Sebentar tadi (~7:50am), melalui corong radio Sinar.fm, terdengar cerita menarik hujung minggu yang dikongsi bersama antara pendengar setia Sinar.fm (kerana gembira dengan celoteh KE & SY), pencerita yang menelefon konti Sinar.fm, dan penyampai radio tersebut. Menurut pencerita, itu merupakan pengalamannya yang pertama ketika terbabit dalam perkahwinan keluarganya. Ia merupakan kisah penghantaran pengantin (kurang pasti lelaki atau perempuan) dari Perak ke Batu Pahat, Johor.
Apa yang menariknya ialah mengenai adat perkahwinan di Johor (andai masih ada), yakni pembayaran tol sebelum pengantin tersebut boleh berada diatas pelamin bersama pasangannya.
Menurut pencerita, mereka telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai adat tersebut, lalu sipengantin pun menyediakan wang dalam jumlah RM5 setiap sampul (tidak pasti berapa sampul yang disediakan). Ketika hari tersebut, setibanya mereka di rumah pengantin, telah sedia menanti barisan lelaki menghalang pengantin dari memasuki kawasan rumah sebelum dibayar tol. Lalu mereka pun diberikan setiap sampul seorang. Menarik lagi kata pencerita, sampul dibuka ketika itu juga lalu bisinglah mereka mengatakan tidak cukup jumlah yang dimasukkan. Lalu kelam-kabut keluarganya menambah. Selangkah masuk kerumah pengantin, wanita pula menghalang laluan kearah pelamin meminta tol. Apa lagi, bertambah pening mereka menyediakannya. Dan ketika kaki menjejak pelamin, pasangan dihalang dari menaiki pelamin oleh mak andam yang juga meminta tol. Si pengantin tersebut pun mengeluarkan dompetnya dan memberi apa yang ada. Namun mak andam masih tidak benarkan kerana jumlahnya tidak mencukupi lalu digertak untuk tidak benarkan mereka menduduki pelamin. Kerana tidak berpuas hati, lalu keluarga pengiring pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka ingin pulang kerana itu sudah tidak logik dan akad nikah sudah pun dilangsungkan. Lalu ketika itu terdengar kata pencerita bahawa pihak disana kata tak boleh masuk bilik kerana akan dikunci melainkan menjelaskan bayaran tol terbabit.
Itulah cerita yang saya dengar tadi.
Pendapat Saya:
1. Perkahwinan didalam ISLAM itu mudah dan wajar dipermudahkan agar pasangan diberkati Allah dan tidak dibebani hutang. Adat tersebut bukan sahaja bercanggah dengan prinsip perkahwinan ISLAM malah boleh mendekatkan pasangan pada hutang yang tidak sepatutnya ada.
2. Andai mahu diteruskan juga adat tersebut, jumlahnya patutlah berpada-pada, yakni pada kemampuan penganting. Sudahlah tiba dari jauh yang terpaksa membayar tol sedia ada dalam perjalanan beserta minyak, ditambah pula tol yang diada-adakan kerana adat.
3. Apabila kita menghalang pasangan yang sah kerana alasan yang tidak ada dalam hukum syarak mahupun syariat ISLAM, tidakkah kita terfikir kita dikira menghalang sesuatu yang baik pada ISLAM dan boleh menjurus pada dosa yang sepatutnya tiada?

No comments:
Post a Comment