Jangan marah... ini hanya sekadar gurauan. Apa pun, langkah pertama yang dilakukan oleh kedua-dua parti yang dianggotai bumiputera dengan sebilangan besarnya beragama ISLAM demi menjaga perpaduan ummah dan masyarakat serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi merupaka satu langkah yang tidak terlalu drastik, tetapi agak lambat. Sepatutnya langkah ini diambil lebih sepuluh tahun dahulu, dikala PKR yang kini lebih dianggotai penyokong anwar semata-mata baru ujud. Walau bagaimanapun, biar lambat dari tiada langsung.
Pada bangsa lain, ini bukan sebagai ancaman dan perbuatan khianat. Bangsa Melayu, terutamanya yang agamanya ISLAM, sentiasa menjaga keharmonian bangsa dan agama serta adat kesopanan dan kesusilaan dalam perhubungan. Tujuan utama disini ialah ingin menyatukan bangsa Melayu sepertimana kita lihat bangsa lain bersatu kerana bersatu itu teguh, bercerai roboh.
Walaupun dulu sebelum pilihanraya sudah ada ura-ura muzakarah ini, dan ada juga kata-kata pedas yang mengaitkan perjumpaan ini bagai minyak bertemu air, tidak akan bercantum selamanya, namun akhir-akhir ini, nampak ketara betapa minyak itu boleh dicantumkan dengan air setelah melalui beberapa proses penyaringan dan pemprosesan. Tetapi yang penting disini ialah sejauh mana keikhlasan perbincangan itu dan sejauh mana keinginan untuk berubah tanpa mementingkan hak dan kepentingan peribadi serta meletak jauh ideologi politik masing-masing. Ia hanya sekadar berteraskan tunjang yang utama yakni Memertabatkan Kembali Bangsa Melayu serta Memantapkan Sinar ISLAM di Malaysia dan seterusnya Menjamin Kesejahteraan Semua.... Ini pernah ujud dahulu, perlu diujudkan kini, dan dinikmati selamanya.
Moga perbincangan ini atau muzakarah atau muqabalah atau apa jua nama, namun menjurus kepada pucuk pangkal yang sama, akan diteruskan......

1 comment:
artikel anda :
http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/umno_pas_pasum_
promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!
Post a Comment