A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Friday, November 28, 2008

Serangan pengganas di India... Kecoh Thailand

1. Betapa selamatnya Malaysia dibanding dengan keadaan di luar negara. Terkini di India, dimana pengganas menembak mati beberapa orang (surat khabar kata dalam 100 lebih). Sebelum tu di Thailand dengan krisis politiknya hingga menyusahkan orang luar. Kenapa kita di Malaysia tidak boleh duduk diam dan kekalkan keamanan ini? Kenapa kita nak bangkitkan isu kontrak sosial, perkauman, meragut hak milik bumiputera, mempertikaikan hak milik orang, mempertikaikan fatwa yang kita sendiri tidak faham, dan sibuk nak jatuhkan kerajaan sekarang, dan pelbagai lagi. Adakah kita hendak perkara sama berlaku di luar sana berlaku di sini?

2. Belum ada apa-apa serta pengesahan dan bukti yang kukuh, umat ISLAM sudah dituduh. Mungkin itu adalah penganas yang dibayar oleh Amerika (sebab si semak @ bush tidak puas hati kerana tidak dapat mengambil kekayaan negara ISLAM yang ditaklukinya lantas membina satu alasan kukuh untuk Obama bertindak pula). Mungkin juga ia dilakukan oleh Pemberontak Tamil Nelam. Mungkin juga dilakukan oleh barisan kuat perdana menteri india untuk meletakkan keadaan darurat dan seterusnya mengaut apa jua keuntungan terhasil dari itu. Mungkin juga ia akan dijadikan alasan untuknya dan sekutunya menyerang negara di sempadan terutamanya Pakistan yang kini masih belum stabil dan mudah untuk diambil kesempatan atau di Afghanistan yang juga alasan terbaik meletakkan kakitangannya untuk mengambil seberapa boleh kekayaan yang masih tersimpan di perut bumi negara tersebut. Inilah dunia hipokrit sekarang. Tuduhan dan fitnah bermaharajalela. Andai diturut undang-undang ISLAM, pasti perkara ini tidak berlaku.

No comments: