A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Wednesday, May 14, 2008

Pemakaian Tali Pinggang Keledar untuk penumpang belakang... Satu Langkah Manipulasi

Saya antara segelintir masyarakat biasa yang memikirkan akan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang belakang sesuatu yang menguntungkan pihak lain tetapi tidak kami ini. Kenapa?
1. Untuk keluarga yang mempunyai kereta tanpa tali pinggang, kena pasang. Walaupun tempoh diberi ialah 3 tahun. Tapi bagi masyarakat yang gajinya cukup makan dan harap bonus atau buat pinjaman hujung tahun atau guna kad kredit hujung tahun semata-mata melengkapkan anak-anak ke sekolah, jangankan 3 tahun, 10 tahun pun belum tentu mampu. Hendak pasang bukan sekadar 200 - 300. Mungkin lebih kerana pemasangan bukan sekadar itu sahaja. Adakah kerajaan menggalakkan kami berhutang?

2. Apabila ini dilaksanakan, akan bertambah masalah sosial seperti kehilangan tali pinggan keledar (dicuri sebab boleh dijual sebagai second hand yang akan mendapat sambutan kerana harga murah) dan penambahan hutang piutang sekali gus memberi peluang ALONG kembali mencari makan. Ramai juga akan menanggung beban hutang kad kredit sekali gus menyebabkan orang miskin bertambah miskin.

3. Penjualan kereta akan bertambah (second-hand atau baru) dan penambahan pemiutang bank kerana terpaksa beli kereta kedua atau beli kereta besar untuk menampung keluarga yang ramai.

4. Jumlah masa yang diperlukan untuk pulang ke kampung di utara, selatan atau timur akan meningkat dari 4 - 6 jam (utara), 3 - 6 jam (selatan), dan 8 - 10 jam (timur) ke sekali ganda untuk keluarga yang mempunyai anak (1 bulan - 5 tahun) lebih dari seorang. Kenapa? Keluarga mana yang bayinya atau anaknya akan tidur nyenyak didalam kereta atau duduk diam didalam kereta dengan tali pinggang di badan? Hampir tiada. Bayangkan jika anak menangis, dan si ibu didepan kerana nak memastikan kesemua memakai tali pinggang. Selang sejam, kereta terpaksa dihentikan (R&R bukan ada selang 50 km) untuk mententeramkan anak atau memberi susu. Apa impak pada ini? Pertama, perhubungan keluarga makin renggang kerana tidak suka pulang ke kampung atau pergi melawat saudara atas sebab perjalanan yang lama. Kedua, meletihkan kerana makin lama tempoh perjalanan, makin penat badan dan seterusnya impak ketiga yakni meninggikan risiko kemalangan.

5. Tiada signifikasi. Tiada statistik yang mengatakan bahawa pemakaian tali pinggang boleh mengurangkan kemalangan dan mengurangkan kesan kecederaan. Benar, ada statistik dari pihak keselamatan jalan raya. Tapi, adakah itu statistik yang dijalankan pada keadaan sebenar atau pada keadaan terkawal (ujikaji makmal)? Berapa banyak kemalangan berlaku disebabkan tidak memakai tali pinggang? Berapa banyak kematian kerana tidak memakai tali pinggang dan bukan disebabkan kemalangan itu sendiri? Dua iklan yang ditayangkan di TV, satu mengenai 4 orang lelaki dalam kereta proton saga yang terbabas dan kerana tidak memakai tali pinggang maka berlaku kematian dan satu lagi ialah mengenai anak yang tidak memakai tali pinggang dan bapanya menekan brek mengejut. Soalan untuk jabatan tersebut. Mengapa berlaku kemalangan? Bagaimana kemalangan itu berlaku? Adakah pemandu tersebut mengambil langkah yang sepatutnya dan berhati-hati ketika memandu? Adakah pemandu didalam cerita tersebut memberi perhatian pada keadaan sekeliling dan memandu secara berhemah? Jawapannya ialah TIDAK. Tapi kenapa pemakaian tali pinggang di tekankan? Kenapa tidak pada pemanduan berhemah? Kenapa tidak diutarakan langkah mengurangkan kemalangan, sebaliknya membebankan pengguna dengan penambahan kos dan tidak mendatangkan faedah sebenar yakni mengurangkan kemalangan (sepatutnya ini ditumpukan).

Antara kesilapan pengguna yang perlu jabatan tersebut beri perhatian lebih dari pemakaian tali pinggang ialah:
1. Lampu brek tidak menyala. Ada beberapa ribu kereta diatas jalan raya, lampu brek tidak menyala sekurang-kurangnya 2. Bahkan banyak kenderaan yang lampu brek ketiga tidak berfungsi. Salah satu kenderaan awam yang saya lihat lampu brek tidak berfungsi ialah BCT5478.

2. Pemasangan lampu silau mata (bukan lampu biasa). Sekaligus menyebabkan orang yang berdepan atau berada dihadapan tidak dapat melihat dengan jelas akibat dari silau. Kenapa ini tidak diutamakan dulu?

3. Pemasangan lampu yang mengelirukan (tidak ikut standard). Lampu signal ditukar merah, Lampu brek ditukar putih, dan lain-lain.

4. Pemasangan lampu tinggi setiap masa. Ada orang tidak boleh memandu malam kerana rabun-malam. Untuk mengatasinya, dipasangnya lampu kuasa tinggi (lampu silau) atau dipasang tinggi tanpa mempedulikan orang lain. Orang ini sepatutnya mendapat lesen terhad (tidak boleh pandu malam).

5. Rabun dekat tidak patut dibenarkan memandu kerana pandangan mereka terhad atau hanya boleh memandu bila ada orang yang mempunyai penglihatan baik atau memandu pada jarak yang terhad. Sepatutnya ada lesen sebegini.

6. Bas, lori, dan seangkatan memandu melebih had laju. Dimana penguatkuasaan kotak hitam?

7. Memandu laju pada waktu hujan lebat.

8. Sikap pemandu yang memandu perlahan di lorong kanan atau menghalang laluan kenderaan lain. Ini juga punca kemalangan yang sepatutnya ditumpukan.

9. Sikap pemandu yang tidak memberi signal atau lampu signal tidak menyala. Patut ada saman lebih dari tidak memakai tali pinggang kerana ini sebabkan kemalangan sementara itu hanya memberi impak dari segi kecederaan.

Akhir bicara orang kampung.... TIADA KEMALANGAN, TIADA KECEDERAAN...

Pada jabatan tersebut, serta menteri tersebut... fikirkanlah...

No comments: