Pelbagai kisah bunuh dipaparkan dan pelbagai cara bunuh dipaparkan setiap hari dilaman akhbar sama ada yang dikatakan pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang... Tapi yang pastinya ada pelbagai huraian dan andaian dilakukan oleh setiap penulis.
Persoalannya ketika ini ialah, mengapa apabila indeks jenayah kita menurun, jenayah kejam makin banyak dipaparkan? Adakah indeks jenayah yang diumumkan hanyalah wayang semata-mata untuk mengelabui mata masyarakat malaysia? Atau indeks itu adalah hasil dari pengolahan oleh beberapa pihak agar ia kelihatan berlakunya kejayaan dalam penambah-baikan yang dilakukan dan tidak menggambarkan keadaan sebenarnya?
Mengenai kes popular ketika ini, penglibatan seorang yang sememangnya didalam jurusan undang-undang agak mengejutkan. Apakah selepas ini ada lagi wakil pihak itu yang akan didedahkan penglibatannya? Adakah mereka ini yang sepatutnya menjaga undang-undang sudah bijak bermain dengan undang-undang? Lihat sahaja pada filem Bollywood dan tamil dari negara India.. ia menggambarkan betapa sebenarnya pihak yang sepatutnya menjaga dan memelihara keadilan (peguam dan hakim) juga tidak lari dari mengkhianati profesen mereka sendiri. Siapakah yang sepatutnya mengadili mereka ini? Patutkah mereka dikenakan hukuman yang lebih berat kerana mereka ini telah menggadai maruah dan menghina profesen mereka?
Bagaimana pula dengan kes bunuh yang amat kejam yang lain? Sudahkah kita hilang pertimbangan? Dimanakah nilai-nilai agama didalam diri kita? Mengapa kita tergamak melakukannya? Pulau Jerejak patut dihidupkan kembali... agar menjadi tempat yang mampu menginsafkan mereka ini. Dan pada masyarakat, bukalah mata dan minda... perhatikan jiran anda ... tidak salah menjaga tepi kain orang andai itu mampu menjamin keselamatan semua pihak... tp jangan terlebih jaga.

No comments:
Post a Comment