Rokok dan Islam | ||||||||||||
Agama Islam mampu memenuhi segala keperluan bagi setiap masalah yang berbangkit dalam kehidupan seharian umatnya, sehingga tidak satu perkara pun terlepas daripada sorotan Islam yang memberikan kaedah atau aturan cara melaksanakannya, supaya tidak membawa mudarat terhadap manusia itu sendiri. Dengan demikian, terjaminlah tindak-tanduk umat ini daripada terjerumus ke lembah dosa dan kerosakan akal, jasmani dan harta benda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang tidak dijelaskan hukumnya secara tegas, maksudnya tidak ditemui nas yang khusus membicarakannya. Hadith Rasullullah s.a.w. :"Halal itu jelas, haram itu pun jelas, dan antara keduanya ada beberapa perkara yang syubhat (samar) yang banyak dari manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam haram,"(H.R. Muslim) Tabiat menggunakan tembakau dalam bentuk merokok boleh dijadikan sebagai satu contoh perkara samar di mana tidak ditemui nas yang khas menetapkan hukumnya. Pada umumnya orang menganggap hukum merokok hanya markuh, sama dengan memakan makanan yang baunya tidak sedap seperti memakan bawang, jering dan sebagainya. Hadith Rasullullah s.a.w. : "Barang siapa makan bawang putih atau bawang merah maka janganlah mendekati masjid-masjid kita, kerana malaikat terganggu," Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh termasuk ke dunia Islam oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka. Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terperdaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini. | ||||||||||||
Tembakau & kesihatan | ||||||||||||
Tembakau memudaratkan kesihatan manusia dan haiwan apabila mereka terdedah kepada penggunanya. Kemajuan dalam penyelidikan sains perubatan telah jelas membuktikan hubungan rapat di antara penggunaan tembakau dengan kejadian kanser, penyakit jantung, penyakit paru-paru dan berbagai-bagai jenis penyakit lain. Rokok merupakan penyebab utama kesengsaraan dan kematian yang boleh dielakkan sama sekali di zaman moden ini. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bilangan kematian tahunan akibat merokok di seluruh dunia telah bertambah dari 1 juta dalam pertengahan tahun 1960an kepada 3 juta sekarang. Jumlah ini dianggarkan meningkat lagi kepada 10 juta setahun menjelang tahun 2020. Bahayanya tidak hanya membabitkan negara-negara Barat sahaja, malah kian mengancam dan menjadi masalah kesihatan yang paling utama di negara-negara membangun, termasuk di Malaysia. Tabiat merokok mengakibatkan 90% daripada kesemua kes kanser paru-paru, 75% kes kerosakan paru-paru (chronic bronchitis & emphysema) serta 25% kes jantung di kalangan lelaki berumur di bawah 65 tahun. Beberapa lagi jenis kanser paru-paru dan juga komplikasi dalam sistem pernafasan kanak-kanak, turut dikaitkan dengan merokok di kalangan ahli keluarga. Ibubapa yang merokok bukan sahaja meletakkan anak-anak mereka pada bahaya penyakit, tetapi juga kemungkinan bagi kecacatan anggota serta menggugat pertumbuhan fizikal dan minda ahli keluarga mereka sendiri. Kanak-kanak dari ibubapa yang merokok juga adalah lebih cenderung mencontohi tabiat buruk ini apabila mereka meningkat dewasa kelak. 'Baik buruknya kebangkitan tunas baru di antara kita, bergantung rapat dengan apa yang dibiasakan oleh ayahnya'. Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk perlakuan anak-anak mereka. Firman Allah s.w.t. :
Gangguan dan masalah pembiakan serta kehamilan akibat merokok telah juga jelas terbukti. Racun yang terkandung di dalam asap rokok yang dihidu oleh seorang ibu mengandung mampu mengakibatkan keguguran, kelahiran tidak cukup bulan, bayi yang tidak cukup berat badan, kecacatan janin dan berbagai-bagai komplikasi lain. Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa merokok boleh menyebabkan kemandulan bagi lelaki dan perempuan. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh menmbawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap termasuklah bahan radioaktif (polonium -201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun yang paling penting adalah tar, nikotin dan karbon monoksida. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser. Nikotin, seperti dadah heroin bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerens dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu selamanya, kecuali dengan kehendak Allah jua. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah berpunca daripada tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan penyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Karbon monoksida pula adalah gas yang beracun, biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Manusia seharusnya sedar lalu menjauhkan diri daripada menggunakan tembakau terutamanya rokok, kerana ianya adalah buruk, membahayakan dan membinasakan. Daripada maklumat tentang kemudaratan asap rokok terhadap kesihatan, maka isu berhubung menghidu asap rokok secara terpaksa atau secara pasif (passive smoking) semakin ketara dan menjadi persoalan hak asasi manusia yang semakin hebat diperkatakan di negara-negara maju. Asap rokok amat mengganggu keselesaan dan menjadi punca utama pencemaran udara dalaman (indoor air pollution), di kebanyakkan bangunan dan tempat awam. Asap yang terhasil daripada puntung rokok yang sedang menyala (sidestream), bersama-sama asap yang dihembus keluar oleh si perokok (ehaled smoke) adalah dipanggil environmental tobacco smoke (ETS). Ianya mengandungi jumlah kandungan racun pada peratusan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan asap yang disedut terus dari batang itu (mainstream smoke). Kajian-kajian saintifik yang dijalankan oleh berbagai badan penyelidikan terkemuka antarabangsa telah membuktikan bahawa merokok secara pasif (passive smoke) merupakan penyebab utama kejadian kanser paru-paru di kalangan orang yang tidak merokok. Bagi wanita bukan perokok, beliau mempunyai pertambahan risiko sebanyak 30% untuk menghidap kanser paru-paru dan kelebihan 50% pula untuk diserang penyakit jantung, jika suaminya merokok. Menghisap rokok adalah suatu perbuatan membunuh diri sendiri dan orang lain atau makhluk lain yang sentiasa terdedah kepada asap yang berpunca daripada perokok itu, sungguhpun proses pembunuhan ini mengambil masa yang agak lama. Firman Allah s.w.t. : | ||||||||||||
Perundangan Islam dan Merokok | ||||||||||||
Islam dan Faedah Merokok | ||||||||||||
Tidak dapat dinafikan bahawa merokok memberi faedah kepada penghisap di mana ianya dapat memberi ketenangan tertentu kepada penghisap untuk tempoh masa yang tertentu. Ketenangan ini dirasai sendiri oleh mereka yang merokok. Islam tidak menafikan faedah ini dan al-Qur'an sendiri pun merakamkan bahawa arak dan minuman keras juga adalah berfaedah kepada manusia. Ini jelas dalam firman Allah (surah al-Baqarah, ayat 219), Maksudnya, " Mereka bertanya kepada kamu tentang arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat manusia…." Namun, perundangan Islam mempunyai kaedah umum yang mesti diikuti kerana sikap sebaliknya akan menyebabkan banyak hukum- hakam Islam akan dipertikai. Kaedah umum ini ialah Islam melihat kepada kadar faedah dan kadar kerosakan yang terdapat dalam sesuatu bahan dan amalan di mana hukum akan hanya terbina di atas kadar mana Allah telah menyebutkan bahawa walaupun arak itu mengandungi beberapa kebaikan tetapi keburukannya lebih banyak dan sehubungan dengan itu, ia perlu diharamkan. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 219 Dalam konteks ini, walaupun merokok mempunyai beberapa kebaikan, namun keburukannya lebih mengatasi kebaikannya dan sehubungan dengan itu, ia perlu dilarang oleh Islam. Kalau kita hanya melihat kepada aspek kebaikan tanpa pertimbangan dengan kadar keburukan, banyak hukum-hukum yang telah dipersetujui perlu diubah seperti mencuri, berzina, amalan riba, berjudi dan sebagainya kerana amalan-amalan ini juga memberi kebaikan di samping keburukan yang lebih menyerlah. Ini adalah tabiat perundangan Islam di atas dunia dan seperti mana yang telah dijelaskan oleh Imam al-Shatibi bahawa kesempurnaan hanyalah berlaku di alam akhirat. Perundangan Islam untuk mengawal kehidupan manusia di atas dunia adalah tidak 'sempurna' sepenuhnya di mana dalam kejahatan ada kebaikan dan dalam kebaikan ada kekurangan. | ||||||||||||
Islam dan Bahaya Merokok | ||||||||||||
Perkara yang harus dalam Islam bersifat biasa dan tidak membawa kepada ketagihan. Malah, perkara yang wajib pun perlu dilakukan dengan sederhana supaya ianya berkekalan, berkesan dan sesuai dengan fitrah manusia. Namum amalan merokok adalah satu amalan yanga sukar dikategorikan sebagai perkara harus kerana ianya membawa kepada ketagihan dalam merokok menjadikannya menguasai manusia di mana manusia menjadi hamba kepada rokok dan bukan sebaliknya. Ketagihan adalah hasil daripada bahan-bahan kimia yang terkandung dalam rokok. Pemikiran yang sihat dan matang sudah pasti akan menolak sebarang unsue ketagihan sebagai amalan yang dibenarkan oleh Islam. Lebih-lebih lagi apabila ketagihan ini tidak dapat dipenuhi, ianya akan membawa kepada beberapa masalah sampingan yang melibatkan pihak lain seperti masalah kewangan, tekanan perasaan, perasaan marah, tidak tenang dan seumpamanya. Adakah amalan sebegini harus dalam Islam? Ketagihan menyebabkan kemuliaan manusia dikurungkan kerana manusia tepaksa patuh kepada dorongan ketagihan dan bukannya keimanan dan pemikiran yang stabil. | ||||||||||||
Islam dan Bahaya Rokok Kepada Masyarakat dan Alam Sekitar | ||||||||||||
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kandungan rokok bukan sahaja memberi kesan negatif kepada penghisap malah kepada mereka yang menyedut asap rokok. Ini adalah kesan yang tidak terima oleh perundangan Islam berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud, "tidak ada kemudaratan (dalam Islam) dan kemudaratan kepada orang lain perlu dihindarkan". Seseorang itu tidak boleh menimpa kemudaratan ke atas dirinya mahu pun ke atas orang lain. Tegasnya, kemudaratan mesti dihindarkan sebaik mungkin kerana ianya bukan ajaran Islam. Ajaran Islam ialah agama yang membawa kepada kebaikan dan kemudahan. Begitu juga, amalan menghisap rokok menggalakkan industri tembakau dikeringkan dengan menggunakan kaedah kayu api. Ini memerlukan kepada bahan pembakar yang banyak dan sekaligus menghasilkan karbon monoksida yang banyak dalam dunia dan menyebabkan hutan terhapus. | ||||||||||||
Rokok dan Masalah Sosial | ||||||||||||
Rokok sudah dikenalpasti sebagai titik permulaan kepada amalan ketagihan dadah, ganja dan seumpamanya. Mereka yang tidak merokok tidak akan terdedah kepada amalan penagihan dadah dan sebagainya. Ini adalah bertepatan dengan kaedah perundangan Islam iaitu Sadd al-Dhara' (blocking the means) iaitu menutup pintu kepada kejahatan. Sesuatu perkara itu, walaupun pada asalnya dibenarkan oleh perundangan Islam, boleh bertukar menjadi perkara yang ditegah sekiranya ia boleh membawa kepada satu keputusan yang tidak baik. Menyewa rumah kepada seseorang adalah harus tetapi menyewa rumah kepada seseorang yang terkenal dengan kerja-kerja maksiat adalah tidak harus atas dasar doktrin di atas kerana penyewa mungkin menjadikan rumahnya itu sebagai tempat dan pusat maksiat. Begitulah juga dalam persoalan merokok atas andaian hukumnya adalah harus. | ||||||||||||
Peringatan Kepada yang Merokok | ||||||||||||
Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancamkan kehidupan kita. Apa saja yang dimasukkan ke dalam tubuh dan uratsaraf kita hendaklah yang baik, bersih dan yang menjaminkan keselamatan jasmani, akal dan rohani kita. Tabiat merokok yang diamalkan denagn cara menyedut madat masuk ke dalam badan kita adalah satu tabiat yang merosak dan mengancamkan diri kita. Oleh itu berhentilah merokok. Allah berfirman dengan maksud menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk. (Al-A'raf: 157) |
Wednesday, July 09, 2008
Fatwa berkaitan rokok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment