Semalam saya fikirkan sudah terlepas Debat tersebut yang disiarkan secara langsung di TV9 dan Astro kerana sampai rumah pukul 10mlm. Bila buka TV9, sudah dipenghujung. Agak kecewa juga kerana ingin melihat hujah serta 'point' yang ingin dikeluarkan oleh Anwar dan juga lawannya Shabery yang bersungguh-sungguh mencabar hingga sanggup meletak jawatan andai gagal.
Masa mata dah mula pejam-celik, terkalih ke TV3. Rupanya ada siaran tertunda. Nampaknya keinginan untuk melihat 2 insan berlainan profil dan berlainan pegangan politik bertegang leher mengeluarkan hujah-hujah mempertahankan ideologi masing-masing berkaitan dengan sumber kekayaan serta sumber pergolakkan dunia masa kini, yakni permata hitam @ minyak, tercapai jua.
Pembuka kata oleh moderator menampakan betapa menariknya debat tersebut akan berlangsung. Namun, hakikat sebenar, jauh panggang dari api. Kedua-dua mempelai bagaikan langit dan bumi perbezaannya. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan batu ditengahari. Awalnya ibarat taufan nargis, tapi pertengahan menjengah akhir bagaikan berada di dalam lubang hitam, kosong dan gelap gelita.
Sebenarnya lawan Anwar tidak sepatutnya budak hingusan, atau budak baru bercerai susu, atau budak baru bertatih dalam politik, atau budak baru grad dalam peringkat sarjana. Kelihatan berat sebelah. Lawan anwar sepatutnya yang telah lama bergelumang dalam ekonomi serta telah lama berada dalam kerajaan. Contohnya Pak Lah, Najib, Tun Mahathir, atau paling kurang pun sebab ia berkaitan dengan minyak serta kementerian perdagangan dalam negeri, Shahrir Samad patut berdebat.
Selain itu, moderatornya agak 'bijak' sehingga perdebatan itu tidak menjurus kepada maksud sebenar berdebat itu. Erti debat sendiri tidak difahami, maka, jadilah debat kepada ala-ala sesi jawab soalan. Sepatutnya, seseorang moderator untuk sesi debat sebegini ialah seseorang yang mahir mengenai politik dan ekonomi serta tidak menyebelahi mana-mana pihak yakni seorang yang terpelajar seperti Dr Agus.
Malah, pihak yang menanya soalan dipihak Shabery juga agak 'pandai', malah lebih bijak dari Anwar, sehingga soalan yang sepatutnya ditanya, tetapi ulasan pula yang diberi.
Lihat pada pihak Anwar yang menanyakan soalan pada Shabery, soalan itu lebih kepada soalan memerangkap dan melihat sejauh mana kebijaksanaan Shabery. Dan terbukti, menteri penerangan yang baru ini memang begitu bijak memberi penerangan sehingga jauh menyimpan dari soalan yang diberi dan tidak menjawap soalan.
Pada saya, sepatutnya, apabila Anwar cakap boleh turunkan harga minyak hingga 50 sen (pada awal dan seterusnya akan turun lagi), maka Shabery sepatutnya kemukakan hujah beliau beserta fakta-fakta dan data-data yang tepat kenapa perkara itu tidak boleh terjadi dan bukannya membebel kearah sikap Anwar serta keburukan Anwar. Kita tidak berdebat tentang Anwar. Debat itu adalah berkenaan kenyataan Anwar mengenai harga minyak di malaysia. Itu perkara 'basic' yang Shabery patut faham sebelum masuk gelanggang bertemu dengan orang yang pakar dalam manipulasi kenyataan serta pakar dalam berkata-kata.
Jelas sekali dari awal hingga akhir, aura Anwar jelas menenggelamkan pelangi Shabery, dan seterusnya menimbulkan ke'pandai'an dan kesilapannya dalam menyahut cabaran. Andai kata saya berada di tempat Shabery, pasti saya letak jawatan kerana agak malu berada di pentas tanpa keris berjaya dihunus walau se-inci pun.
Walau bagaimanapun, syabas juga pada shabery kerana berani berdepan dengan Anwar yang sememangnya bijak dalam berhujah. Walau pun dia tahu akan tewas, namun dia berani mencuba. Syabas shabery.
Pada Anwar, itu merupakan kesempatan terbaiknya untuk dia merungkai (walau bukan semua) kekurangan kerajaan sekarang dan dia mengambil kesempatan itu sepenuhnya untuk menambah sokongan serta menyampaikan pendapat beliau. Ia bagaikan free roadshow yang dibenarkan oleh kerajaan yang dimana selama ini agak sukar untuk beliau dapatkan kelulusan membuat roadshow. Maka, dia telah gunakan segala masa yang ada dalam 'debat' tersebut untuk menjatuhkan kerajaan.
Bagi saya, andai bertambahnya sokongan pada Pakatan Rakyat selepas ini, insan yang wajar dipersalahkan sepenuhnya ialah panglima BN yang pergi berperang tanpa persiapan rapi, dengan sekadar membawa salinan-salinan kutukan peribadi keatas Anwar.
Sun Tzu - "Berkawanlah dengan musuh kamu kerana musuh kamu akan menceritakan yang sebenarnya mengenai kamu"
"Kenalilah musuh kamu, kerana itu akan memberi kamu kekuatan"

No comments:
Post a Comment