Google

Friday, November 28, 2008

Fatwa Yoga... Mcm fatwa rokok pula

Majlis agama sudah jelas. Fatwa pengharaman yoga juga jelas. Tapi kenapa negeri-negeri masih bertangguh. Siap nak kaji terlebih dahulu.

Fatwa pengharaman rokok juga jelas. Tapi bila sampai ke negeri hatta negeri kelantan yang kononya dikatakan serambi mekah dengan barisan tok-tok gurunya pun tidak mengharamkan rokok. Malah boleh dilihat rakyatnya merokok didalam kawasan masjid.

Nampak sangat tidak ada penyatuan dan persetujuan seia sekata dalam melaksanakan tugas dan menegakkan syiar ISLAM.

Kenapa susah benar hendak dikuatkuasakan serta ada perbezaan pula disetiap negeri. Kalau masuk Kedah, rokok haram. Pergi ke Kelantan, rokok makruh... Pelik? Walaupun jelas ada perdebatan, kenapa kita tidak ambil yang selamat dan menjamin kesejahteraan umat ISLAM? Apakah kebaikan rokok? tiada. Apakah keburukannya? Berlambak.

Begitu juga dengan yoga. Kenapa majlis agama negeri perlu kaji pula? Apakah akan ada perbezaan fatwa dengan majlis agama pusat serta majlis agama negeri untuk setiap negeri? Kalau beginilah, memang logik sungguh ISLAM itu diperkotak-katikkan kerana perkara mudah ini pun kita tidak bersatu. Didalam ajaran Nabi, tiada menggunakan amalan senama yoga. Malah Nabi S.A.W, para sahabat, seterusnya ke para khalifah ISLAM, hinggalah ke tok guru semuanya tidak amalkan yoga. Tapi ketenangan jiwa tetap dicapai, tubuh badan sentiasa sihat dan kelihatan muda, mempunyai kesabaran yang tinggi, dan yang penting, tiada wang dikeluarkan untuk semua itu. Kita nak berjimat, oleh itu, berjimatlah. Banyak lagi senaman yang baik untuk kesihatan serta tidak memerlukan belanja yang banyak serta tidak perlu pada tempat-tempat khusus. Buatlah senaman arobik, bersukan, berenang, menunggang kuda, berlari, bersenam didalam gim, solat tahajud, solat sunat, solat (solat itu sendiri merupakan senaman pernafasan terbaik), dan berzikir.

Untuk yang bukan ISLAM pula, kenapa perlu risau atau takut? Fatwa haram hanya untuk ISLAM. Yang bukan ISLAM, kalau nak buat yoga ke taichi ke apa ke, itu hak anda. Jadi tidak perlu anda bersuara mempertikaikannya.

Untuk umat ISLAM pula, lebih baik tinggalkan perkara yang was-was dan meragukan dari mengikutnya kerana mungkin tanpa kita sedar, ISLAm kita hanya pada nama, tetapi akidah kita sudah terpesong. Oleh itu dari akidah terpesong tanpa kita sedar, lebih baik kita mengambil langkah pencegahan dan berjaga-jaga. Kita hanya manusia dan manusia itu selalu leka dan alpa serta mudah lupa.

Serangan pengganas di India... Kecoh Thailand

1. Betapa selamatnya Malaysia dibanding dengan keadaan di luar negara. Terkini di India, dimana pengganas menembak mati beberapa orang (surat khabar kata dalam 100 lebih). Sebelum tu di Thailand dengan krisis politiknya hingga menyusahkan orang luar. Kenapa kita di Malaysia tidak boleh duduk diam dan kekalkan keamanan ini? Kenapa kita nak bangkitkan isu kontrak sosial, perkauman, meragut hak milik bumiputera, mempertikaikan hak milik orang, mempertikaikan fatwa yang kita sendiri tidak faham, dan sibuk nak jatuhkan kerajaan sekarang, dan pelbagai lagi. Adakah kita hendak perkara sama berlaku di luar sana berlaku di sini?

2. Belum ada apa-apa serta pengesahan dan bukti yang kukuh, umat ISLAM sudah dituduh. Mungkin itu adalah penganas yang dibayar oleh Amerika (sebab si semak @ bush tidak puas hati kerana tidak dapat mengambil kekayaan negara ISLAM yang ditaklukinya lantas membina satu alasan kukuh untuk Obama bertindak pula). Mungkin juga ia dilakukan oleh Pemberontak Tamil Nelam. Mungkin juga dilakukan oleh barisan kuat perdana menteri india untuk meletakkan keadaan darurat dan seterusnya mengaut apa jua keuntungan terhasil dari itu. Mungkin juga ia akan dijadikan alasan untuknya dan sekutunya menyerang negara di sempadan terutamanya Pakistan yang kini masih belum stabil dan mudah untuk diambil kesempatan atau di Afghanistan yang juga alasan terbaik meletakkan kakitangannya untuk mengambil seberapa boleh kekayaan yang masih tersimpan di perut bumi negara tersebut. Inilah dunia hipokrit sekarang. Tuduhan dan fitnah bermaharajalela. Andai diturut undang-undang ISLAM, pasti perkara ini tidak berlaku.

Monday, November 24, 2008

Kerajaan... Jangan tipu kami

Dulu cakap akan revise harga minyak setiap bulan dan mengekalkan harga minyak pada harga pasaran tolak subsidi 30 sen. Sekarang cakap lain pula. Nak tetapkan harga lantai pulak. Kononnya kerana takut harga minyak akan tetiba naik semula. Mana janji-janji manis dulu?

Masa naikkan harga minyak tidak fikir pengguna dan minta pengguna faham. Sekarang kenapa tidak turunkan harga kalau dulu sudah berjanji? Kenapa nak fikirkan pengguna pula? Pengguna yang kaya pula tu @ peniaga stesyen minyak. Susah sangat ke nak kotakan janji?

Kalau kerajaan mungkir janji, marilah rakyat semua kita saman kerajaan kerana berbohong mengenai harga minyak. Sepatutnya rakyat dapat menikmati bersama apabila harga minyak turun kerana pada harga minyak naik, rakyat dipaksa bersusah payah bersama kerajaan.

Adakah kita nak bersikap adil dan menepati janji? Jika tidak, dijamin andai kata pilihanraya diadakan lagi, BN akan tumbang selamanya kerana menipu.

Yoga diharamkan... baguslah...

Wahai umat ISLAM dan masyarakat melayu... tak perlu kita nak senaman yoga ni untuk kekal sihat serta kekal muda. Buat apa kita buat senaman yang berkemungkinan boleh rosakkan akidah dan iman kita. Bukankah banyak lagi senaman yang bermanfaat.

Kalau nak buat senaman ala-ala yoga pun ada dalam ISLAM. Bangun solat sunat waktu malam dan berzikir. Nak buat apa kita baca mantera dia orang... Kita duduk kat rumah, malam-malam, bangun zikir serta bermuhasabah diri. Lebih baik. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan, malah mendekatkan diri kita pada Allah S.W.T lagi.

Pada orang ISLAm yang menolak fatwa pasal Yoga dan Penkid ni, renungkan semula diri sendiri. Adakah kita ISLAM keseluruhannya atau ISLAM pada sekeping kad pengenalanan?

Petikan dari Utusan Malaysia, 24/11/2008, Pengusaha kelab nafi mantera dalam senaman yoga
"''Menerusi senaman yoga, kita boleh mendapat ketenangan jiwa, sihat dan mampu mengawal perasaan,'' katanya."

Kenapa perlu yoga untuk mencari ketenangan jiwa. kenapa perlu ke kelab untuk jadi sihat dan mendapat ketenangan? Kenapa perlu keluarkan duit untuk sesuatu yang kita boleh dapat secara percuma? Hadir sahaja ke masjid, solat malam, berzikir, bertahajud, dan membaca Al-Quran bukan sahaja boleh menyucikan rohani, malah jasmani kita. Dengan lebih tawaduk, kita jadi lebih bersabar dan mampu kawal perasaan. Dengan lebih dekat pada Illahi dan meningkatkan iman dan taqwa, kita lebih tenang dan bersih. Dengan mengamalkan ajaran ISLAM dalam seharian (makan yang halal dan sekadarnya, tunaikan solat, amalkan solat malam, berpuasa, dll) bukan sahaja mampu menyihatkan tubuh badan dan mendapat ketenangan jiwa, malah menjimatkan serta boleh dilakukan dimana-mana sahaja tanpa perlu membayar dan pergi ke kelab.

Jadi, kenapa kita nak pertahankan yoga sedangkan alternatifnya sudah lama ada. Hendak bernafas dengan betul, solatlah dengan betul, pasti kita dapat lakukannya kerana sains sudah buktikan bahawa solat banyak kelebihannya.

Tuesday, November 18, 2008

Tali pinggang belakang

Apakan daya, kita ada menteri pengangkutan yang bodoh dan pengarah MIROS yang bangang. Tidakkah kita terfikir, bukan semua yang diguna pakai di negara luar boleh di aplikasi kan di negara ini? Tidakkah kita terfikir betapa ramai rakyat di malaysia mempunyai lebih dari 3 orang anak, walaupun hanya 3% yang membawa lebih dari 3, tetapi ketika musim cuti sekolah, jumlah itu akan bertambah. Yang kaya mungkin mampu beli kereta lebih besar.

Kemudian kita cuba mengurangkan kecederaan sedangkan kita sepatutnya tumpukan pada mengurangkan kemalangan. Kita dah lari dari tujuan asal, yakni memastikan kita selamat tanpa kemalangan. Adakah kita cedera atau mati kerana kemalangan itu atau kerana tidak pakai tali pinggang? Bukankah jika tiada kemalangan maka kematian juga tiada? Jadi, kenapa menteri serta kementerian pengangkutan, JPJ, dan MIROS tidak buat kajian untuk kurang kemalangan yang pastinya lebih berguna?

Setelah difikirkan kembali, inilah cara paling senang nak dapat duit. POLIS dan JPJ hanya sambil jalan-jalan boleh saman, pada bila-bila masa. Cara mudah untuk bebankan rakyat dengan saman.

Saya terfikir, andai kata saya bawa 3 orang anak, anak yang ditengah tiada tali pinggang. Sudahlah tiada tali pinggan, dia berada ditengah pula tu, dan senang terhumban kerana tiada halangan. Tapi, mengikut kajian MIROS, ini tidak perlu tali pinggang, sebab semua kereta hanya dilengkapi dengan 2 tali pinggang je. Nak beli kereta besar, saya tidak mampu dan kereta saya pun masih mampu bawa 3 orang anak bersaiz sederhana di belakang. Kenapa nak membazir sedangkan kerajaan suruh berjimat. Dan untuk perjalanan jauh, anak yang ditengah tu, kesian juga kerana punggungnya terpaksa duduk diatas kepala tali pinggang. Sungguh tidak selesa. Atau terpaksa kedepan sikit... Sungguh menyiksakan.

Tapi, apakan daya, kami ada pemimpin dan ahli fikir yang syok sendiri. IQ rendah tahap pelajar sekolah tadika. Tidak mampu fikirkan lebih jauh serta impak pada rakyat sederhana. Lihatlah kematian yang terjadi di malaysia kerana kemalangan semua. Fikirkanlah kenapa ada kematian, adakah kerana tidak menggunakan tali pinggang atau kerana kemalangan itu sendiri?

Minyak dah turun...

Alhamdulillah... minyak dah turun ke harga yang hampir-hampir harga asal...
Harapnya peniaga, terutamanya yang beragama ISLAM akan menurunkan harga juga. Biarlah untung sedikit dari untung banyak tapi tiada keberkatan. Perbanyakkan kuantiti dan kualiti, pasti walau untung sedikit, tapi jika kuantitinya banyak, InsyaAllah, keuntungan akan bertambah kerana rezeki diberkati.

Monday, November 17, 2008

Penkid dah settle... Pondan bila pula?

Kita dok heboh isu penkid ini tetapi kita terlupa satu lagi golongan yang popular hingga boleh dilihat saban hari, malah sudah pun menjangkiti sekolah (terutamanya sekolah berasrama) dan universiti, yakni golongan yang dilaknat tuhan sejak zaman nabi Luth lagi, iaitu PONDAN @ MAK NYAH @ SAUDARAI @ nama-nama lain.

Kita juga lupa pada golongan LESBIAN dan HOMOSEKSUAL, satu lagi kaum yang sukar dibezakan rupa berbanding golongan asal, tetapi nafsu mereka lebih kepada golongan sejenis. Mereka ini juga merbahaya, malah ada yang berkahwin dan mempunyai keluarga, tetapi mencintai golongan sejenis mereka terutama rakan sekerja atau sepejabat.

Apakah majlis Fatwa kita terlupa pada pada golongan ini atau perlukan masa lagi untuk buat penyelidikan? Sedangkan di dalam Al-Quran dan Hadith telah nyata melaknatkannya.

Ntah le... apa nak jadi dunia sekarang...

Friday, November 07, 2008

Apa Lagi Tak Kena?.... Buta atau Bodoh atau Buat-buat tak tahu

Petikan dari Harian Metro..

"

Apa lagi tak kena?

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Kita akan buat (tambah baik mutu perkhidmatan) tetapi sebelum itu mahu tahu apa servis kami yang tidak elok serta perlu dibaiki...apa yang pengguna dan kerajaan rasa tidak puas hati,” kata Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali. ..."

Kenyataan yang dikeluarkan selepas arahan kerajaan untuk tingkatkan mutu perkhidmatan.

Mungkin presiden PMBOA ini jarang turun padang atau menikmati sendiri perkhidmatan bas, sebab itu tidak tahu. Malah mungkin ketika didalam kenderaan yang dipandu pemandu, beliau asyik bercakap melalui telifon atau membaca surat khabar atau merenung pada kertas kerja hingga tidak sempat meninjau keadaan sekelilingnya.

Kalau tanya pengguna, sudah letih dan jemu mengungkit permasalahan ini. Tapi apakan daya, harga tetap naik.... tapi rintihan makin turun masuk ke dalam longkang... senyap sunyi... Hanya kerana terpaksa sahaja. Andai diberi kebebasan serta diberi kemampuan, pasti ramai yang menggunakan alternatif lain.

Masalah; andai presiden PMBOA masih buta atau memang tergolong dalam kategori makan gaji buta serta bodoh; ialah:
1. Bas tidak diselenggara dengan baik. Ada yang berbau hancing, busuk, kotor malah tempat duduk yang tidak selesa, terutama bas METRO

2. Selain dari kebersihan, keadaan bas sendiri juga tidak diselenggara dengan baik. Dengan tempat duduk yang sesetengahnya asal ada sahaja, melepaskan asap yang cukup segar hingga sekali hirup boleh terus masuk kubur, cermin pecah, 'spring' teruk hingga bila langgar bonjol akan menyakitkan punggung, aircond yang hidup segan mati tak mau

3. Perkhidmatan yang teruk. Masa tidak pernah tepat, cara pembawaan ala-ala F1 hingga tidak peduli kereta atau motosikal lagi, kalau dia nak masuk dia masuk je (saya sendiri beberapa kali terpaksa brek mengejut gara-gara pemandu setan, pemandu dan konduktor samseng serta merokok (terutamanya bas METRO), waktu perjalanan yang huru-hara dan macam-macam perangai lagi.

Ini baru bas, belum masuk teksi yang majoritinya samseng.

saya tidak mengatakan kesemuanya, tapi sebahagian besarnya begitu. Saban hari kita boleh saksikan. Apakah presiden PMBOA ini begitu buta, tuli, dan bangang sehingga perkara ini tidak dapat disaksikan? Pergilah kota raya dan duduk lah barang sejam dua dan saksikanlah betapa "BAIK"nya perkhidmatan bas. Dulu cakap nak bagi baik juga bila naikkan harga. Sekarang tanya lagi dan harga tetap naik juga... tapi perkhidmatan... ala-ala di India sahaja.

Macam ni nak suruh naik bas...

Presiden MCA buta sejarah

Petikan dari utusan...

"Presiden MCA kaitkan Obama dengan isu PKNS

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman.

Dengan mengambil Barack Obama, ...."

Orang disana, putih atau hitam bukan orang pribumi amerika.... Yang sepatutnya jadi presiden ialah orang asli, 'Red-Indian'. Tapi kerana sana terlalu kuat perkauman, maka yang menguasai ialah orang kulit putih.

Dan untuk pengetahuan Presiden MCA, di sana, unsur perkauman lebih kuat dari apa yang berlaku diMalaysia. Lihat sahaja perbezaan ketara antara orang kulit hitam dan putih disana. Betapa besar jurang itu? Adakah kita hendak perkara sama berlaku?

Kita harap Obama menang bukan kerana dia kulit hitam, tapi kerana perubahan yang dijanjikan, malah untuk bangsa kulit hitam yang selama ini menderita disana. Dan di Malaysia pula, bangsa melayu masih jauh ketinggalan. Intel, Dell, Motorola, Agilent, Accenture, etc... dan beberapa lagi nama besar, lihat sahaja pada kedudukan Melayu didalam situ. Kurang dari 10%. Jangan dikira pada pekerja kilang (kerana itu yang mampu dan kononnya menjanjikan peluang pekerjaan... itu pun ramai warga asing juga), tapi lihat pada pengurusan atas, betapa boleh dikira dengan jari orang melayu.

Mungkin Presiden MCA kena baca sejarah semula, macam Lian Hoe yang juga buta sejarah.

....

Masih hairan kenapa Lian Hoe tidak dikenakan tindakan macam Ahmad Bukit Bendera, padahal si Ahmad pun tidak pertikaikan hak orang cina, cuma mengatakan orang cina dari negara china, dan si Lian Hoe pula balas dengan kata orang melayu dari nusantara (betapa bangangnya ketua wanita gerakan ini, Nusantara meliputi tanah melayu, sabah, sarawak, indonesia, brunei, dan beberapa lagi, itu pun tak tahu).

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com