A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Tuesday, May 27, 2008

Kenaikan petrol 40 sen tak bebankan rakyat???

Petikan dari kata Ketua Jabatan Ekonomi, London School of Economics and Political Science (LSE), Prof Danny Quah di dalam Berita harian
"KENAIKAN harga petrol sehingga 40 sen dijangka tidak terlalu membebankan rakyat dan memberi kesan buruk ketara terhadap ekonomi Malaysia berikutan jangkaan peningkatan inflasi yang masih terkawal."

"Sistem subsidi petrol (dan diesel) yang diamalkan sekarang lebih kepada `menguntungkan golongan kaya'"

"Mengambil contoh China yang suatu ketika dulu adalah sebuah negara miskin dan bangun menjadi kuasa ekonomi global tanpa subsidi minyak. "

Pendapat saya:
1. Kenaikan 30sen yang dinaikkan tahun lepas masih lagi terasa. Gaji yang ada masih lagi didalam penyesuaian akibat kenaikkan tersebut. Ini tidak termasuk kenaikkan harga barangan serta kos lain. Penduduk Malaysia, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan kebawah masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kos yang tinggi. Ada yang terpaksa berhutang dan dalam proses membayar hutang akibat kenaikkan tersebut. Apakah Prof berfikir secara rakyat Malaysia atau rakyat London? Apakah prof bandingkan kos prof dengan kos kami? Adakah prof bandingkan sumber kewangan prof dengan kami?

2. Benar, ia menguntungkan pihak yang kaya. Tapi, dengan penambahan 40sen itu, ia tidak akan memberi kesan pada golongang tersebut juga (malah mungkin akan bertambah kaya). Yang terus menanggung beban ialah yang berpendapatan sederhana dan rendah (mungkin akan tersungkur terus kerana beban yang ditanggung terlalu berat).

3. Ambil contoh tidak diambil keseluruhannya. Tahukah prof negara cina walaupun hidup tanpa subsidi petrol, tapi lihat pada sistem pengangkutan disana. Lihat juga taraf hidup disana. Lihat juga jurang pendapatan antara yang mewah dan yang miskin. Mahukah kita ujudkan begitu di sini? Sudah lah jurang disini juga ujud, tapi sekurang-kurangnya janganlah ketara.

Malah dalam TV, ada pendapat mengenai pemberian elaun juga tidak masuk akal. Ini akan membuka peluang pada penyelewengan serta kemungkinan orang yang patut mendapat subsidi tidak mendapat subsidi dan yang tidak patut dapat subsidi dapat subsidi. Tidakkan kita lupa betapa Kementerian Pendidikan pernah mengalami situasi sama berkaitan pemberian buku teks?

Persoalan:
1. Adakah dengan idea prof, kerajaan mampu kurangkan inflasi?
2. Adakah dengan idea prof, kemiskinan boleh dibasmi?
3. Adakah dengan idea prof, kami akan tidak terbeban?
4. Adakah idea prof ini terbaik, yang sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pakar ekonomi?

Pendapat saya:
1. Subsidi diteruskan, tapi dikawal. Pemberian subsidi boleh dilaksanakan dengan kawalan melalui MyKad atau Kereta yang dipandu. Contoh:
i. Jika kereta Mercedes, BMW, atau Perdana (kereta mewah) - tiada subsidi
ii. Jika kereta 1300cc - 1500cc (jenis sederhana) / kereta mewah lama (mercedes tahun 80) - subsidi pada 30%
iii. kereta 1299cc ke bawah - subsidi 50%...

Contoh jika menggunakan MyKad:
i. Jika gaji RM10000 keatas dan tanggungan 5 kebawah - tiada subsidi
ii. Jika gaji RM10000 keatas dan tanggungan lebih dari 5 - subsidi 10%
iii. Jika gaji RM5000 keatas dan tanggungan 3 atas dan tinggal dibandar - subsidi 20%
iv. Jika gaji RM2000 dan tanggungan 3 dan menetap dikampung - subsidi 15%

2. Semua kenderaan dengan nombor pendaftaran luar - Tiada subsidi tanpa kira jenis kereta.

No comments: