A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Tuesday, December 02, 2008

Kementerian Pengangkutan dan JPJ sudah gila saman

Tidakkah mereka yang kaya-raya dan mampu ini terfikir bahawa bukan semua mampu beli kereta besar atau van? Lihat sahaja pada rakyat malaysia yang bergaji sederhana. Kereta apakah yang mampu rakyat malaysia beli kalau tidak proton atau perodua yang berkapasiti 4 - 5 penumpang (bergantung pada saiz badan). Lihat pula pada ahli keluarga rakyat malaysia...

Benar bahawa yang membawa lebih dari 2 penumpang belakang (3, 4, dan keatas) hanya 3%, tetapi yang 3% inilah yang akan berdepan saman. Tapi adakah mereka ini memang hendak disaman? Tidak, mereka tidak mampu membayar saman. Hendak tukar kereta pun tidak mampu, apatah lagi membayar saman setiap kali membawa keluarga keluar. Yang mampu ialah Menteri pengangkutan, ketua pengarah JPJ, ketua pengarah MIROS, dan orang kaya lain atau yang mempunyai hanya 2 orang anak sahaja. Malah orang yang mempunyai 2 orang anak pun akan membawa 3 orang dibelakang, yakni pengasuh anak mereka @ maid.

Apakah menteri pengangkutan, pengarah JPJ, MIROS, dan penyokong sudah gila atau bangang atau bodoh atau pentingkan diri sendiri. Saya sendiri tidak nafikan andai saya pulang ke kampung bersama keluarga dan masih lagi hanya 2 orang anak, dibelakang saya tetap ada 3 orang kerana isteri saya akan berada dibelakang untuk melayan anak-anak saya serta memastikan mereka selamat dibelakang. Jika kata pengarah JKJR yang bangang tu diambil kira, bermakna saya tetap disaman walaupun tindakan saya untuk memastikan anak saya selamat sampai. Bayangkan jika isteri saya didepan dan tinggalkan anak-anak dibelakang, siapa yang ada anak kecil pasti tahu betapa tidak selamatnya keadaan begitu terutamanya untuk perjalanan jauh. Tapi pengarah JKJR, menteri pengangkutan, dan gang-gangnya tidak fikir perkara ini kerana hanya fikirkan keselamatan untuk mereka sahaja.

Pastinya selepas ini ramai lagi yang akan papa kedana kalau tidak kerana saman, mungkin kerana terpaksa beli kereta besar @ van atau beberapa kenderaan dan ibu yang tidak pernah bawa kereta kena belajar bawa kereta dan seterusnya memberi peluang lebih banyak kemalangan berlaku. Ini semua kerana Menteri Pengangkutan, Pengarah JKJR, MIROS, JPJ yang bodoh serta gila.

No comments: