Pusing kanan, pusing kiri... tengok atas, tengok bawah... pandang depan, pandang belakang... tengok internet, dengar berita, baca surat khabar, sembang dengan orang... namun, sehingga kini aku masih tak faham... adakah aku terlalu bengap, atau memori otakku sudah tidak mampu memproses maklumat, atau aku seorang yang degil@bebal, atau memang belum ada jawapan yang benar-benar menepati kehendak beserta fakta-fakta yang sohih? Musykil... Kemusykilan yang belum ada penghujungnya melainkan... BIAQ PI LA KAT DEPA...
Aku musykil:
1. Kenapa Anwar tidak join PAS? Kenapa perlu tubuh PKR? Adakah PAS tidak sempurna? Adakah PAS tidak mampu menjadi wardah perjuangannya? Adakah PAS banyak kekurangannya hingga perlu ditampung dengan parti baru? Adakah DAP juga tidak setanding serta mampu memberi satu bentuk perjuangan yang setimpal dengan BN? Atau jika dia join PAS mahupun DAP, dia kena mula dari bawah dan boleh menjejaskan matlamat utama dia?
2. Kenapa masa sekolah dulu ustaz marah bila aku panggil orang bodoh serta gelar orang dengan gelaran yang tidak baik serta ditegah mencaci serta menghina orang serta memburukkan orang (fitnah itu bagaikan makan daging saudaranya sendiri walaupun ada kebenarannya) tapi bila masa orang berkempen 'ustaz' boleh benarkan pula. Siap dengan dalil lagi. Adakah ustaz yang ajar aku dulu tu penipu? Adakah ustaz itu tidak cukup ilmu? Jika tidak cukup, kenapa jadi ustaz jika belum sempurna?
3. Kenapa si Burne hanya published video tu right before masuk politik and bertanding atas tiket PKR? Kenapa dia tak terus jumpa BPR atau pun PM (kalau takut Tun Mahathir kenapa tak jumpa Pak Lah sebaik je Pak Lah jadi PM) dan serahkan video asal itu? Adakah dia ada sesuatu yang dia tak dapat maka sebagai balasannya dia published video tu? Kenapa dia bermusuh dengan VK sedangkan ketika dia merakam dia kesana sebagai rakan? Kenapa sekarang?
4. Kenapa ada HINDRAF? Kenapa dia orang tak salurkan melalui MIC? Jika tak percaya MIC, kenapa tak salurkan melalui PAS (kononnya PAS cakap dia dah diterima oleh non-muslim)? Bukankah PAS memperjuangkan keadilan berteraskan ISLAM (bukan berteraskan bangsa)? Adakah PAS tidak boleh dipercayai? Jika tidak, kenapa tidak disalurkan melalui PKR? Bagaimana pula dengan DAP? Kenapa perlu ada HINDRAF? Adakah PAS, PKR, dan DAP tidak berguna serta tidak boleh pakai punya parti?
5. Kenapa satu gereja tu dok sibuk nak guna perkataan ALLAH? Pasai apa dia samakan malaysia dengan indonesia? Bodoh ke bangang? Malaysia dengan Indonesia tak sama walaupun rumpun sama. Tak tahu ke dia Allah tu kata ganti nama yang tidak boleh disamakan dengan GOD, LORD, JESUS, etc... Mana ada orang dalam dunia ni guna perkataan Allah melainkan yang menggunakannya ialah orang ISLAM atau refer to muslim. Yang lain guna perkataan GOD, atau LORD. Pergilah Brazil, Afrika, India, China, etc... kalau diterjemahkan pada perkataan dia orang, semua refer as TUHAN dalam bahasa Melayu bukan ALLAH.
6. Kenapa bangsa melayu suka berpuak-puak dan berpecah-belah? Dari dulu sampai sekarang... Tak kan dah lupa sejarah (mungkin benar juga kata mantan PM, MELAYU MUDAH LUPA)? Melayu dulu gagah, kerajaan Melaka, Majapahit, Jawa, Acheh, Johor, dan beberapa kerajaan melayu lain semuanya bermula dengan bagus tapi akhirnya tumbang.. tumbang bukan kerana kekuatan Bugis, Belanda, British, dan beberapa kuasa asing lain, tapi tewas kerana sikap tamak haloba serta pengkhianatan dikalangan bangsa melayu sendiri. Sikap berpuak-puak dan mementingkan diri merupakan titik permulaan kejatuhan melayu. Tidakkah kita ingat? Bukankah sejarah itu dijadikan mata pelajaran untuk kita ingati peristiwa tersebut? Kenapa kini kita bertelagah? Aku tak faham? Kenapa perlu sampai 3 parti? Kenapa Anwar tak masuk je PAS? Kenapa dia nak pecahkan melayu kepada 3 puak (UMNO, PAS, dan PKR)? Tidak cukup ke dengan 2 puak sebelum ni?
6. Kenapa kita nak pertikaikan sesuatu yang sudah termaktub? Kenapa kita tidak bersatu padu? Kenapa isu remeh itu kita perjuangkan? Kenapa tidak kita duduk semeja berbincang bagaimana untuk memajukan negara (bukan hanya pada bangsa)? Kenapa kita tidak bina satu perdebatan berasaskan pada menyatukan bangsa dan meninggikan nilai maruah kita? Kenapa nak pertikaikan sedangkan apa yang dinikmati di sini lebih baik berada di tempat asal sana? Kenapa perlu berdebat mengenai kontrak sosial yang sudah pun menjamin kestabilan perhubungan? Kenapa maruah melayu diperkotak-katikkan ketika lebih ramai melayu berada di bawah takuk kemiskinan? Kenapa hendak bandingkan keistimewaan melayu serta mempertikaikan keistimewaan melayu ketika melayu tidak pernah mempertikaikan hak bangsa lain? Kenapa? Aku langsung tak faham?
7. Kenapa kita boleh berdiam diri bila rakan melakukan yang dilarang, tetapi melenting apabila pihak yang lain melakukan perkara yang sama dengan rakan kita? Kenapa dulu pihak lain buat ditentang hingga sanggup gadai harta dan nyawa, tetapi bila rakan lakukan perkara yang sama kita pertahankan cukup dengan dalil-dalilnya sekali? Kenapa ada perbezaan jika perkara salah tetap salah? Kenapa akhbar milik kita tidak lakukan kutukan sama jika asas perkaranya sama?
Hai... aku pun tak paham... sampai la ni aku tak paham... Dan banyak orang tanya, aku masih tak jumpa jawapan yang konkrit dan tidak boleh dipertikaikan. Sampai la ni aku keliru sebab bila aku tanya, lain pula arah jawapannya. Akhirnya, AKU MASIH TAK PAHAM.

No comments:
Post a Comment