Teluk Ramunia... Tempat yang saya belum lagi berkesempatan jejakkan kaki disana. Dalam dua-tiga hari ni, tempat tersebut menjadi bahan berita dalam beberapa media cetak dan media elektronik negara. Semuanya gara-gara pasir dan batu.
Namun, itu bukan persoalan utama. Yang utamanya ialah pada hari ini, 5 December 2008, didalam utusan malaysia, dengan ruangan tajuk "ADUN dakwan tidak pernah terima aduan", ADUN Tanjung Surat mengatakan tidak pernah terima aduan penduduk walaupun sudah 2 penggal memegang jawatan.
Ya, mungkin penduduk tidak mengadu atau penduduk mengadu pada orang lain atau penduduk mengadu padanya tetapi kerana ia dilakukan secara tidak formal dan tiada hitam putih serta saksi, maka aduan itu lesap begitu sahaja atau penduduk baru mengadu. Walau bagaimanapun, apa yang ingin saya tekankan disini ialah APA FUNGSI ADUN? Kenapa perlu tunggu ADUAN? Kenapa tidak memainkan peranan sebagai ADUN untuk sekali sekala turun melawat setiap kawasan yang telah dan belum mengundi beliau? Kenapa tidak menjalankan AMANAH yang diberikan oleh pengundi serta tidak melaksanakan tugas memenangi hati yang tidak mengundi dengan turun meninjau kawasan dalam jagaannya? Susah sangatkah? Sibuk sangatkah? Kalau begitu, bukankah kita boleh menyusun jadual kita agar sekurang-kurangnya 2 minggu sekali kita turun melawat kawasan terbabit. Contohnya, 2 minggu sekali kita turun ke sesuatu kawasan, melawat kawasan terbabit, seterusnya tunaikan solat jumaat berjemaah bersama-sama, dan akhirnya beramah mesra dan adakan sesi dialog bersama. Hanya satu hari dalam 2 minggu bersama penduduk tak kan tak boleh? Kawasan ADUN tidak lah besar sangat dibandingkan dengan kawasan Ahli Parlimen.
Jangan nak tunggu dah terjadi perkara yang diingini atau hilang tempat dihati pengundi baru nak nampak muka sudah lah kerana kalau nasi sudah jadi bubur, sendiri fikirkanlah akibatnya.

No comments:
Post a Comment