Google

Tuesday, October 27, 2009

Budget 2010... kenapa tak puas hati pasal kad kredit

Sebab dikenakan cukai ialah kerana untuk mengekang penggunaan kad kredit. Betulkah dengan cukai Rm50 itu dapat mengekang pengunaan kad kredit? Wajarkah orang yang hanya guna-pakai kad ketika perlu, seperti untuk daftar masuk hotel atau ke luar negara atau menempah tiket kapal terbang pun kena juga padahal dia bayar ikut masa serta sentiasa memastikan penggunaannya berbaloi.

Jika ditanya saya, sudah pastinya sesuatu yang membazir dan membebankan kerana saya pernah tidak menggunakan kad saya selama 2 tahun. Jika cukai itu dilaksanakan, pastinya saya akan membayar cukai tersebut secara percuma kerana tidak menggunakannya dan sekaligus menguntungkan bank dan orang kaya.

Sepatutnya, cukai itu dilaksanakan keatas kad yang masih berbaki atau tidak membayarnya mengikut waktu ditetapkan. Dan juga kerajaan sepatutnya menaikkan faedah keatas baki kad kredit yang belum berbayar atau naikkan charge perkhidmatan keatas tunai yang dikeluarkan melalui kad kredit. Ini baru dapat bendung penggunaan kad. Bukan itu...

Harap kerajaan dapat pertimbangkannya...

700 Anak luar nikah di KELANTAN!!!!

Petikan utusan hari ni mengatakan 9 bulan pertama tahun ini, negeri kelantan telah merekodkan sejumlah 700 anak luar nikah (sumber: Utusan Online)

Itu belum sempurna setahun dan belum tentu angka sebenar kerana pastinya ada yang sembunyikan kelahiran atau lahirkan ditempat lain.

Apa jadi Nik Aziz... Serambi Mekah konon... Aku dah kata lama dah.. patutnya ditukar ke Serambi Maksiat je... itu lah... dok sibuk nak berkuasa sangat... sibuk cari kesalahan orang lain.. negeri sendiri pun hancur... Kalau tak percaya... pergi la ke pasar siti khadijah atau pasar malam depan USM tu.. pastinya akan kelihatan gadis kelantan yang pakai cukup muat dan pakai tudung tapi rambutnya kelihatan.. Malah jika kita berada dipasar malam ketika azan maghrib berkumandang, pasti kelihatan warga kelantan yang duduk didalam kedai tetapi tidak solat...

Itu la.. nik aziz ooiii... jgn dok kata org teruk... kita sendiri urus pun hampeh juga... bukan nak kutuk nik aziz sebagai guru yang orang hormati... tetapi ingin menegur nik aziz agar status guru itu digunakan dengan betul... dan agar nik aziz muhasabah diri kembali... sebabnya nik aziz juga gagal sebagai pemimpin dinegeri sendiri...

Friday, October 23, 2009

Malaysia Today... you can't trust them

As they author in pro-PR always mention, Berita Harian, Metro, etc is a newspaper that tell lies more than the truth. Well... What you give, you will get soon or later. What goes up, for sure will come down. The world is in a circle. Once you are at the top... You'll never know when you'll down below.

Today at Malaysia Today news... http://mt.m2day.org/2008/content/view/27927/37/
"The audit report noted that four loss-making companies — Inno Bio Ventures Sdn Bhd, Jaring Communications Sdn Bhd, MIMOS Bhd and Pembinaan BLT Sdn Bhd — had paid bonus of between one and three months to their employees in 2007."

I'm not sure about the others... but as far as I know since I have few members working there and still there, they said that MIMOS is not a profit making company. Purpose of MIMOS is to develop technologies that can be used by Malaysian Company and to product it to the market. MIMOS is just a R&D center with focus on growing up new technologies and hand-it over to local company to market it. As far as they know, MIMOS cannot make any profit out of it. They can only get money if the purpose is for R&D .. BUT NOT FOR PROFIT...
Yes.. of course although the are not making money, they still need to pay their researcher, engineers, etc that works here... and thus 0 money - expenditure.. of course you'll get loss. And yes they also pay bonus.. Don't the author knows that all GLC, govt, ministries, agencies, goc also pay bonus as what private companies does. That's how the treat their employees as they can only pay low salary and to maintain good research for the benefit of the countries... a month salary or two months is nothing (if you calculate based on their salary)...

I'm not sure the purpose of the writer putting that information on a blogs, but it is for sure to condemn government.... BUT does they writes know the truth? or just let the people now half-baked caked and lets peoples slam government without knowing the full story? Gods know what the writers is thinking...

Wednesday, October 21, 2009

1Malaysia... Rakyat Didahulukan .. Pencapaian Diutamakan

Hmm... Betulke? Minggu lepas saya pergi ke JPN cawangan rawang... Nak ambil MyKid anak.. katanya sebulan selepas hantar, boleh pergi ambil. Kebetulan hari itu ofis cuti sempena Deepavali (jumaat.. ofis dahulukan). Jadinya, selepas solat jumaat, saya pun pergilah ke JPN rawang.
Sampai situ pukul 2.30. Pintu masih tertutup rapat. Lampu terpadam. Tak pa la... Cakap orang, tengok kat pintu, letak pukul 2.45 start balik. OK..
So tunggulah disitu.. Ramai gak yang beratur.. tepat jam 2.45pm jam saya, pintu masih berkunci.. orang JPN tengok baru sampai tengah parking kereta. Perempuan semua tu... dan ISLAM.. nak kata kena pergi masjid dengar khutbah dan solat jumaat.. lelaki dah lama dah balik... saya pun pergi juga solat jumaat.. malah dia org ni tak perlu solat jumaat. Mana dia orang pergi 2 jam..
pastu dia orang masuk le dalam pejabat... ingat nak buka pintu.. tidak. pergi ntah kemana.. berhias dulu kut.. yang tukang buka pintu lak mulutnya masih penuh dengan makanan.. jalan pun slow je..
Pandang punya pandang... intai punya intai.. rupa-rupanya jam JPM belum 2.45.. ada lagi 5 minit..
tepat 2.45 jam JPN, barulah minah tadi datang buka TV (apehal buka tv dulu).. then buka lampu, baru buka pintu...
Bila pergi ambil nombor anda lepas tu jumpa orang JPN.. katanya belum siap lagi.. apa dah... penat aku menunggu dekat 30 minit... itu sebab aku datang awal.. yang lain for sure menyumpah nyer...
Mana dia Rakyat didahulukan? Mana dia pencapaian diutamakan? Cuba tengok syarikat swasta yang berasaskan servis.. seperti Bank.. Lunch hour dia orang tetap buka.. layan pelanggan.. Tak kan kerajaan tak boleh buat begitu... bukan susah pun.. waktu makan boleh gilir-gilir... tak perlu semua keluar serentak.. ini tidak.. kalau ada urusan kerajaan..kena datang waktu pejabat sebelum atau selepas waktu rehat... hampeh betul.. udah le pulak tu.. betul-betul ikut masa... tapi bila time bonus dan naik gaji.. semua nak lebih.. perangai dan cara kerja nak lepak.. tapi gaji nak best.. patutlah ramai menyumpah orang kerajaan.. kalau orang ISLAM.. mana amanah korang.. kalau tak ikhlas.. sekadar nak cari duit nak hidup, baik takyah kerja.. tak halal rezeki korang..
Pada menteri lak.. benda simple macam ni kalau tak boleh solve.. baik letak jawatan la...

Sedihnya hatiku....

Baru buka Harian Metro hari ni... terkejut tengok gambar muka depan... dan lebih mengerikan bila baca cerita yang dipaparkan...
Betapa teruknya perangai ibu budak ni... Apakah layak dipanggil ibu? Inikan nilai seorang ibu yang tinggi tempatnya didalam ISLAM sehingga Rasul S.A.W pernah berpesan agar jangan sekali kita kata uh pada ibu, nescaya neraka lah tempatnya andai begitu... tetapi... inikah perangai seorang ibu yang layak berada diatas? sudahlah melakukan maksiat, tergamak pula buat begitu...
Apa yang suka sangat cari warga asing (trend wanita sekarang terutamanya orang melayu.. walaupun banyak kisah diperihalkan dalam akhbar yang majoritinya berakhir dengan buruk)... tak belajar ke? tak ambil teladan ke?
Aku rasa sedih dan terkedu.. Moga anak itu ditempatkan ditempat sewajarnya.. Mungkin juga mati baginya lebih baik dari menanggung azab diperlakukan seperti itu. Al-fatihah...
Pada ibunya, insaflah... mungkin masa sempat taubat diterima... mungkin juga akan membantunya diakhirat nanti...
Pada mamat sudan itu... moga nyawanya direntap dari tubuhnya dengan cara yang cukup kejam...
Sila baca cerita ni di http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20091021080101/Article

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com