Wahai umat ISLAM dan masyarakat melayu... tak perlu kita nak senaman yoga ni untuk kekal sihat serta kekal muda. Buat apa kita buat senaman yang berkemungkinan boleh rosakkan akidah dan iman kita. Bukankah banyak lagi senaman yang bermanfaat.
Kalau nak buat senaman ala-ala yoga pun ada dalam ISLAM. Bangun solat sunat waktu malam dan berzikir. Nak buat apa kita baca mantera dia orang... Kita duduk kat rumah, malam-malam, bangun zikir serta bermuhasabah diri. Lebih baik. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan, malah mendekatkan diri kita pada Allah S.W.T lagi.
Pada orang ISLAm yang menolak fatwa pasal Yoga dan Penkid ni, renungkan semula diri sendiri. Adakah kita ISLAM keseluruhannya atau ISLAM pada sekeping kad pengenalanan?
Petikan dari Utusan Malaysia, 24/11/2008, Pengusaha kelab nafi mantera dalam senaman yoga
"''Menerusi senaman yoga, kita boleh mendapat ketenangan jiwa, sihat dan mampu mengawal perasaan,'' katanya."
Kenapa perlu yoga untuk mencari ketenangan jiwa. kenapa perlu ke kelab untuk jadi sihat dan mendapat ketenangan? Kenapa perlu keluarkan duit untuk sesuatu yang kita boleh dapat secara percuma? Hadir sahaja ke masjid, solat malam, berzikir, bertahajud, dan membaca Al-Quran bukan sahaja boleh menyucikan rohani, malah jasmani kita. Dengan lebih tawaduk, kita jadi lebih bersabar dan mampu kawal perasaan. Dengan lebih dekat pada Illahi dan meningkatkan iman dan taqwa, kita lebih tenang dan bersih. Dengan mengamalkan ajaran ISLAM dalam seharian (makan yang halal dan sekadarnya, tunaikan solat, amalkan solat malam, berpuasa, dll) bukan sahaja mampu menyihatkan tubuh badan dan mendapat ketenangan jiwa, malah menjimatkan serta boleh dilakukan dimana-mana sahaja tanpa perlu membayar dan pergi ke kelab.
Jadi, kenapa kita nak pertahankan yoga sedangkan alternatifnya sudah lama ada. Hendak bernafas dengan betul, solatlah dengan betul, pasti kita dapat lakukannya kerana sains sudah buktikan bahawa solat banyak kelebihannya.

No comments:
Post a Comment