Satu video yang di terbitkan oleh saudara Mat Luthfi yang mesti anda tonton. Satu realiti yang digambarkan dalam keadaan bersahaja dan tidak memerlukan aksi seperti beberapa filem malaysia yang sibuk menonjolkan aksi yang tidak diperlukan kerana kononnya untuk mendidik dan sebagainya.
Kredit kepada: Yang berkongsi (Pauh, Harakah, Nik Aziz) dan Penerbit (Mat Luthfi)
Pengajaran dari video diatas:
1. Puak A dan puak B sama sahaja. Penuh dengan politik fitnah dan mengata. Baik yang berserban, mahupun yang bersongkok. Masing-masing cuba menjadi hero tetapi hakikatnya hanya menunjukkan kelemahan sendiri hingga mudah dipergunakan dan diperdayakan oleh puak lain.
2. Kita sering menunding jari mencari kesalahan atas sesuatu perkara, tetapi kita lupa kepada persoalan utama yakni mencari punca permasalahan yang sebenar dan mencari jalan penyelesaian secara kolektif.
3. Kita lebih sibuk berceramah, bercakap, dan sebagainya dari bertindak dengan segera.
p/s: pakcik rasa, sudah-sudah lah tu... kalau idea itu terbaik, tidak kira siapa yang cadangkan, terima sahaja, tidak perlu berburuk sangka dan mencemuh sentiasa.

No comments:
Post a Comment