A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Thursday, September 25, 2008

Teresa patut kena ISA lagi...

Kalau si Ahmad Ketua UMNO kena tindakan hanya kerana satu akhbar cina tu putar belitkan apa yang dia cakap, si Teresa ni patut kena tindakan juga. Walaupun katanya akhbar putar belitkan apa yang dia cakap... tapi yang diputar tu tak banyak... "makanan anjing" dengan "macam makanan anjing" bukan ke memberi gambaran yang sama.

Paling kelakar tu, anjing pun makan telur rebus ngan roti bakar.... kelakar sungguh anjing yang teresa jaga.... Saya hidup dikawasan balai polis selama 20 tahun dan selalu nampak keadaan dalam lokap polis. Kalau yang ditangkap atas kesalahan jenayah dan duduk dalam lokap pun sekurang-kurangnya makan nasi bungkus... apatah lagi tahanan ISA yang juga ahli politik. Mesti makanan lebih baik dari tahanan lokap itu. Sungguh dasar penipu teresa ni.

Lagi satu, teresa ni memang terkenal benda kecik yang pada orang biasa nak diperbesarkan, kononnya dialah paling teruk seksaan... hmmm... sudahlah dulu tak pernah minta maaf sebab salah bagi maklumat, sekarang pun tak nak minta maaf juga. Memang patutlah Si Ahmad tu pun tak minta maaf. Berat sebelah namanya tu.

Pada PAS, sendiri mau ingat lah. Betulke berkompromi dengan DAP ni kerana nak tegakkan syiar ISLAM, ke sebab gila nak berkuasa? Kalau orang lain disuruh minta maaf, kenapa tak syorkan si minah ni benda yang sama juga.. dia pun buat fitnah juga. Sendiri fikirlah.

No comments: