islam Malaysia Timur yang dijadual diadakan di pusat itu. BERNAMA

Sumber: http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_995c0f5c-c0a85062-e11a8700-38793650
Ulasan:


Kita sememangnya patut gembira apabila mendengar 30,000 masuk Islam. Ini bukanlah satu suatu angka yang sedikit. Jika dikumpulkan dalam stadium merdeka, mungkin hampir penuh. Namun persoalannya, apakah Majlis Islam Sarawak akan membawa mereka ke jalan Islam yang sebenar atau sekadar menjadi Islam pada ‘nama’? Apakah Majlis Islam Sarawak akan membawa mereka ke dalam Islam sehingga mereka akan menjadi pejuang Islam dan sanggup mati untuk Islam, sebagaimana Rasulullah mengislamkan para sahabat dahulu dan mereka (para sahabat) menjadi pejuang Islam yang hebat dan sanggup mati untuk Islam?

Realiti pada hari ini berbicara kepada kita bahawa, walaupun terdapat sejumlah 1.5 billion umat Islam di seluruh dunia, namun, umat Islam masih tetap belum terkebelakang kerana berada di dalam terpecah berdasarkan kaum (assabiyyah) dan tempat (watahniyyah) masing-masing. Hal ini tidak lain kerana umat Islam masih belum kepada Islam dengan cara yang benar dan menyeluruh. Sebahagian besar umat Islam masih mengambil Islam secara partial (juz'iy) terutama dalam soal peribadatan (ritual) dan meninggalkan bahagian yang lain seperti politik, muamalat, hudud, qisas, jihad dan sebagainya. Akibat dari penerapan Islam secara partial inilah, maka kesempurnaan, keunikan, keindahan, keteguhan Islam itu tidak terzahir dalam kehidupan kaum Muslimin, malah mereka menjadi hina. Firman Allah,

“...Apakah kamu hanya beriman kepada sebahagian (dari isi) Kitab dan kufur akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” [TMQ al-Baqarah (2):85]

Inilah yang sepatutnya dilihat oleh badan-badan Islam di seluruh Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya. Mengambil Islam wajiblah secara kaffah dan bukannya dalam hal ibadat sahaja. Memasukkan orang ke dalam Islam adalah perbuatan yang amat mulia, namun ia tidak harus berhenti di situ. Muallaf itu mestilah diberi didikan Islam sebagaimana Rasulullah mendidik para sahabat dahulu. Mereka mesti dididik dengan ilmu Islam kesemuanya, bukan hanya masalah ibadat sahaja. Walaupun proses ini memakan masa, namun ia mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Bermula dari mengucap syahadah, mereka lalu mengambil Islam sebagai agama yang wajib ‘diperjuangkan’ dan mereka memperjuangkannya dengan darah dan harta mereka sehinggalah mereka berjaya mendirikan Daulah Islam di Madinah. Bukan berhenti di situ, mereka seterusnya berjaya menguasai dan memimpin dunia. Ingatlah! Inilah cara Islam yang benar dan hanya dengan cara ini sahajalah seseorang itu akan berpegang dengan Islam sebagaimana yang dipegang oleh para sahabat dahulu dan akan meraih kemenangan.


[Disalin dengan kebenaran dari mykhilafah.com]

US Democrats vow to defend Israel

US Democrats vow to defend Israel


Saturday, 19 April 2008

The Democratic candidates for the US presidency have both vowed to defend Israel against a potential attack by Iran during a debate ahead of the key Pennsylvania primary.

Hillary Clinton warned of a "massive retaliation" against Tehran if Israel was attacked, while Barack Obama said any Iranian strike would be "unacceptable".

"We will let the Iranians know that, yes, an attack on Israel would trigger massive retaliation," Clinton said.

The New York senator also said the US should provide a "security umbrella" to Middle Eastern states that gave up their own nuclear ambitions.

The Democratic rivals held a televised debate in Philadelphia on Wednesday ahead of the Democratic primary poll in Pennsylvania on April 22.

Carter criticism

Obama had earlier pledged to help Israel defend against regional threats, and criticised Jimmy Carter, the former US president, for seeking to meet Hamas leaders while on a trip to the Middle East.

"Hamas is not a state, Hamas is a terrorist organisation," Obama said at a Philadelphia synagogue on Wednesday.

At the debate, he said: "An [Iranian] attack on Israel is an attack on our strongest ally in the region, one whose security we consider paramount.

"That would be an act of aggression that I would consider unacceptable and the United States would take appropriate action."

Janet McElligott, a political strategist and former official in the administration of former president Bush, told Al Jazeera the issue was not an important one for the US electorate and that the power of the pro-Israel lobby in the US helped magnify for the issue for the campaign.

"Israel pours tons and tons of money into everybody's campaigns and they actually target people for defeat," she said.

However unlike Clinton, the Illinois senator said he would be prepared to hold direct talks with Mahmoud Ahmadinejad, the Iranian president, over the row over Tehran's nuclear programme.

On Thursday, Ahmadinejad described Iran as the "most powerful nation" on earth as the country's air force put on a display outside Tehran.

The Iranian leader also warned that the country's armed forces would respond immediately to any military strike.

The US and Israel, the Middle East's sole undeclared nuclear power, have accused Iran of using its civilian nuclear power programme as a cover for attempting to develop an atomic bomb.

Tehran vehemently denies that the technology used for producing fuel for nuclear power is being used to enrich the uranium to a much higher level to produce a nuclear explosion.


Source : Al Jazeera

[Disalin dengan kebenaran dari mykhilafah.com]

Babi @ Khinzir ... Pakatan Rakyat pun 2 X 5

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Permodenan Pertanian, Sumber Alam Sekitar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari memberi amaran kepada mana-mana pihak yang memutarbelitkan isu projek pembinaan ladang babi, di Ladang Tumbuk, Hulu Langat.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak teragak-agak mendedahkan dokumen rasmi kerajaan negeri berhubung projek yang telah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 9 Februari 2008.


"Kami tidak teragak-agak mendedahkan dokumen ini, yang telah diluluskan kerajaan negeri BN sehingga sampai ke peringkat pengambilan tanah, walaupun ia merupakan dokumen rasmi kerajaan dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA)," tegas beliau ketika temu bual eksklusif bersama Harakahdaily, di pejabatnya, di SUK, semalam.

Beliau menegaskan, atas persetujuan Exco negeri dokumen tersebut boleh dihebahkan walaupun ia merupakan dokumen OSA.

"Kita boleh menjadikan dokumen itu bukan dokumen OSA," katanya sambil menunjukkan dokumen tersebut.

Tiada kesan negatif kepada persekitaran

Mengulas lanjut kontroversi yang dimanipulasi media arus perdana berhubung isu itu, Yaakob berkata projek RM 100 juta itu tidak akan memberi kesan negatif kepada alam persekitaran.

Jelas beliau, najis babi dari ladang akan dikumpulkan dalam satu tong yang bercampur sisa rumput, yang kemudian menghasilkan bio-gas untuk menjana kuasa elektrik bagi keperluan ladang tersebut.

"Tidak akan ada pencemaran, baik pencemaran air atau udara. Tidak akan ada sisa buangan dari ladang ke luar kawasan ladang itu. 'No discharge, no smell," tegas beliau.

Menurut Yaakob, kaedah ini diamalkan di Jerman, di mana bekas Setiausaha Politik Dato' Seri Dr Khir Toyo pernah mengadakan lawatan di negara tersebut, bersama wakil penduduk Kampung Ladang Tumbuk, sebelum ini.

"Wakil penduduk kampung itu bersetuju dengan kaedah di Jerman. Beliau turut menerangkan kepada penduduk bahawa projek itu tidak akan memberi kesan kepada alam sekitar dan penduduk setempat," katanya.

Ekoran dari itu, Yaakob melahirkan kekesalan apabila wakil penduduk terbabit menafikan apa yang pernah dinyatakan sebelum itu selepas Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Selangor.

Ketika pelbagai pihak membangkitkan soal lokasi projek mega itu yang dikatakan turut membabitkan kampung Melayu, beliau menegaskan kawasan tersebut sememangnya merupakan pusat penternakan babi di negeri itu.

"Sebenarnya, babi sudah sedia ada di kawasan tersebut. Ia memang sudah menjadi pusat. Kami hanya mahu memodenkan pusat tersebut, di samping menjaga alam persekitaran dari dicemari," katanya.

Mengenai cadangan supaya projek ditempatkan di Pulau Ketam yang merupakan majoriti penduduknya adalah Cina, beliau mengatakan kawasan tersebut tidak praktikal kerana faktor geografi, terutama dari segi pasang surutnya air.

Menurut Yaakob, projek tersebut sudah berada di peringkat pengambilan tanah, di mana kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang modal bagi tujuan itu.

Malah, katanya para pelabur dikenakan bon sebanyak RM40 juta kepada kerajaan negeri untuk membiayai kos pengambilan tanah penduduk seluas 119 ekar tersebut.

Justeru, beliau meminta mana-mana pihak yang tidak memahami isu ini secara jelas agar tidak memutarbelitkan fakta, yang boleh mengelirukan rakyat./wann

Sumber : Harakahdaily 12/4/2008

Ulasan:

Tidak syak lagi bahawa kerajaan negeri Selangor akan meneruskan projek penternakan babi yang telah dipersetujui oleh kerajaan BN sebelumnya. Mengapa tidak diberhentikan sahaja projek tersebut? Bukankah mereka berkuasa penuh bagi segala hal-ehwal di dalam negeri?. Mengapa wakil PAS di dalam barisan exco kerajaan negeri tidak membantah keputusan kerajaan negeri Selangor itu? Padahal ia dengan jelas bertentangan dengan syiar Islam yang PAS perjuangkan selama ini.

