A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Monday, September 08, 2008

Amerika... Jangan Kacau

Pada penyokong 2A (Amerika dan Anwar), lihatlah pada contoh terhebat masa kini, Afghanistan, Palestin, dan Iraq dimana Amerika sibuk membawa ideologinya serta campur tangan dalam menyelesaikan kononnya masalah rakyat disana (seperti cuba dilakukan disini). Lihatlah... Bukalah mata anda luas-luas, seluas mata memandang.

Lihatlah pada 'kebaikan' yang dibawa Amerika. Palestin sehingga ini dilimpahi 'rahmat' tidak terhingga hingga rakyatnya sentiasa 'gembira' menyambut kematian saudara, perang saudara (hamas dan fatah) masih berlarutan, ramadhan disambut bersama bom, peluru, dan sepak terajang sekutu Amerika.

Lihatlah juga ke'gembira'an rakyat Afghanistan dan Iraq yang kononnya dibebaskan dari diktator zalim (Taliban dan Saddam Hussein). Saban hari ada sahaja yang menangisi pemergian orang tersayang, yang jika tidak akibat letupan pengebom berani mati (mungkin juga amerika yang buat sebab tu bagi hancur mayat agar susah dikenal pasti dan senang nak menunding jari), sudah pasti akibat dari peluru askar amerika atau sekutunya yang kononnya teknologi canggih tetapi lebih banyak tersasar dari menepati sasaran.

Lihatlah juga negara yang kononnya mengamalkan demokrasi serta penentang ISA dan penahanan tanpa perbicaraan atau perbicaraan yang tidak adil. Tetapi bagaimana pula dengan tahanan MUSLIM di penjara guantonamo yang tidak dibicarakan serta tidak pula dibuktikan bersalah (sedangkan mereka sendiri mengagungkan pepatah berbunyi seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah). Lihatlah juga layanan mereka kepada masyarakat kulit hitam di sana.

Apakah ini negara yang kita hendak jadikan sahabat @ rakan? Apakah ini negara yang paling baik dijadikan contoh demokrasi? Apakah sistem negara hipokrit ini yang ingin kita ikutkan?
Terpulanglah pada semua... Dalam PR ada Ustaz-Ustaz, maka fikirkanlah ustaz ye.. Jangan kerana matlamat maka cara yang tak betul dihalalkan.

Sendiri ingat, sendiri fikir. Jangan sampai Sudah Terhantuk baru nak ngadah sudahlah. Buatlah yang perlu sebelum Nasi menjadi bubur. Andai sesat di hujung jalan, pulanglah ke pangkuan jalan. Berpeganglah pada tali yang betul, nescaya pasti kita selamat. Jangan terlepas mulut rimau masuk pula ke mulut buaya.

No comments: