http://www.myemail.my/http://www.malaysiakini.com/news/162081Beberapa hari ini kecoh dengan kenyataan dari PM yang merungkai beberapa ETP baru yang akan dilaksanakan, diambil dari peti cadangan PEMANDU yang dipimpin oleh Idris Jala. Email percuma yang akan diberi pada rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas dan berminat itu serta mempunyai kapasiti percuma 25Gb itu dikendalikan oleh Tricubes Berhad.
Secara ringkasnya, Tricubes Berhad merupakan sebuah syarikat dalam keselamatan maklumat yang kini dalam pemerhatian pihak Bursa Malaysia (laporan MalaysiaKini) yang juga mengupas mengenai kebolehupayaan syarikat ini melaksanakan projek tersebut di laporan seterusnya. Pakcik tak nak cakap pasal syarikat ini.
Selain dari email percuma, apa lagi yang disediakan didalam laman tersebut? Semuanya boleh disaksikan di sini.
Sebelum pakcik cakap pasal tahap kebagusan, jom kita tengok akan apa yang ditawarkan.
1. Email Percuma - Rakyat Malaysia, majoriti (bukan setakat 18 tahun je, 5 tahun pun) sudah punyai akaun email sendiri yang ditawarkan melalui gmail, yahoo, dsb. Oleh itu, adakah ini satu keperluan lagi?
2. 25Gb ruang percuma - Malangnya sudah ada begitu banyak ruang simpanan maya yang ditawarkan. Malah ada yang mencecah 100Gb dan ada yang 'unlimited'. Sebagai contoh, yahoo dan gmail yang merupakan 2 penyedia email terbesar tidak mengehadkan pada saiz tertentu.
3. Pembayaran bil - Majoriti pembayar bil di Malaysia sudah pun mempunyai tempat pembayaran bil sendiri. Sebagai contoh, pengguna CIMB boleh melakukan pelbagai transaksi pembayaran bil secara dalam talian dan caj yang dikenakan minimum sedangkan pihak Tricubes belum tentu tidak mengenakan bayaran.
4. Portal - Kita sudah ada Blog 1Malaysia dan juga twitter, FB, etc dari PM dan juga yang lain. Malah ada yg menggunakan RSS untuk menambah penyampaian selain dari media elektronik dan media cetak. Apa keistimewaan Portal tersebut sedangkan apa yang ditawarkan sudah ada.
Sekarang, kita tengok kebaikan dan keburukannya pula.
1. Email percuma - Kita tidak memerlukan email percuma lagi kerana dengan penambahan satu lagi email tidak akan memberi satu impak yang besar pada seseorang sebaliknya menambahkan kesusahan kerana terpaksa 'maintain' beberapa akaun email. Namun begitu, dari segi kebaikannya ialah, data maklumat akan hanya berada diMalaysia, berbanding dengan data/maklumat/profil yang kita isi didalam akaun gmail dan yahoo. Cuba kita fikir sejenak mengapa Blackberry diminta menyimpan data pengguna di Indonesia dan Arab Saudi di negara tersebut dan tidak seperti lazimnya yakni di 'Data-Center' mereka yang terletak di US dan Canada? Ini kerana maklumat @ privacy yang dikhuatiri akan di capai oleh pihak US dan Yahudi yang boleh diguna pakai dalam mencapai impian mereka. Dalam masa yang sama, kita juga khuatir akan niat tersembunyi yang ada dalam Tricubes apabila melaksanakan projek ini. Kita tidak pasti sejauh mana selamatnya data kita dipihak Tricubes dan apakah tahap keselamatan yang mereka guna-pakai.
2. Pembayaran Bil setempat - Kebaikannya tiada kerana kita sudah punya pelbagai cara untuk membayar bil secara dalam talian. Keburukannya ialah kita terpaksa membayar harga caj yang belum dikenal-pasti serta data-data maklumat bil yang pastinya akan memberi satu gambaran mengenai profil kita pada Tricubes.
3. Penyampaian Maklumat - Mulai hari ini, kita akan mendapat maklumat secara lansung dari kerajaan yang pastinya berguna pada kita dalam menilai prestasi kerajaan itu. Segala tindakan, cadangan boleh juga disampaikan secara lansung tanpa perlu kita buka laman web atau blog. Cukup dengan melakukan mail-push teknologi, kita akan mendapat maklumat terkini. Dan ini merupakan sesuatu yang tidak digemari oleh pihak pembangkang kerana pastinya ramai rakyat akan mendapat berita berlawanan dengan berita dari mereka. Keburukannya pula ialah kita akan kembali pada zaman 50an dimana sumber maklumat semua dikuasai oleh kerajaan lantas menjadikan minda kita tertutup pada satu aliran pemikiran sahaja.
Oleh itu, renungkan kan kebaikan dan keburukannya dan timbang-tara akan yang mana lebih banyak implikasinya. Yang pastinya apa jua cadangan dari PEMANDU banyak keburukannya pada rakyat majoriti sedangkan rakyat berpendapatan tinggi langsung tidak terjejas.

1 comment:
Kalau betul nak tolong rakyat majority...bagi jer talian telefon dan internet free...itu lebih bermanafaat untuk rakyat majority kerana cas streamyx atau broadband sekarang agak mahal untuk rakyat majority dan yang paling menyusahkan internet telah menjadi keperluan rakyat majority pula untuk mencari maklumat yang sebenar / tempat rujukan yang tidak terpimpin tidak seperti lembu dicucuk hidung (semua rangkaian tv termasuk bernama, berita arus perdana seperti utusan meloya dan berita hairan)
Post a Comment