A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Saturday, March 24, 2012

American Chopper team bina 1Malaysia Chopper

Najib terima 1Malaysia Chopper

KUALA LUMPUR 23 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sebuah motosikal berkuasa besar yang dikenali sebagai 1Malaysia Chopper daripada pembuat motosikal terkenal, Paul Teutul Sr. dari Amerika Syarikat (AS).
 
Motosikal rekaan khas Teutul Sr., yang juga pengasas Orange County Choppers itu akan ditampilkan dalam dua episod American Chopper: Senior vs. Junior di saluran Discovery Channel di AS pada 30 April dan 7 Mei ini.
Menurut Najib, kemunculan 1Malaysia Chopper merupakan satu pendekatan mempromosi negara ini dan permulaan baik dalam kerjasama di antara Malaysia dan AS untuk menerokai bidang permotoran khususnya motosikal berkuasa besar.

"Terima kasih kepada Discovery Channel kerana memilih Malaysia untuk ditampilkan dalam rancangan mereka.

Artikel penuh di Utusan Malaysia

Gambar menarik di blog Tokobakso dan NST

Komen Pakcik:
1. Alangkah bagusnya jika chopper tersebut dibina oleh orang Malaysia.
2. Agaknya siapa yang akan naik dan adakah ia akan digunakan di jalan-jalan di Malaysia atau sekadar menjadi pameran?
3. Tahniah pada PM dan Malaysia kerana bukang calang-calang orang yang akan masuk dalam rancangan kegemaran pakcik yang selalu bersiaran di NTV7 (hari ahad pukul 4.30 petang).. Terbaek!!
4. Bila pula Malaysia nak ada rancangan make-over sendiri seperti ini dan beberapa rancangan pengubahsuaian kenderaan?

No comments: