MyKad.. jenama yang digembar-gemburkan oleh kerajaan betapa ia merupakan produk terbaik dengan menggabungkan ciri-ciri cip serta keselamatan terbaik (atau setanding jika tidak terbaik) dan mampu dihubungkan ke pelbagai aplikasi seperti JPJ, Imigresen, Touch n Go, etc.
Namun, disebalik kecanggihan yang diwar-warkan itu, terdapat kelemahan-kelemahan ketara pada kad tersebut yang pada saya ibarat telur sebiji riuh sekampung, pukul tin kosong, bunyi kuat tapi dalam kosong.
Kenapa?
1. Untuk melakukan penambahan atau pertukaran maklumat seperti alamat rumah, atau lesen diperbaharui atau pertukaran ke agama ISLAM, dan lain-lain memerlukan penukaran kad dilakukan. Sedangkan sepatutnya kad yang dikatakan pintar ini hanya perlu mengemaskinikan maklumat didalam pangkalan data tanpa perlu penukaran kad. Jika maklumat meps dan touch n go boleh dikemaskinikan serta boleh dilihat terus tanpa penukaran kad, maka maklumat lain juga boleh dilakukan begitu. Tapi, yang kelakarnya, maklumat lain tidak boleh dilakukan begitu.
2. Maklumat tersebut disimpan didalam cip. Sepatutnya, cip tersebut hanya menyimpan nombor siri, nama, dan nombor kad pengenalan sahaja. Ini tidak, kesemua maklumat disimpan didalam cip tersebut. Ini sekaligus melonggar dan menurunkan tahap keselamatan kerana alat pembaca cip amat mudah didapati dipasaran dan maklumat tersebut boleh disalin kedalam cip yang lain dan sekaligus memudahkan proses pengklonan.
3. Maklumat dari agensi lain seperti JPJ dan imigresen tidak dikemaskini sentiasa. Jika seseorang menukar MyKad pada hari ini dan seminggu kemudian memperbaharui lesennya, maklumat baru lesen tersebut tidak akan berada didalam sistem MyKad. Sungguh menyedihkan bila kita kata sistemnya adalah tercanggih tapi menyimpan maklumat lama.
4. Kad MyKad juga mudah rosak jika terkena air selalu.
5. Maklumat seperti alamat dipaparkan di atas kad. Ini memudahkan proses peniruan data.
Oleh itu, saya amat berharap, pihak JPN tidak mengwar-warkan kehebatan sesuatu yang tidak wujud. Sebaliknya, pihak JPN perlu memikirkan cara terbaik untuk mengatasi kelemahan MyKad ini. Janganlah terpedaya dengan cakap orang barat yang mengatakan kad kita terbaik sedangkan kad kita sebenarnya mudah untuk diklonkan.

5 comments:
Jelas dari penulisan, anda cuma membuat andaian semata-mata. Kajian, penyelidikan dan rujukan langsung tidak diambil kira semasa menulis artikel ini.
Itu bukan andaian semata-mata... itu melalui kajian sendiri serta dari pemerhatian terhadap kaedah-kaedah yang diguna pakai serta keberkesanannya. Jika berkesan, kenapa masih ada klon? Saya berkata begitu kerana saya sudah mengalami semua perkara tersebut.
kalau nak dibandingkan negara lain kita lagi baik dan canggih... setahu saya My Kad ni telah dikeluarkan beberapa peringkat... peringkat awal dulu mmg cip tu tak berfungsi dengan baik... apa kata kita dapatkan penjelasan dari org JPN...
p/s : Jika melihat kepada sejarah My Kad kita akan tahu betapa bagusnya idea Tun Dr. Mahathir membawa teknologi ini ke Malaysia..
Teknologi bagus, malah lebih hebat dari US dan negara lain. Idea Tun Dr. Mahathir mengenainya memang diakui bagus.
Tetapi, malangnya orang/pasukan/kementerian yang melaksanakannya tidak bijak serta tidak tahu menggunakkan sepenuhnya kemampuan cip serta tidak bijak dalam memastikan pelaksanaan dan penggunaannya bersungguh-sungguh.
memang betol pon tak bagus...al kisahnya saya nak buat akaun maybank dan diminta mykad untuk discan cip.tetapi tidak boleh detect kerana cip rosak walaupun saya tidak pernah menggunanya!!pegawai maybank tersebut menyuruh saya pergi ke JPN untuk memohon borang kp12 untuk menggantikan mykad.malangnya apanila saya pergi ke pejabat JPN, orang beribu dan dipaksa beratur walaupun proses tersebut hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.tak cekap dan kerja makan gaji sahaja...mykad tidak praktikal!!!!!!!!!
Post a Comment