A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Thursday, January 19, 2012

Keluarga Menteri Kena Isytihar Harta


Klik gambar untuk besarkan gambar dan paparan lebih jelas.

* Sumber: Berita Harian (Khamis, 19 Januari 2012)

Pakcik kata:
Alhamdulillah... ada perubahan. Mungkin ada sesetengah pihak akan terus memandang sinis atau penuh curiga. Mungkin juga ada pihak yang mempertikaikan akan keikhlasan dan sebagainya. Lumrah dan fitrah manusia akan terus begitu selagi mana dunia menjadi idaman dan kuasa menjadi sasaran sedangkan kita terlupa bahawa kita disarankan untuk bersangka baik dan membuang yang keruh dan ambilkan yang jernih.

Apa pun, pada pakcik, ia merupakan satu langkah positif yang perlu bukan sahaja sokongan masyarakat, tetapi juga pihak berkaitan dalam memastikan akan ketelusan dan keikhlasan dipertontonkan agar tercermin akan peribadi yang disukai Allah Taala. Dan paling baik, bersangka baik lah sesama kita.

Hmmm... moga ia juga menjadi ikutan pihak lain. Bukan sekadar umumkan harta milik ADUN dan MP sahaja, tetapi kaum kerabat dan sahabat handai yang berkait-rapat dengan mereka. Itu barulah dinamakan telus dan berintegriti.

Sumber lain:
[1] Surah Al-'Asr: Ayat 1 - 3
[2] http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8527.0
[3] http://irmadilondon.blogspot.com/2010/03/bersangka-baik-sesama-manusia.html
[4] “Jika umatku sudah mengagungkan dunia, maka akan tercabut dari mereka kehebatan Islam; dan jika umatku sudah meninggalkan amar ma’aruf nahi munkar, diharamkan baginya keberkatan wahyu; dan jika umatku sudah saling mencaci, maka jatuhlah ia dari pandangan Allah” (HR. Hakim dan Tirmidzi)


p/s: Pakcik pun tengah mencuba untuk terus bersangka baik walaupun adakalanya sukar.

No comments: