Bagi saya ada dua jawapan. Patut dan Tidak Patut.
Ia perlu dinaikkan kerana boleh dikatakan semua pemilik PPR mampu bayar. Jika mereka mampu bayar ansuran kereta, malah ada yang memiliki kereta yang agak mahal bagi status orang miskin seperti VIOS, Avanza, Waja, Wira, Satria, etc, maka sewa Rm250 sepatutnya lebih mampu dia orang lunaskan. Kalau menteri perumahan kita kata tidak patut, silalah lawat kawasan perumahan tersebut diwaktu malam. Lihatlah dereta kereta yang diletakkan dikawasan terbabit. Jika orang miskin, maka hanya motorsikal sahaja yang kita akan nampak. Atau pun kereta yang sudah berusia lebih dari 10 tahun dan bukannya kererta baru.
Selain itu, bukan semua yang tinggal disitu ialah pemilik PPR yang layak. Ada yang disewakan pada warga asing, dan ada yang disewakan pada pelajar. Maka amat berpatutan sewa dinaikkan.
Tidak patut pula kerana ada kemungkinan dan sememangnya ada yang tinggal disitu bukan sahaja boleh ditakrifkan sebagai miskin, malah ada yang boleh dikategorikan sebagai miskin tegar.
Walaubagaimana pun, saya cadangkan kerajaan Selangor wujudkan satu mekanisme dimana jumlah sewa yang patut dibayar adalah berdasarkan pada kemampuan sesebuah keluarga yang menetap disitu. Kemampuan sesebuah keluarga disini bukan hanya melihat pada pendapatan ketua keluarga, tetapi pada pendapatan keseluruhan isi keluarga dan ditolak pada perbelanjaan seisi keluarga. Maka, dengan itu, yang patut dibela tidak dizalimi, dan yang selama ini menangguk di air keruh di kenakan kembali.

No comments:
Post a Comment