Google

Monday, August 30, 2010

Teo Nie Ching memasuki Surau Al-Huda, Kajang Sentral ... PAS suka UMNO bantah

Isu ni dah masuk seminggu. Kisahnya YB DAP ni pergi dari surau ke surau (tgk dalam laman dia... baju yang dipakai sama je).. lalu tibalah di surau al-huda, tanpa segan silu, datanglah dia kedepan atas jemputan untuk memberi sepatah dua kata. "Tazkirah"nya berkitar pada apa yang pakatan rakyat tengah buat dan dalam perancangan. Baguslah... bagitau kat semua.
Lalu, marahlah UMNO kerana bukan ISLAM berada didalam dewan solat dan sampaikan "Tazkirah", sedangkan sudah ada titah sultan bahawa surau dan masjid bukan tempat berpolitik. Benar juga mereka ini.
Kemudian, mulalah perang tunjuk sapa betul dikalangan ulama PAS, ulama UMNO, dan ulama neutral.
Masa menghadiri solat jumaat di sebuah masjid di Kinrara, ada tetamu jemputan memberi tazkirah sebelum solat. Jauh datangnya dari utara. Mahfoz Omar kata mereka... Dalam tazkirahnya, dia cakap masa zaman nabi, nabi nak masuk kaabah tu amik kunci dari orang kafir, Othman bin Talha. Kemudian, nabi serahkan kunci pada Othman bin Talha (ditekankan lagi oleh Mahfoz bahawa Othman ni masih kafir ketika kunci diserahkan kembali untuk dijaga). Kata Mahfoz, andai Othman tidak diberi hidayah, setiap kali umat ISLAM ingin tunaikan haji, maka perlulah meminta izin dari orang kafir. Dan berulang kali ditekankan oleh Mahfoz mengenai bukan ISLAM yang menjaga kaabah ini sebelum Othman masuk ISLAM.
Masa ini, saya teringat bila beberapa ulama PAS mempertahankan Lim Guan Eng dan sekutunya yang membaca beberapa potong ayat Al-Quran ketika memberi ceramah politik dengan mengaitkan kisah Omar yang ketika membaca Al-Quran masih lagi seorang kafir.
Lalu saya mula terfikir... terdetik didalam hati saya untuk berfikir mencari sebab perbezaan pendapat dikalangan ulama ini walaupun perkara ini kecil dan lantas saya membuat kesimpulan tersendiri:
1. Othman ialah seorang lelaki yang jujur dan tiada ada kepentingan politik sedangkan YB DAP bercakap mengenai politik dan menunjukkan riak melalui penceritaan kebaikkan PR.
2. Othman hanya menjaga pintu masuk kaabah, belum tentu dia memasuki kaabah dan tidak ada dalam cerita yang Othman memberi ceramah didalam kawasan kaabah. Hanya pemegang kunci sahaja. Sedangkan YB DAP masuk didalam kawasan solat, berada di saf depan, tidak menutup aurat, malah sentiasa dalam keadaan hadas besar (tak pernah mandi wajib) dan ditonton oleh bukan muhrim akan auratnya yang terbuka (rambut sehingga ke leher). Kalau Sharizat tak tutup rambut korang marah, la ni yang ada hadas besar dan terbuka seluasnya rambut, disokong lak atas nama dia jahil. Sedangkan pelawat masjid negara diminta memakai penutup kepala dan jubah, inikan pula diruang utama solat. Dimanakah keadilan yang sebenarnya?
3. Bukankah melihat rambut wanita bukan muhrim itu dikira zina mata oleh ulama? Baru je buat pahala, dapat dosa besar pulak... dah tu OK pulak tu kata ulama Parti. hmm.. confuse. Orang datang haid dan berhadas kecik pun tidak dibenarkan berada diruang solat, apatah lagi orang yang sentiasa dalam hadas besar.
4. Alasan sebab zaman nabi orang yahudi pun dibawa masuk ke masjid ialah alasan yang paling bangang. Lihat lah sebab apa dibawa ke masjid? adakah sebab nak suruh yahudi tu bagi ceramah? atau memberi pengajaran agama? dan adakah ajaran agama itu dibuat pada ruang solat atau ruang tepi masjid? adakah yahudi yang datang itu berada perempuan dan berada tanpa tudung di hadapan jemaah muslimin? Mengapa tidak diambil keseluruhan cerita?
4. Omar bila baca bukan untuk tujuan di pentas politik. Dia nak tahu apa yang adiknya baca. Tak ada pulak kisah Omar lepas baca terus pergi jumpa kengkawan dan baca balik apa yang dibaca ketika dia belum ISLAM. Omar lepas baca terus jumpa nabi dan peluk ISLAM.
5. Jika benar dia org baca untuk faham, patutnya macam Rubben, Ustaz Ravi, Ustaz Ridwan Tee, Steven Cat, dan lain-lain yang baca untuk faham dan mencari kebenaran dan hanya menceritakan pada orang ramai setelah mereka peroleh hidayah dan bukan untuk menarik perhatian ketika mereka masih kafir.

Kesimpulannya... semuanya kerana politik... hingga lupa apa sebenarnya yang perlu dan apa sebenarnya yang terjadi. Amik kisah separuh lepas tu jaja dan perihalkan yang tidak cukup dan menegakkan benang yang basah. Pelik pelik....

Friday, August 20, 2010

Kapal Selam Malaysia... betulke tak leh selam???

Betul ke? Biar betul tak boleh selam... Membazir duit rakyat betullah dia orang ni... Inilah kenyataan awal saya ketika mendengar dari mulut orang-orang serta dari paparan akhbar-akhbar pembangkang...
Mula tu percaya juga... kemudian saya berjumpa salah seorang pesara TLDM di suatu tempat. Lalu saya ajukan pertanyaan mengenai ketidak upayaan kapal selam malaysia menyelam. Pesara tu memberi analogi mudah pada saya... Berikut adalah sesi perbualan saya dengannya... (Lebih kurang je sebab tak berapa ingat)
Pesara: Ada kereta?
Saya: Ada
Pesara: Bila selalunya servis kereta?
Saya: Tengok keadaan. Selalunya sebelum perjalanan jauh atau selepas beberapa bulan atau kalau dah tiba masanya kerana dah cukup mileage. Tapi encik, apa kena mengena dengan tak boleh selam?
Pesara: Sabar ye. Hang jawap soklan aku dulu baru aku cakap kenapa. Kalau tak servis, berani bawa tak kereta tu?
Saya: Berani tu idak le, tapi kalau emergency, saya jalan juga.
Pesara: Kenapa tak berani? Takut rosak or jadi something?
Saya: (angguk) aa.. kang jadi pa pe kat tengah jalan, buat naya je. Servis pun kadang jadi gak, apatah lagi kalau tak servis.
Pesara: Ha.. macam tu la juga kapal selam. Bukan tak leh selam.. cumanya dia macam kereta juga. Selepas beberapa jam didalam air atau dah tiba masanya, kena servis. Kalau tak servis, bukan tak leh selam, cumanya ia dikategorikan tidak selamat untuk selam dan boleh mengancam nyawa anak kapal dan juga menyebabkan kerosakkan pada kapal tersebut. Maka, adalah lebih baik kita tak selam, balik dok dulu, kasi servis satu kali, kendian selam balik. Sekarang ko dah faham?
La ni saya faham.. paling penting, ustaz selalu pesan, jangan dengar cakap orang or jangan percaya sangat cakap orang sehingga kita dapat tahu sendiri dari sumber yang sebenar. Bukan main serkap jarang je.

Monday, August 16, 2010

MCA want kuota to be remove for the sake of 1Malaysia... what others said?

Pemuda UMNO says MCA should not make such request by any means or reason (Utusan)
What do I says...
Before making such demand, MCA should also put some request for the sake of 1Malaysia that all company, universities, project, housing area, etc should be equally divided such that it should follows the current division of each ethnics... As such, at the moment, the Bumiputera's is at 55% but their total economy, land, housing, etc is around 15% at were the most ethnics with highest poverty. As MCA said, for the spirit of 1Malaysia, this people should be help and put as priority first so that any request should be equivalent and to help Malaysian grown, rather than only one ethnic grow. If all of us are equally stands and the economics are equally divided and others are also equally belongs to each ethnics according to their population, thus that request should be relevant. At this rate, and at current situation, MCA is only making request for the sake of their party and not for the spirit of 1Malaysia.

Popular Posts

Official Google Blog

Humor @ xkcd.com