Walaupun kerajaan negeri akan menerapkan teknologi canggih di dalam memastikan ladang penternakan itu tidak mencemarkan alam sekitar dan untuk mengatasi masalah penternakan babi haram, babi tetap haram diternak secara terbuka.

Keharaman ke atas babi bagi umat Islam telah pun dinyatakan dengan jelas di dalam Al Quran. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah yang baik-baik dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kalian dan hendaklah kalian bersyukur kepadaNya, jika benar-benar kalian bersembah sujud kepadaNya. Allah mengharamkan kalian dari memakan bangkai, darah, daging babi, dan daging ternak yang tidak disembelih atas nama Allah. Namun barang siapa yang berada di dalam keadaan terpaksa (memakannya) bukan atas kemahuannya sendiri, dan tidak ia melampaui batas, maka ia tidak berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [TMQ Al-Baqarah:172-173]

Walaupun orang-orang kafir dibenarkan untuk memakannya, ia haram dijual-beli secara terang-terangan apalagi untuk tujuan diternak secara besar-besaran iaitu dizahirkan kepada khalayak.

Ini dibuktikan di dalam catatan sistem perundangan Islam seperti yang tertulis di dalam Umdat al Salik wa Uddat al Nasik (kitab lama fiqh mazhab Syafii) yang ditulis oleh Ahmad ibn an-Naqib al-Misri (1302-1367) yang di dalamnya ada menyebutkan bahawa, setiap warganegera yang bukan beragama Islam harus membayar jizya, memakai pakaian yang berlainan dengan pakaian orang-orang Islam, tidak boleh mengucapkan salam kepada mereka, berjalan di sebelah tepi jalan, membina rumah tidak lebih tinggi daripada bangunan orang-orang Islam tetapi jika sudah dipunyai, tidak akan dirobohkan, tidak boleh menonjolkan arak dan babi secara terang-terangan, membaca kitab taurat atau Injil secara kuat, tidak boleh melakukan perarakan keagamaan atau pengebumian secara terang-terangan dan tidak boleh membina gereja yang baru serta tidak boleh meletakkan lambang salib di luar rumah.” Kandungan ini berdasarkan ”perjanjian Umar” dengan orang-orang kafir zimmi di Syria sebagaimana yang tercatat di dalam Siraj al-Muluk karya Abu Bakr Muhammad ibn al-Walid al-Tartushi. Ini merupakan bukti yang jelas bahawa walaupun Islam tidak melarang orang-orang kafir menjadikan babi sebagai makanan mereka, namun mereka tidak boleh melakukannya secara terbuka dan cukup sekadar keperluan mereka sahaja.

Walaupun apa jua alasan, semua permasalahan tentang babi ini bukan termasuk di dalam perkara ijtihadiah kerana Islam telah pun menjelaskan hal-ehwal yang menyangkut babi ini sejak zaman Khulafaur Rasyidin lagi dan tidak kira setakat mana kecanggihan teknologi untuk ’membersihkan babi’ ia tetap haram dimasukkan ke dalam sektor ekonomi Daulah Islam, inikan pula hendak ’diindustrikan.’

[Disalin dengan kebenaran dari mykhilafah.com]

Thursday, May 01, 2008

Integriti Amalan Kita

Integriti .... Do we have that? How good are we at keeping secret? Are we AMANAH?

None of us could answer that. Not even me. It is easy to say... but to implement and ensure that it goes on as your life goes on it is harder than you think... even harder than fighting with enemy in a battle field.... You will never know that you might say something that will cause more harm than killing one person...

There is phrase... "Your tongue is more harmful than your swords" ....

So guys ... be carefull of what you said... be carefull of what you see... your friends... your friends today may be enemy tomorrow...

But.. if you ask me, I do think that one of those person that cannot be trusted is Anwar Ibrahim and his gang. He was once a government number 2 and he knows a lot and now he used what ever knowledge he and his gang have to fight againts it. He has swore to protect the secrecy at all course and now he is the one tell everyone the secret the he and his gang know. What is the percentage of he and his gang will not telling our secret once he became a PM (if what he says come true). He will do anything to win. Can we trust this kind of people? I won't. He is once a friends but now an enemy.

I agree saying that he is now at the other side, but secret that he carries should remain where it was. What ever he now should remain in the box because he is once the member of the box. Where his INTEGRITY was? Can a person without this element became PM?

Well ... Biar putih tulang... jangan putih mata...

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com