A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Monday, December 01, 2008

Melayu... bukan sahaja mudah lupa, juga mudah serah

Kalau orang melayu mempertikaikan mengenai masyarakt india dan cina, terus dilenting serta dikenakan tindakan. Tetapi, lihatlah sekarang. Tidak henti-henti mereka ini menghina, mencaci, merendahkan martabat orang melayu, tetapi, orang melayu masih berdiam diri. Mana perginya pemimpin kami? Mana perginya Anwar Ibrahim? Mana perginya PAS? Mana perginya UMNO? Anwar Ibrahim akan berdiam demi kuasa yang diidamkannya. PAS pula hanya berupaya di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis. UMNO? Sudah terlalu sibuk dengan hal-ehwal dalaman terutamanya dengan wanitanya yang sibuk berebut kuasa. Jadi, kepada siapa lagi kami nak minta apabila mereka ini bersuara meminta lebih. Sudah diberi betis mahukan paha...

Kalau si Ahmad kena tindakan, kenapa mereka tidak dikenakan tindakan? Bermula dengan si wee yang merosakkan lagu kebangsaan, kemudian ketua wanita gerakan, lepas tu hindraf, lepas tu si pelakon filem lucah soi lek, dan ketua wanitanya mei fun... lepas ni siapa pula? Tapi semuanya tidak dikenakan apa-apa tindakan mahupun digantung keahliannya dalam parti. Apakah kita takut?

Kalau hendak pertikaikan hak melayu, marilah kita pula pertikaikan apa yang telah kita beri pada mereka. Lihatlah TNB yang majoritinya dikuasai oleh warga India. Lihat JKR. Lihat pula MESINIAGA yang bahagian pengurusannya dikuasai oleh bangsa cina. Lihat pada INTEL, DELL, MOTOROLA, MAXIS dan beberapa syarikat lain. Lihat pada gedung membeli-belah dan pasar-raya. Lihatlah pada institusi pengajian tinggi awam yang lain dan juga swasta. Jika dibuka lebaran ruang mencari kerja, pasti kita akn terjumpa kriteria yang memerlukan penguasaan bahasa mandarin yang bukan sahaja berunsur perkauman malah berat sebelah. Jika kata JPA tidak memberi ruang pada bangsa lain adalah satu fitnah, kerana jangankan bangsa lain, malah bangsa melayu sendiri hanya bekerja dengan sektor awam sebagai pilihan terakhir kerana faktor gaji dan bukan nya faktor kaum.

Wahai bangsa lain, kamu patut bersyukur kerana kami tidak seperti Singapura dan Indonesia dan Thailand. Lihat pada negara jiran kita terutamanya Indonesia. Di sana ada bangsa cina tetapi tiada sekolah cina malah orang cina disana hanya bertutur bahasa indonesia. Lihat di singapura, sekolah cina atau india juga tiada.

Kami ini sudah begitu baik kerana berkongsi segala. Tetapi kami pinta jangan dipertikaikan lagi apa yang sepatutnya menjadi hak kami. Kami belum meminta, dan jangan paksa kami meminta kembali. Kami adalah bangsa berdaulat dan bermaruah.

No comments: