A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Wednesday, June 10, 2009

English... kena lulus... pendapat aku ialah

Memang wajib lulus bukan setakat lulus je... sekurang kurangnya kredit baru boleh masuk universiti kerana kebanyakkan buku rujukan ialah dalam bahasa Inggeris. Nak guna komputer pun semuanya dalam bahasa inggeris, apatah lagi nak masuk 'U' dan seterusnya buat pembentangan pada orang dari pelbagai pelusuk dunia.
Dalam utusan ke harian metro hari ini, dari exco kelantan, katanya dari wajib luluskan BI, lebih baik wajibkan pendidikan agama. Nak kata bangang jadi exco, nak kata bijak, mungkin exco ni duduk kelantan je kut. BI diambil oleh semua orang sedangkan pendidikan agama hanya diambil oleh orang ISLAM sahaja (selain pendidikan moral yang diambil oleh pelajar beragama selain agama islam). Alasan lain yang diberi ialah akan memberi tekanan berat pada pelajar diluar bandar dan sekali gus menyukarkan mereka memasuki 'U' dan dalam erti kata lain mengurangkan orang melayu ke 'U'. Halloooooo exco, apa guna masuk 'U' jika BI budak tu teruk. Nanti menyusahkan diri je sebab tak boleh 'compete' dengan orang lain serta kena 'extend' pengajian atau jadi pelajar yang menghafal tetapi tidak faham apa yang diajar kerana tidak memahami BI dengan baik. Saya bekas pelajar 'U' dan saya lihat ramai orang kita yang cemerlang di peringkat sekolah tetapi gagal apabila menjejakkan kaki di 'U'. Ada yang gagal terus, dan ada yang ambil masa lama untuk habiskan pengajian, dan ada yg tukar kursus. Semuanya gara-gara BI mereka teruk.
Bukan mengagungkan BI, tetapi BI merupakan bahasa universal ketika ini dan kebanyakkan sumber ilmu adalah dalam BI. Dahulu, ketika kegemilangan ISLAM, bahasa ilmu ialah bahasa arab dan setiap yang ingin belajar dan mencari ilmu kena belajar bahasa arab. Jadi, apalah salahnya kita pertingkatkan BI kita agar kita boleh kejar ilmu sekarang dan seterusnya menaikkan kembali kegemilangan orang ISLAM dan seterusnya mengembalikan bahasa ilmu itu pada bahasa arab atau bahasa melayu.

Dalam pada itu, saya juga kurang bersetuju andai BI diwajibkan lulus untuk semua pelajar. Sepatutnya kita serahkan pada minat dan keinginan pelajar tersebut. Andai kata dia ingin mengambil bidang kedoktoran atau IT atau apa jua yang memerlukan penggunaan BI yang tinggi dan buku rujukannya ialah dalam BI, maka pelajar itu bukan sahaja wajib lulus BI, malah keputusan BInya mestilah melepasi kredit. Bagi yang minat pada bidang falsafah, sejarah, atau pendidikan, maka cukuplah sekadar lulus. Dan bagi pelajar yang lebih menjurus pada bidang yang kurang atau tiada penggunaan BI, maka tidak perlulah diwajibkan lulus. Mudah... semua orang suka... :)

No comments: