A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Monday, September 15, 2008

Atas Nama Hak Asasi....

Hak Asasi... hak yang dipelopori oleh warga barat kerana sikap terlampau keterbukaan mereka dalam segala hal. Namun apakah kebaikan yang dibawa dari hak asasi ini? Bukankah lebih banyak keburukan dari kebaikan?

Atas nama hak asasi, maka setiap individu tidak kira wartawan, professional, dato, tan sri, hatta budak sekolah sekalipun boleh berbicara mengenai apa sahaja tanpa pedulikan implikasi pada perhubungan antara kaum, agama, jiran tetangga, dan keluarga. Adakah ini baik? Adakah dengan memberi kebebasan seseorang itu berkata sesuatu, melepaskan segala yang ada terbuku di hati dari disimpan, tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya dikira baik dan untuk kebaikan?

Atas nama hak asasi seorang wartawan, maka dia bebas membuat sebarang liputan serta bebas menulis apa sahaja tanpa mendapatkan fakta yang benar dan tanpa membuat pertimbangan yang adil? Apakah ini tidak dinamakan fitnah seperti seperti yang dikarangkan oleh ustaz-ustaz dari sebuah parti?

Atas nama hak asasi manusia, maka penjenayah yang ditangkap kerana meragut duit orang sehingga mengorbankan nyawa orang, mesti dilayan dengan baik, sedangkan ketika dia melakukan jenayah, tiada dia mengambil kira hak asasi mangsanya itu? Malah polis pula dipersalahkan kerana hak asasi seorang penjenayah tidak dilindungi? Apakah mak bapak yang ditangkap itu tidak fikirkan hak asasi mangsa anaknya?

Atas nama hak asasi, maka seorang pelajar boleh membuat kurang ajar disekolah tanpa didenda dengan sewajarnya, dan atas nama hak asasi, maka si guru hanya boleh mengajar pelajaran dengan mengeluarkan skop pelajaran disiplin dalam mereka? Tidakkah kita terfikir hak asasi ini menjejaskan moral pelajar kita yang semakin hari semakin bermasalah dengan rempit, seks bebas, merokok, lepak, dan lain-lain?

Atas nama hak asasi, kita boleh mengeluarkan apa jua kenyataan yang kita suka dan melakukan apa jua yang kita suka?

Nampaknya kita telah menyalah-gunakan konsep sebenar hak asasi, malah SUHAKAM juga tidak mengkaji apakah hak asasi sebenar dan apakah yang sebenarnya berhak untuk kita lakukan yang boleh dinamakan hak mutlak apabila dilakukan. Kita hanya meniru barat, yakni memberi kebebasan, tetapi kita lupa menilai sejauh manakah kebebasan itu patut diberi, seluas manakah lingkungan kebebasan dan hak kita sebagai anak, pelajar, jiran, ketua kaum, ketua agama, guru, pemimpin, penulis, wartawan, ahli politik, dan seterusnya, apatah lagi jika seseorang itu beragama ISLAM.

ISLAM telah pun menggariskan hak asasi, hak mutlak, hak hakiki seseorang itu yang jauh lebih baik dari hak asasi yang dipopularkan oleh barat dan SUHAKAM. Apakah ustaz-ustaz di parti itu dan parti ini lupa betapa walaupun bebas didalam ISLAM dan setiap yang bernyawa itu mempunyai hak masing-masing (hatta tumbuhan melata dibumi), tetapi ISLAM telah jelas meletakkan satu titik noktah, satu garis putus, satu batasan akan kebebasan dan hak itu. Bukan semua itu terbuka dan bebas dilakukan atau diperkatakan. Bukan untuk mengongkong atau menghalang jauh sekali menjadi jumud, tetapi ia adalah teras untuk memelihara satu perhubungan agar keamanan dinikmati, kekayaan diwarisi, dan penghargaan dapat diberi.

Oleh itu, pada yang terlalu agongkan hak asasi untuk bebas menulis, mencetak, bercakap, bercerita, dan mengata, maka fikirkanlah, adakah kita telah meletakkan hak asasi seseorang itu sama atau kita hanya pentingkan hak kita sahaja. Andai begitu, maka itu bukan hak asasi lagi, itu lebih kepada nafsu dan kejahilan kita dalam mendefinasikan hak asasi sebenar. Kembalilah pada ISLAM, dalami dan fahami hak kita sebenar yang terkandung dalam ajaran ISLAM.

Dalam ISLAM setiap itu ada haknya dan setiap hak itu ada batasnya.

No comments: