A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Tuesday, July 15, 2008

HUJAH...TV9 ...

Semalam saya lihat HUJAH di TV9 (tetiba butang tertekan ke siaran TV9). Adalah 2 orang (satu kerajaan dan satu pembangkan) dan kalau tak silap moderatornya ialah Dr Agus... Mula itu nampak seronok sebab moderatornya bagus dan ada kerajaan dan ada pembangkang...

Tetapi selepas 2 -3 minit, terasa bosan... Bosan melihat kebodohan seorang insan bergelar Dr yang mewakili rakyat.. dan dia ialah PEMBANGKANG... yang sepatutnya petah berkata dan bijak dalam menjawap pertanyaan. Tapi malangnya, saya lihat banyak persoalan yang diutarakan oleh moderator tidak dijawap dengan tepat dan lebih kepada mencari kesalahan serta meletakkan diri dalam keadaan 'innocent'. Bak kata orang tua .. 'LAIN DITANYA LAIN DIJAWAP' dan lebih kepada permainan emosi. Bila soalan itu diajukan pada wakil kerajaan, dapat dilihat ketenangan dia menjawap serta berdasarkan fakta menjurus kepada jawapan terhadap soalan dari perspektif kerajaan.

Hmmm... saya bukan penyokong kerajaan... dan bukan juga penyokong pembangkang... Saya cukup suka melihat perdebatan ini kerana dari situ kita dapat lihat sejauh mana kebijaksanaan seseorang menjawap soalan serta memberi tindakan refleks yang berkaitan soalan. Dari sini kita dapat nilai sejauh mana 'intelligent' seseorang itu serta sebaik mana dia mengawal emosi dan memberi buah fikiran. Dalam perdebatan, kita tidak mencari kesalahan, tetapi lebih menjurus kepada mencari masalah serta penyelesaian pada masalah tersebut.

So... sendiri kena fikirlah...

No comments: