A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Tuesday, May 06, 2008

Adakah janji tinggal janji ..

Inilah yang dinamakan mainan politik... Untuk kemenangan, kita akan memberi pelbagai janji yang belum tentu mampu ditunaikan. Asalkan memenuhi kehendak rakyat, biarlah menipu sedikit.. biarlah rakyat tertipu dengan janji palsu asalkan kekayaan dapat dinikmati walaupun untuk 3 - 5 tahun (itu pun dah memadai) sebelum menyerahkan kembali pada BN untuk menerima kutukan.

Cukai Taksiran ... dulu kata nak buat, sekarang bagi alasan belum tiba masanya kerana tak mampu sebab nak membangunkan lagi selangor... Nak bangunkan selangor atau nak bangunkan kekayaan diri sendiri? Bayangkan jika itu adalah janji BN dan BN tak tunaikan. Mahunya dibuat demonstrasi jalanan serta pelbagai cerita kutukan melalui media-media yang mereka ada. Akan ditiup api kebencian pada rakyat terhadap kerajaan jika tidak ditunaikan. Tapi jika kena pada mereka, lihatlah alasan yang diberi. Tidakkah sama dengan alasan yang diberi kerajaan.

Air percuma... sehingga sekarang tidak nampak lagi tanda-tanda akan tercapainya impian rakyat yang terpukau dengan janji mereka ini. Sudah masuk bulan lima... Bulan Jun tidak lama lagi.

Keadilan dan ketelusan dalam pentadbiran... Ini pun hanya cakap orang politik. Lihat sahaja surau-surau, serta AJK, dan pegawai kerajaan serta radio milik kerajaan, dan beberapa lagi... Semuanya sama ada ditukar, diberhentikan, atau diarah keluar, atau diarah letak jawatan (dengan rela atau paksaan) dan diberi alasan tidak bekerjasama. Jika ia dilakukan oleh kerajaan BN, BN digambarkan kejam dan tidak berhati perut... Tetapi jika ia dilakukan mereka, ia digambarkan seperti mereka terpaksa kerana pihak ini tidak bekerjasama. Inilah yang dinamakan hipokrit. Lembut lidah dari gigi... Manis dimulut sahaja.. Adilkah mereka ini? Teluskah mereka ini? Tidak ada sifat balas dendam ke? hmm... jauh panggang dari api.. lebih sudu dari kuah...

Yang terkena hanyalah kami ini yang hanya mampu berharap dan cuba berharap agar ada insan yang boleh dipercayai...

Yang terpedaya... kami dan kami

No comments: