Petikan dari Harian Metro..
"
maiamalina@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Kita akan buat (tambah baik mutu perkhidmatan) tetapi sebelum itu mahu tahu apa servis kami yang tidak elok serta perlu dibaiki...apa yang pengguna dan kerajaan rasa tidak puas hati,” kata Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali. ..."
Kenyataan yang dikeluarkan selepas arahan kerajaan untuk tingkatkan mutu perkhidmatan.
Mungkin presiden PMBOA ini jarang turun padang atau menikmati sendiri perkhidmatan bas, sebab itu tidak tahu. Malah mungkin ketika didalam kenderaan yang dipandu pemandu, beliau asyik bercakap melalui telifon atau membaca surat khabar atau merenung pada kertas kerja hingga tidak sempat meninjau keadaan sekelilingnya.
Kalau tanya pengguna, sudah letih dan jemu mengungkit permasalahan ini. Tapi apakan daya, harga tetap naik.... tapi rintihan makin turun masuk ke dalam longkang... senyap sunyi... Hanya kerana terpaksa sahaja. Andai diberi kebebasan serta diberi kemampuan, pasti ramai yang menggunakan alternatif lain.
Masalah; andai presiden PMBOA masih buta atau memang tergolong dalam kategori makan gaji buta serta bodoh; ialah:
1. Bas tidak diselenggara dengan baik. Ada yang berbau hancing, busuk, kotor malah tempat duduk yang tidak selesa, terutama bas METRO
2. Selain dari kebersihan, keadaan bas sendiri juga tidak diselenggara dengan baik. Dengan tempat duduk yang sesetengahnya asal ada sahaja, melepaskan asap yang cukup segar hingga sekali hirup boleh terus masuk kubur, cermin pecah, 'spring' teruk hingga bila langgar bonjol akan menyakitkan punggung, aircond yang hidup segan mati tak mau
3. Perkhidmatan yang teruk. Masa tidak pernah tepat, cara pembawaan ala-ala F1 hingga tidak peduli kereta atau motosikal lagi, kalau dia nak masuk dia masuk je (saya sendiri beberapa kali terpaksa brek mengejut gara-gara pemandu setan, pemandu dan konduktor samseng serta merokok (terutamanya bas METRO), waktu perjalanan yang huru-hara dan macam-macam perangai lagi.
Ini baru bas, belum masuk teksi yang majoritinya samseng.
saya tidak mengatakan kesemuanya, tapi sebahagian besarnya begitu. Saban hari kita boleh saksikan. Apakah presiden PMBOA ini begitu buta, tuli, dan bangang sehingga perkara ini tidak dapat disaksikan? Pergilah kota raya dan duduk lah barang sejam dua dan saksikanlah betapa "BAIK"nya perkhidmatan bas. Dulu cakap nak bagi baik juga bila naikkan harga. Sekarang tanya lagi dan harga tetap naik juga... tapi perkhidmatan... ala-ala di India sahaja.
Macam ni nak suruh naik bas...
"
Apa lagi tak kena?
Oleh Maiamalina Mohamed Aminmaiamalina@hmetro.com.my

No comments:
Post a Comment