Kepada pihak berkenaan, saya hendak mencadangkan saman maksimum (lebih dari Rm300) pada beberapa kesalahan jalan raya berikut:
1. Menggunakan laluan kecemasan tanpa sebab munasabah
- Saya hampir terbabit dengan kemalangan semalam apabila seorang pemandu tetiba memasuki lorong kecemasan. Nak kata cemas, tidak pula dihentikan kereta. Rupanya nak potong Q. Orang yang begini yang sebabkan jalan-raya menjadi sesak serta membahayakan orang lain terutamanya penunggang motosikal yang selalu berada di lorong kecemasan.
2. Memandu perlahan di lorong kanan / Menghalang kelancaran trafik
- Sikap ini akan menyebabkan orang lain menjadi marah. Kalau dinegara eropah, pemandu ini sudah dikenakan kompaun kerana menyebabkan kelancaran trafik terganggu dan menyebabkan pemandu lain terpaksa memotong di laluan kiri dan menyebabkan kemalangan mudah berlaku,
3. Memotong Q terutama di lampu trafik dan tol
- Sikap pemandu yang pentingkan diri sendiri.
4. Memasang lampu tinggi @ lampu berkuasa tinggi (Halogen)
- Pemandu yang pentingkan diri sendiri serta kemungkinan rabun malam dan menyusahkan pemandu lain. Menggunakan lampu jenis tersebut atau memasang lampu tinggi menyilaukan pandangan pemandu lain sekali gus boleh menyebabkan kemalangan
5. Menggunakan 'handphone' ketika memandu
- Sebabkan kemalangan
6. Memasuki lorong/laluan tanpa memberi signal dan secara mengejut
- Sebabkan kemalangan serta tidak prihatin terhadap keadaan persekitaran
7. Memberhentikan kereta dilaluan kecemasan tanpa meletakkan tanda kecemasan (pakai daun tak nampak di waktu gelap juga merbahaya)
- Membahayakan penunggang motosikal dan boleh sebabkan kemalangan
8. Lampu brek tidak menyala atau lampu belakang tidak menyala
- Penyebab pada kemalangan
Dalam senarai diatas, tiada saya senaraikan memandu had laju kerana jika pihak berkenaan membuat kajian terperinci dengan betul, senarai diataslah yang menyebabkan kemalangan sering berlaku. Dengan mengurangkan risiko diatas, maka tidak perlulah kita nak sibuk kuatkuasakan penggunaan tali pinggang belakang kerana punca kemalangan dikurangkan.
Mereka yang melakukan perkara diatas ternyata pihak yang pentingkan diri sendiri dan layak tidak dibenarkan berada diatas jalan raya kerana membahayakan orang lain.

No comments:
Post a Comment