Hari ini saya baca berita mengenai sikap penduduk di sebuah kampung di Melaka yang membuang sampah di sungai atau hutan belakang rumah (Utusan Malaysia).
Alasan yang diberikan ialah ketiadaan tong sampah oleh Majlis Perbandaran di kawasan tersebut.
Bagi saya, itu merupakan satu alasan yang tidak munasabah dan kelakar. Sikap ambil mudah dan menyalahkan orang menjadi alasan menghalalkan perbuatan tersebut.
Beberapa persoalan timbul disini. Mengapa perlu tunggu tong sampah dari PBT? Dimana tanggungjawab kita sebagai warga prihatin? Dimana tanggungjawab kita sebagai rakyat? Mengapa kita tidak fikirkan alternatif? Mengapa perlu disalahkan orang lain andai kita sendiri tidak melakukan yang terdaya? Dimana Ahli Parlimen mahupun ADUN andai perkara itu sudah begitu lama?
Alternatif yang kita boleh laksanakan sementara menunggu penyelesaian dari PBT ialah kita sendiri mengumpul sampah-sampah tersebut dan menghantar pada kawasan pembuangan sampah sebenar dan seterusnya mengenakan caj perkhidmatan pada PBT. Kita juga boleh mengali lubang yang besar di membuang sampah disitu; dan bukannya didalam sungai yang akhirnya akan diminum oleh kita atau cucu-cucu kita.

No comments:
Post a Comment