A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Monday, September 08, 2008

Tan Sri Khalid... MB kena jaga mulut sikit

Orang tua-tua cakap,
Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa
Cakap siang pandang-pandang, Cakap malam intai-intailah

Malah dalam ISLAM juga menyarankan kita kurangkan bercakap, dan berfikir dulu sebelum cakap, apatahlah lagi jika kita adalah pemimpin. Kerana beribu kebajikan yang kita lakukan boleh hilang dalam sekelip mata dek satu kesilapan mudah. Dan sudah menjadi satu budaya orang malaysia yang akan lebih ingat keburukan seseorang berbanding kebaikan yang telah ditaburkan walaupun mereka tahu bahawa kita semua insan biasa, makhluk kerdil di sisi Allah S.W.T, insan yang tidak akan dapat lari dari melakukan dosa @ kesalahan kecil.

Mungkin apa yang Tan Sri cakap ada betulnya, yakni andai ada masalah selangor yang perlu diselesaikan, ia merupakan agenda lebih baik dari masalah di kapar atau klang. Kalau ada permasalahan umum, baik diselesaikan dulu masalah umum dari masalah khusus kerana umum dikongsi semua orang, sedangkan khusus untuk tertentu sahaja. Selain itu, ada benarnya juga katanya bahawa dia mempunyai ramai exco serta ADUN yang bekerja dibawahnya. Semua telah diagihkan dengan tugas dan bidang tertentu, jadi tidak perlu dia turun padang andai dia mempunyai exco dan ADUN yang telah dipertanggungjawapkan melainkan orang yang dilantiknya tidur lena diulit intan. Mereka itulah yang perlu tunjuk muka terlebih dahulu bagi melahirkan simpati dan kemudian barulah Tan Sri akan turun. Barulah nampak orang bawahan bekerja dengan betul dan orang diatas mengagihkan kerja dengan betul dan pada orang yang berkelayakkan.

Namun begitu, mungkin dek kerana berada dikerusi panas (tak caya boleh tanya khir toyo dan mat taib), maka sudah ada nada-nada angkuh, bongkak, sombong, berlagak, dan sewaktu dengannya. Maka Tan Sri telah terlanjur kata melepaskan kata-kata yang kurang enak didengar oleh telinga, atau pertuturan Tan Sri disalah-ertikan maka dimanupulasi oleh wartawan tanpa mendapat penjelasan lanjut dari Tan Sri. Walau bagaimanapun, bagi saya tidak salah untuk Tan Sri memohon maaf dan memberi penjelasan sebenarnya agak reda kemarahan orang sana. Rasa saya orang PAS dalam gabungan tentu setuju kerana banyak diceritakan dalam harakah dan suara keadilan betapa mereka merupakan parti yang memahami nasib rakyat dan sanggup turun padang beri sumbangan sendiri. Jadi apalah salahnya Tan Sri luangkan masa sekejap melawat mereka. Apa pun, terlajak kereta boleh diundur, terlajak kata tanggunglah akibatnya.

Cuma sekarang bagaimana hendak mengatasi akibat itu, bak kata orang, kerosakan sudah berlaku, bagaimana kita kawal kerosakan agak tidak bertambah teruk (Damage Control).

No comments: