A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Friday, August 20, 2010

Kapal Selam Malaysia... betulke tak leh selam???

Betul ke? Biar betul tak boleh selam... Membazir duit rakyat betullah dia orang ni... Inilah kenyataan awal saya ketika mendengar dari mulut orang-orang serta dari paparan akhbar-akhbar pembangkang...
Mula tu percaya juga... kemudian saya berjumpa salah seorang pesara TLDM di suatu tempat. Lalu saya ajukan pertanyaan mengenai ketidak upayaan kapal selam malaysia menyelam. Pesara tu memberi analogi mudah pada saya... Berikut adalah sesi perbualan saya dengannya... (Lebih kurang je sebab tak berapa ingat)
Pesara: Ada kereta?
Saya: Ada
Pesara: Bila selalunya servis kereta?
Saya: Tengok keadaan. Selalunya sebelum perjalanan jauh atau selepas beberapa bulan atau kalau dah tiba masanya kerana dah cukup mileage. Tapi encik, apa kena mengena dengan tak boleh selam?
Pesara: Sabar ye. Hang jawap soklan aku dulu baru aku cakap kenapa. Kalau tak servis, berani bawa tak kereta tu?
Saya: Berani tu idak le, tapi kalau emergency, saya jalan juga.
Pesara: Kenapa tak berani? Takut rosak or jadi something?
Saya: (angguk) aa.. kang jadi pa pe kat tengah jalan, buat naya je. Servis pun kadang jadi gak, apatah lagi kalau tak servis.
Pesara: Ha.. macam tu la juga kapal selam. Bukan tak leh selam.. cumanya dia macam kereta juga. Selepas beberapa jam didalam air atau dah tiba masanya, kena servis. Kalau tak servis, bukan tak leh selam, cumanya ia dikategorikan tidak selamat untuk selam dan boleh mengancam nyawa anak kapal dan juga menyebabkan kerosakkan pada kapal tersebut. Maka, adalah lebih baik kita tak selam, balik dok dulu, kasi servis satu kali, kendian selam balik. Sekarang ko dah faham?
La ni saya faham.. paling penting, ustaz selalu pesan, jangan dengar cakap orang or jangan percaya sangat cakap orang sehingga kita dapat tahu sendiri dari sumber yang sebenar. Bukan main serkap jarang je.

No comments: