A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Saturday, January 21, 2012

Tips Keselamatan Rumah (ketika anda bercuti)

Maklumkan kepada jiran anda bila anda tiada dan bila anda akan kembali. Jika boleh, izinkan jiran anda untuk buka dan tutup lampu luar rumah anda. Rumah yang sentiasa terpasang lampu walaupun pada waktu siang akan menimbulkan syak.

Maklumkan kepada pihak POLIS dengan mengisi borang pulang ke kampung di balai polis berdekatan kawasan rumah anda.

Hantar SMS balik kampung. Taip POLIS[Negeri] BK [alamat anda] [tarikh cuti] dan hantar ke 32728. Cth: POLISKL BK No.1, Jln satu, Bandar Satu 19/1/2012 - 25/1/2012

Pastikan anda tidak tinggalkan barang penting di tempat yang mudah ditemui.

Kunci semua pintu, tutup elektrik yang tidak perlu, dan pastikan jika meninggalkan kenderaan, kenderaan itu juga dikunci.

Bagi orang ISLAM, sebelum bergerak, berdoa pada Allah memohon perlindunganNYA dan tawakkal padaNYA.

No comments: