Gambar memainkan peranan penting.. "A picture paints a thousand words"
Mengapa saya rasa pemimpin dan artis serta orang kenamaan sepatutnya diharamkan bergambar terutamanya yang menggunakan telefon atau kamera sendiri (melainkan gambar yang diambil oleh jurugambar professional semata-mata mengenai berita atau yang dibenarkan oleh orang tersebut)?
Jawapannya mudah... andai saya berjumpa Pak lah, Najib, Altantuya, Siti Nurhaliza, Maya Karin, Nik Aziz, etc.. di mana-mana parti, atau sesi temuramah, atau sesi jom heboh, atau di hotel, atau dipasar raya sekali pun... dan saya bergambar dengan insan-insan ini. Dan kerana mereka ini menghormati permintaan saya (tidak mahu menghampakan) serta memenuhi kriteria sebagai orang kenamaan, maka mereka luangkan masa sejenak bergambar dengan saya. Apa signifikasinya?
1. Adakah mereka mengenali saya seperti mana saya kenali mereka dengan menunjukkan gambar tersebut pada rakan-rakan? Jawapan: Ya pun betul, Tidak pun betul .. hanya saya dan insan yang bergambar yang ketahui (serta Allah S.W.T). Jadi, apakah relevan gambar Najib dengan Altantunya (seperti yang PKR tunjukkan pada kempennya)? Apakah relevan gambar Saiful Bahari (orang yang kata diliwat) dengan Sharir dan Najib? Bagi saya.. pelbagai taksiran boleh dibuat dengan gambar tersebut... tapi apakah taksiran kita betul seperti mana yang diketahui oleh orang didalam gambar tersebut?
2. Jika saya bergambar dengan Altantunya hanya kerana dia model... Adakah saya juga akan dikaitkan dengan kematiannya padahal saya hanya kenali dia sebagai model dan jumpa dia di depan hotel maka terus ingin bergambar dengannya?
3. Andai saya bergambar dengan Maya Karin dan ada orang tertentu telah mengambil gambar tersebut dan poskan pada Utusan/Berita Harian/Harakah/etc.. dan katakan kami ini bercinta dan gambar saya bersama Maya Karin di sebuah hotel di Bali sebagai bukti... Apakah impaknya? Adakah orang percaya atau tidak? Bukankah gambar tersebut nampak menyakinkan?
Jadi, oleh kerana itu, saya rasa adalah wajar pemimpin, orang kenamaan, artis, etc mengelak dari bergambar menggunakan kamera peribadi kerana pelbagai impak dan akibatnya boleh terjadi andai jatuh ditangan orang yang suka mengambil kesempatan sedangkan hakikat sebenarnya tidak diketahui.
Warna rambut jelas kelihatan, namun Niat di hati ternyata rapi disembunyi.
Fikir-fikirkanlah

No comments:
Post a Comment