A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Friday, November 07, 2008

Presiden MCA buta sejarah

Petikan dari utusan...

"Presiden MCA kaitkan Obama dengan isu PKNS

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman.

Dengan mengambil Barack Obama, ...."

Orang disana, putih atau hitam bukan orang pribumi amerika.... Yang sepatutnya jadi presiden ialah orang asli, 'Red-Indian'. Tapi kerana sana terlalu kuat perkauman, maka yang menguasai ialah orang kulit putih.

Dan untuk pengetahuan Presiden MCA, di sana, unsur perkauman lebih kuat dari apa yang berlaku diMalaysia. Lihat sahaja perbezaan ketara antara orang kulit hitam dan putih disana. Betapa besar jurang itu? Adakah kita hendak perkara sama berlaku?

Kita harap Obama menang bukan kerana dia kulit hitam, tapi kerana perubahan yang dijanjikan, malah untuk bangsa kulit hitam yang selama ini menderita disana. Dan di Malaysia pula, bangsa melayu masih jauh ketinggalan. Intel, Dell, Motorola, Agilent, Accenture, etc... dan beberapa lagi nama besar, lihat sahaja pada kedudukan Melayu didalam situ. Kurang dari 10%. Jangan dikira pada pekerja kilang (kerana itu yang mampu dan kononnya menjanjikan peluang pekerjaan... itu pun ramai warga asing juga), tapi lihat pada pengurusan atas, betapa boleh dikira dengan jari orang melayu.

Mungkin Presiden MCA kena baca sejarah semula, macam Lian Hoe yang juga buta sejarah.

....

Masih hairan kenapa Lian Hoe tidak dikenakan tindakan macam Ahmad Bukit Bendera, padahal si Ahmad pun tidak pertikaikan hak orang cina, cuma mengatakan orang cina dari negara china, dan si Lian Hoe pula balas dengan kata orang melayu dari nusantara (betapa bangangnya ketua wanita gerakan ini, Nusantara meliputi tanah melayu, sabah, sarawak, indonesia, brunei, dan beberapa lagi, itu pun tak tahu).

No comments: