A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Friday, November 28, 2008

Fatwa Yoga... Mcm fatwa rokok pula

Majlis agama sudah jelas. Fatwa pengharaman yoga juga jelas. Tapi kenapa negeri-negeri masih bertangguh. Siap nak kaji terlebih dahulu.

Fatwa pengharaman rokok juga jelas. Tapi bila sampai ke negeri hatta negeri kelantan yang kononya dikatakan serambi mekah dengan barisan tok-tok gurunya pun tidak mengharamkan rokok. Malah boleh dilihat rakyatnya merokok didalam kawasan masjid.

Nampak sangat tidak ada penyatuan dan persetujuan seia sekata dalam melaksanakan tugas dan menegakkan syiar ISLAM.

Kenapa susah benar hendak dikuatkuasakan serta ada perbezaan pula disetiap negeri. Kalau masuk Kedah, rokok haram. Pergi ke Kelantan, rokok makruh... Pelik? Walaupun jelas ada perdebatan, kenapa kita tidak ambil yang selamat dan menjamin kesejahteraan umat ISLAM? Apakah kebaikan rokok? tiada. Apakah keburukannya? Berlambak.

Begitu juga dengan yoga. Kenapa majlis agama negeri perlu kaji pula? Apakah akan ada perbezaan fatwa dengan majlis agama pusat serta majlis agama negeri untuk setiap negeri? Kalau beginilah, memang logik sungguh ISLAM itu diperkotak-katikkan kerana perkara mudah ini pun kita tidak bersatu. Didalam ajaran Nabi, tiada menggunakan amalan senama yoga. Malah Nabi S.A.W, para sahabat, seterusnya ke para khalifah ISLAM, hinggalah ke tok guru semuanya tidak amalkan yoga. Tapi ketenangan jiwa tetap dicapai, tubuh badan sentiasa sihat dan kelihatan muda, mempunyai kesabaran yang tinggi, dan yang penting, tiada wang dikeluarkan untuk semua itu. Kita nak berjimat, oleh itu, berjimatlah. Banyak lagi senaman yang baik untuk kesihatan serta tidak memerlukan belanja yang banyak serta tidak perlu pada tempat-tempat khusus. Buatlah senaman arobik, bersukan, berenang, menunggang kuda, berlari, bersenam didalam gim, solat tahajud, solat sunat, solat (solat itu sendiri merupakan senaman pernafasan terbaik), dan berzikir.

Untuk yang bukan ISLAM pula, kenapa perlu risau atau takut? Fatwa haram hanya untuk ISLAM. Yang bukan ISLAM, kalau nak buat yoga ke taichi ke apa ke, itu hak anda. Jadi tidak perlu anda bersuara mempertikaikannya.

Untuk umat ISLAM pula, lebih baik tinggalkan perkara yang was-was dan meragukan dari mengikutnya kerana mungkin tanpa kita sedar, ISLAm kita hanya pada nama, tetapi akidah kita sudah terpesong. Oleh itu dari akidah terpesong tanpa kita sedar, lebih baik kita mengambil langkah pencegahan dan berjaga-jaga. Kita hanya manusia dan manusia itu selalu leka dan alpa serta mudah lupa.

No comments: