Saya orang kedah. Keluarga juga orang kedah. Malah kaum kerabat semua berada di kedah. Bila dengar kenyataan ini, rasa gembira, bersyukur, dan 100% setuju dengan tindakan kerajaan negeri Kedah. Harapnya diwartakan.
Namun begitu, sebagai rakyat negeri kedah yang menetap di selangor, saya agak kurang setuju juga. Setelah difikirkan oleh akal yang waras bersama pertimbangan yang adil, saya kira, peruntukan itu hanya menguntungkan sebelah pihak dan merugikan pihak penjual yang pastinya ingin memaksimumkan sebanyak mungkin keuntungan (sistem kapitalis yang terbukti merosakkan ekonomi).
Bagi saya, satu kajian perlu dilaksanakan, dan peratusan untuk pemilikkan bumiputera didinamikkan. Bermakna, andai dikawasan perumahan itu ada 100% bumiputera yang menetap atau bekerja, maka perumahan itu perlu diberikan pada bumiputera 100%. Kenapa hendak dijual pada orang yang tidak tinggal atau bekerja disitu. Ini hanya menyebabkan bumiputera disitu tidak dapat memiliki rumah dan seterusnya hanya boleh menyewa. Ini akan menggagalkan hasrat kerajaan yang inginkan setiap rakyatnya mampu miliki rumah sendiri.
Peratusan itu juga tidak semestinya untuk bumiputera semata-mata. Kajian yang mengira jumlah komposisi setiap bangsa patut juga diadakan. Misalnya dikawasan itu ada 30% bumiputera, 20% cina, 25% india, dan seterusnya, maka pemilikan perumahan tersebut patut dikuotakan mengikut komposisi tersebut. Ini menjamin keadilan dan kesaksamaan. Kita tidak mahu penjual menjual rumah pada orang yang tidak menetap atau bekerja dikawasan itu. Paling penting, kerajaan kedah mengutamakan rakyat negeri kedah sendiri sepertimana selangor memastikan bahawa tanah dan rumah dikawasannya dimiliki oleh orang selangor (priority tertinggi) atau yang telah menetap di selangor melebihi waktu tertentu, atau telah bekerja di selangor.
Walau apa pun, jika kerajaan negeri ingin laksanakan juga, maka ia satu rahmah juga bagi rakyat negeri kedah. Moga kaum bumiputera disana mengambil kesempatan ini untuk memiliki harta sendiri. Janganlah menjadi insan tamak dengan menjual hanya kerana ingin untung cepat. Fikirkanlah generasi kita yang akan datang.

No comments:
Post a Comment