A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Thursday, June 05, 2008

Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat

Setelah hampir 3 bulan berkuasa, apakah perbezaan mereka












Barisan NasionalPakatan Rakyat

  • Tiada manifesto menyakinkan
  • Gagal melaksanakan manifesto dengan hikmah kebijaksanaan
  • Harga tepung naik, beras naik, dan akhir sekali minyak yang dijanjikan pelarasan subsidi yang lebih baik nampaknya menjadi kenyataan yang pahit untuk diterima
  • Berjanji mendengar maklum balas serta pandangan rakyat terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan miskin tapi sehingga sekarang tidak mendengar keluhan kami
  • Menaikkan kadar tarif elektrik
  • Menaikkan kadar inflasi dan seterusnya menaikkan kadar kemiskinan dan penggangguran
  • Manifesto menyakinkan
  • Gagal melaksanakan manifesto secara keseluruhannya tapi masih dalam proses berusaha
  • Berjanji menurunkan harga minyak 30 sen (tapi tak berupaya kerana tidak berkuasa dan tidak mustahil kerana Anwar merupakan bekas Menteri Kewangan)
  • Mendengan keluhan rakyat, antaranya telah menangguhkan projek ternakan babi serta beberapa lagi.
  • Memberi air percuma (kalau boleh) atau sekurang-kurangnya menurunkan kadar air.
  • Cuma sedaya-upaya mengurangkan beban rakyat walaupun tahu tidak mampu.


Dalam pemberian rebat yang dikatakan membantu meringankan beban rakyat, dan berjanji untuk memberi subsidi pada makanan, tidakkah kita lupa bahawa apabila harga minyak naik, sudah pasti kos penghantaran akan meningkat. Bagaimana kita hendak kawal harga entiti itu andai kos penghantaran sudah meningkat? Mahu atau tidak, secara realitinya harga barang tetap akan naik.

Rebat yang diberi, sebagai contoh untuk motosikal, jumlah bayaran ialah RM150 tunai dibahagi 12 bulan bersamaan Rm12.50 sebulan. Andaikata jika seseorang menggunakan minyak 4 liter sehari, dia akan membayar Rm216 untuk sebulan (Rm2.70 * 4liter * 20 hari bekerja). Setelah ditolak rebat, dia akan membayar sebanyak Rm205.50 sebulan. Dibandingkan dengan kos sebelum peningkatan harga minyak (dia perlu bayar Rm153.60 sebulan), kos untuk dia berulang alik ke tempat kerja telah meningkat sebanyak Rm41.90. Peningkatan 30sen dulu masih dalam proses pengubahsuaian, kini dia terpaksa hadapi satu lagi proses pengubahsuaian (yang belum tentu akan berada pada tahap ini dan mungkin akan meningkat lagi) dan dengan gaji yang belum naik serta kos kehidupan yang makin tinggi (harga barang pasti naik), serta kadar inflasi yang akan naik, dia akan menghadapi satu krisis yang akhirnya menjerumus dia kedalam lembah kemiskinan.

Apa yang saya ingin utarakan disini ialah, DO MALAYSIAN CABINET LISTEN? DO THEY CARE? DO THEY THINK AS WE? or DO THEY THINK FURTHER TO FIND OUT BETTER SOLUTION? I'm not minister but I know better solution than them. What I can think here is, they rather make us in trouble than singaporean. Dalam bahasa mudahnya, "KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK SENDIRI MATI KELAPARAN".

Namun begitu, mereka memberi jaminan bahawa akan memastikan sentiasa ada diskaun 30sen mengikut harga pasaran. Jadi, sebagai rakyat malaysia sekarang ini, marilah kita semak harga minyak setiap hari dalam memastikan kita sentiasa mendapat diskaun itu. Jangan alpa dan lupa kerana hak kita untuk memastikan diskaun itu terus ada. Andai harga purata minyak bulan depan ialah Rm2.00 seliter, kita kena pastikan bulan berikutnya kita hanya perlu bayar Rm1.70 seliter (kalau mengikut kertas kerja kabinet la)

No comments: