Lompat Si Katak Lompat,
Lompat Lah Tinggi Tinggi,
Cepat lah Adik Cepat,
Cepat lah Tumbuh Gigi
Satu lagu pantun lama yang dulu dicipta untuk menidur atau bermain dengan anak-anak (yang kecil). Namun kini, lagu ini telah diubah suai mengikut peredaran zaman. Lagu yang dulu ditujukan pada anak-anak kecil bagi meredakan tangisan, kini diubah bagi mengembirakan orang dewasa yang gilakan kuasa, pangkat, nama, dan harta.
Lompat si katak lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kalau nak harta dan kuasa cepat,
Melompat lah lawan parti.
Apakah ganjaran yang akan kita dapat apabila kita melompat parti? Apakah kita akan diberi pangkat@kedudukan yang kita inginkan yang kononnya akan digunakan untuk membantu masyarakat sekeliling atau menambahkan koleksi harta kita? Mungkinkah parti yang kita lompat itu akan memberikan tempat yang kita idamkan? Tidakkah mereka juga mempunyai ahli yang juga inginkan kuasa? Kit Siang, Hadi, Karpal Singh, dan sekutu-sekutu mereka. Sudah lama mereka berada sebagai pembangkan, dan jika ada ahli kerajaan yang lompat bagi membolehkan kerajaan baru ditubuh, adakah mereka itu akan berikan tempat pada ahli-ahli yang baru lompat ini. Tidakkah mereka juga ingin menegakkan ideologi dan perjuangan mereka jika berpeluang? Tidakkah mereka juga inginkan pengikut mereka memegang tampuk pemerintahan? Jadi, kenapa kita hendak lompat sedangan ini masih jadi persoalan? Adakah Anwar hanya berjanji mulut atau ada perjanjian bertulis (hitam-putih) yang sah? Jika ada, tidakkah Anwar boleh dikatakan menggadai sahabat seperjuangannya (PAS & DAP) demi kuasa? Jika tidak, adakah ahli lompat yakin? Tak kan lah semua ahli ada jawatan dalam kabinet? 120 orang dan kesemuanya nak bagi jawatan penting? Tidakkan itu satu pembaziran jika berlaku? Sudahlah gaji dan elaun akan meningkat, pencen juga akan meningkat. Apakah ini dinamakan bijak?
Selain itu, dimanakah moral dan etika kita sebagai ahli parlimen yang dipilih diatas tiket BN jika kita menggadai maruah demi mencari sesuatu yang belum pasti? Atau jika kita ahli PR, adakah kita bermaruah juga jika menggadai ideologi perjuangan demi dunia yang sementara? Kit siang cakap tak akan terima orang jika kerana kuasa. Sini jelas 2 perkara. Pertama, jangan potong jalan aku, aku dah lama tunggu nak berkuasa. Kedua, bagaimana nak tentukan ahli lompat ini kerana depan cakap lain belakang fikir lain, cakap tak serupa bikin, menanam tebu dipinggir bibir, rambut sama hitam hati lain-lain... maka sukar dimengertikan apakah hajat sebenar disebalik janji dan kata-kata yang lahir dari lidah tak bertulang. Ahli yang ingin lompat, sedarkah kamu semasa pemilihan dulu, kamu berjuang atas satu warna (Biru) dan satu simbol (dacing), dan bukan simbol bulan, roket, mahupun ntah simbol apa ntah (nak kata mata, tak macam mata sebab mata orang asia coklat atau hitam, nak kata bulan sabit, pelik gak sebab satu tu bulan penuh, ini anak bulan je.. 2 belah lak tu... ntah le).
Apa yang akan terjadi jika ada lompat parti? Yang pasti:
1. Niat perjuangan ahli lompat tidak jelas serta pentingkan diri sendiri atau pentingkan kaum berbanding negara.
2. Hanya dapat dibutakan hati dengan taburan janji dan harta, maka tiadalah ikhlas dihati mereka yang kononya ikhlas semasa berkempen.
3. Merupakan contoh terbaik pengkhianat kerana berpaling tadah apabila saat diperlukannya, dia lari demi mengejar sesuatu yang tak pasti. Ingatlah jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran.
4. Tidak faham keinginan rakyat sebenar hasil dari gelombang politik baru-baru ini. Adakah rakyat ingin kita lompat parti? Atau rakyat ingin kita lebih dengar dan fahami masalah rakyat? Lebih kerap mengunjungi rakyat, lebih berjiwa rakyat, meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri sendiri, peniaga, pemborong, penipu, dan seahli dengannya.
5. Akan hanya menjatuhkan lagi ekonomi kerana kestabilan ekonomi bergantung pada kestabilan politik. Lihatlah pada contoh-contoh negara luar, Amerika, Indonesia, Thailand, Pakistan, Afghanistan, Iraq, dan beberapa lagi negara yang suasana politiknya tidak stabil, lihat pada ekonomi mereka. Adakah rancak atau bertambah buruk?
Apa pun, yang pasti, jika adanya kejadian lompat melompat ini, yang 100% pasti mendapat impak paling teruk, ialah yang paling akhir dalam rantaian politik, yakni rakyat malaysia. Oleh itu, fikirkanlah semasak-masaknya, buatlah pertimbangan sewajarnya bukan kerana kepentingan diri, tempat, atau kaum, tetapi kepentingan rakyat malaysia keseluruhannya, tunaikan solat isthikarah (kalau orang ISLAM, kerana mencari petunjuk dari Allah S.W.T), berbincanglah dengan orang yang neutral bagi mencari jawapan yang pasti.
Paling mudah, hal rumah tangga perlu dibincang dalam rumah serta tidak perlu dibongkar pada jiran tetangga yang hanya akan memberi pendapat pada pengalaman yang belum tentu benar dan tepat, tetapi berbincanglah sesama sendiri demi memahami kehendak dan batas serta kelemahan dalam memperbaiki hubungan, dan seterusnya menjana satu kuasa pemulihan yang baik demi kebaikan rakyat malaysia seluruhnya.

No comments:
Post a Comment