A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Tuesday, November 30, 2010

PKR mencemar ISLAM

Beberapa hari lepas, didalam berita dipaparkan seorang bukan ISLAM, ketika dikonvensen PKR, bercakap dengan nada tegas dan perlahan-lahan mengenai beberapa perkara yang sama sahaja sepanjang tahun ini. Namun ada 2 perkara yang menarik perhatian saya dan salah satunya diungkapkan oleh bukan ISLAM itu, dimana dia memetik sebuah hadis (kurang jelas) dan juga mengatakan bahawa konsep ketuanan tidak ada dalam ISLAM. Katanya lagi mana ada Rasul S.A.W memperkenalkan ketuanan Arab dan oleh itu konsep ketuanan melayu perlulah dihapuskan.

Satu perkara lagi ialah mengenai TPM ialah Lim Kit Siang andai Pakatan memenangi pilihanraya nanti.

Apa kata saya:
1.      Dalam ISLAM dan ketika zaman Rasullullah S.A.W hingga zaman sahabat terus ke zaman khalifah hatta khalifah Umar Abd Aziz sekalipun tidak pernah ada ketuanan arab. MENGAPA? 
a.       Kerana disana ada satu bangsa sahaja, yakni bangsa Arab dan yang ada ialah pemerintahan ISLAM dan undang-undang ISLAM. Saya tidak kisah andai ini yang ingin diterapkan oleh PKR, yakni satu bangsa iaitu bangsa MALAYSIA, satu sekolah (tiada SRJK), dan satu corak perundangan iaitu undang-undang ISLAM (yang sentiasa diperjuangkan PAS kononya). Namun, bukan ini yang PKR mahukan kerana ini akan berlawanan dengan keinginan sekutu mereka (DAP)
 
b.      Ketika Zaman yang diperkatakan oleh bukan ISLAM tersebut, yang ada ialah pemerintahan ISLAM berlandaskan musyawarah @ majlis penasihat dan tidak wujud parti-parti politik ini hatta Parti ISLAM sekalipun. Yang ada ialah pemerintahan dan politik ISLAM tetapi tiada parti politik ISLAM. Adakah ini yang PKR mahukan atau sekadar omong kosong bagi menarik sokongan bukan melayu?

c.       Konsep ketuanan melayu telah disalah fahami, disalah tafsir, disalah terjemah oleh PKR kerana konsep tersebut bukan bermaksud melayu adalah tuan segalanya dan bangsa lain tiada hak melainkan apa yang termaktub. Inilah tafsiran yang sering diperdengarkan, sedangkan jika kita fahami maksud sebenar berdasarkan cerita sebenar (jangan ambil sebahagian sahaja) seperti tok-tok guru pakatan selalu kata ketika ceramah (bacalah keseluruhan ayat dan faham kenapa ayat itu ada disitu bukan ambil sebahagian dan buat terjemahan sendiri), maka kita akan faham bahawa ketuanan melayu disini bermaksud memberikan pada yang hak, meletakkan sesuatu pada tempatnya, dan berlaku adil pada semua serta tidak meminggirkan kaum bumiputera didalam segala hal agar setiap insan beroleh kekayaan sama rata dan tiada sifat penindasan. Sepanjang-panjang konsep itu wujud, tidak pernah didalam Negara ini wujud hamba, tidak pernah kaum bukan bumiputera ditindas, tidak pernah kaum bukan bumiputera dihalang dari menjadi kaya atau menjawat jawatan penting dalam kerajaan (tidak seperti beberapa Negara jiran dimana kaum bumiputera pula yang teruk ditindas dan ada pula Negara jiran yang kaum lain tidak mendapat hak sekata). Ini yang telah salah tafsir oleh PKR terutamanya berucap ketika itu.

2.      TPM ialah Lim Kit Siang atau wakil DAP? Andai benar, kesian pada Hadi Awang dan rakan-rakan PAS lain yang bagaikan melukut ditepian gantang. Sudahlah di Pulau Pinang diberi jawatan yang tidak mampu membantu orang ISLAM (jawatan yang sinonim dengan orang PAS iaitu bahagian hal-ehwal orang ISLAM) sedangkan yang mampu menaikkan ekonomi sekali gus memastikan orang ISLAM tidak tertinggal dalam bidang lain semuanya diberi pada bukan ISLAM. Kini, andai PR memenangi PRU-13, PAS nanti yang boleh dibayangi saya ialah jawatan Menteri Kebudayaan, Menteri di JPM bahagian Agama, dan Menteri Pertanian. Sedih saya melihat PAS didalam PR yang bagaikan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Sudahlah konvensyen PKR pun tidak kelihatan orang kuat PAS bagi ucapan, dalam perancangan PKR pun PAS tiada juga. Sedih sedih… Bagaimana ingin memartabatkan ISLAM sedangkan diri sendiri pun hanya berpaut pada hujung tali yang nipis, ibarat kemudi satu kapal bersama, PKR di bahagian stereng, DAP dibahagian utama lain, PAS dibahagian enjin serta bahagian cucian (tempat yang orang lain tidak inginkan), begitulah nasib PAS.

No comments: