A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Wednesday, December 26, 2007

Masalah Sosial.. Salah Siapa?

Merempit, Lepak, Hisap Dadah @ seangkatan, Minum arak, Rogol, Merompak, Seks bebas, Pembunuhan dan lain-lain pekerjaan tiada faedah yang diwarisi atau dilaksanakan oleh generasi Malaysia umumnya, dan remaja melayu khususnya. Untuk disenaraikan segala macam gejala tidak sihat yang dikuasai@dirajai oleh masyarakat melayu (beragama islam terutamanya) tidak mungkin dapat dipenuhi dalam coretan ringkas ini. Sebut sahaja apa jua perkara buruk, lihat pada majoriti pelakunya, dan pastinya juara tetap sama, MELAYU.

Kalau dilihat pada sejarah, MELAYU merupakan salah satu bangsa yang punya kekuatan dan jati diri yang cukup tinggi. Seperti bangsa cina yang berada di segala ceruk dunia, begitu juga bangsa melayu. Kalau cina ada china-town dimana-mana, begitu juga orang melayu yang punya perkampungan melayu hatta di negara barat juga. Tapi entah kenapa dan apa silapnya, MELAYU generasi kini (generasi abad ke-20) semakin layu dan alpa dek dibuai kekayaan sementara, keseronokkan sekelip mata. Nafsu menjadi tonggak, hati sentiasa ingin memberontak, kepentingan diri diutamakan, maruah sudah jadi mainan.
Didalam hal ini, saya tidak menyalahkan pihak pemerintah semata-mata, jauh sekali guru-guru atau pihak berkuasa. Saya lebih suka melihat pada akar permasalahan ini; yakni IBU BAPA.


Saya dibesarkan dalam suasana disiplin yang ketat. Dan kalau kita lihat berdasarkan pengalaman ibu-bapa kita serta orang yang usianya dalam lingkungan 30 keatas, mereka ini majoritinya dibesarkan dalam suasana disiplin yang ketat serta kuasa diktator seorang bapa. Jika hitam kata abah, hitam la. Andai kata buku laporan ada merah, rotan akan naik ke badan. Jika cikgu telefon cakap anak nakal atau ada masalah disiplin, satu cikgu rotan, satu juga abah akan rotan. Saya yakin ramai yang tak berani cakap pada mak ayah andai dirotan atau didenda guru. Apatahlah kalau buku laporan banyak yang merah. Selain itu, setiap perbelanjaan dikawal selia si ibu bagi memastikan duit digunakan dengan sebaiknya. Makanan dibawa dari rumah. Lepas sekolah ada aktiviti sukan atau kelas mengaji. Setiap yang diingini perlu diusaha. Tiada yang percuma hatta ingin membeli baju baru pun kerana ibu-bapa dahulu sentiasa beringat.


Namun bila saya lihat fenomena sekarang, anak-anak yang memerintah, bukan ibu-bapa. Anak-anak diberi kebebasan untuk melakukan apa sahaja hatta mengawal perbelanjaan sendiri. Jika tak cukup, ibu-bapa akan memberi lagi demi memastikan anak-anak tidak merasa seperti mana mereka rasa (serba kekurangan). Andai dimarahi guru, guru akan diserang. Andai tok guru ngaji rotan, jika tidak ditukar kelas, guru itu juga dimarahi. Serba serbi mewah. Siap disediakan moto, kereta, dan paling kurang 'handphone'. Semuanya atas nama kasih-sayang. Ibu-bapa hanya melihat serta memantau dari jauh sahaja (kerana kesibukan mengejar kekayaan).
Cuba bandingkan hasil janaan generasi ini dengan generasi terdahulu. Mana lebih baik. Dulu bukan tidak ada jenayah, tetapi itu semua jarang-jarang didengari, malah kawasan kejiranan sentiasa mengambil berat hal jiran tetangga. Sekarang ada jiran sebelah rumah tak pernah kenal memandangkan sibuk mencari kemewahan dunia.
Kalau saya nak kupas lebih lanjut, tak sempat serta tak mampu dengan kekurangan yang ada. Tetapi persoalan yang harap dapat difikirkan bersama ialah, Kenapa Maruah dan Tingkah laku generasi sekarang makin teruk? Dimana peranan ibu-bapa? Kenapa kita hanya nak tunding jari pada orang lain? Bukankan ada hadith yang mengatakan Anak itu bagaikan kain putih yang tiada cacat celanya dan yang menentukan sama ada anak itu menjadi berguna atau tidak adalah ibu-bapanya. Lupakah kita pada hadith ini?

.... ... nanti saya sambung ye...

No comments: