A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Wednesday, December 01, 2010

Utusan Malaysia Online - Terkini

RON97 kini RM2.30 seliter

01/12/2010 2:45am

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Harga minyak petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai esok.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Menurut sumber, pengumuman mengenai kenaikan harga RON97 tidak dibuat secara rasmi oleh kerajaan memandangkan perubahan adalah mengikut harga pasaran dunia.

Ia kenaikan kali kedua sejak kerajaan membuat pelarasan subsidi petrol dan memutuskan untuk mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.

Pada 1 November lalu, petrol gred RON97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan masih mengekalkan subsidi petrol RON95 walaupun dikatakan bakal menjejaskan pentadbiran kerajaan.

Pada Oktober lalu, kerajaan menjelaskan perbelanjaan subsidi untuk tahun depan mampu mencecah RM24.9 bilion berbanding tahun ini iaitu RM23.7 bilion.


Utusan Malaysia Online - Terkini

Pendapat Saya:
1. Menurut pasaran dunia.... - Andai kerajaan ingin apungkan bahan tersebut mengikut harga pasaran, kerajaan perlu membiarkan pada industri yang menetapkan harga berdasarkan permintaan semasa rakyat malaysia dan berasaskan kepada perang harga yang akan digunakan oleh syarikat minyak untuk menarik pelanggan. Tanggungjawap kerajaan ialah menetapkan harga syiling yang tidak boleh dilepasi dan membiarkan industri sendiri yang menetapkan harganya agar tidak boleh melepasi had maksimum tersebut. Dengan cara ini, barulah apungan tersebut betul dan menepati kehendak semasa dan rakyat.

2. ...bakal menjejaskan... - Nampaknya akan ada juga kenaikan yang tidak diharap oleh rakyat pada RON95 andai kenyataan sinonim ahli politik diambil kira. Hanya masa yang akan tentukan. Cuma saya berharap kerajaan lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana rakyat kini tidak bodoh dan boleh diperbodohkan dengan alasan lapuk. Mereka sudah bijak membuat pertimbangan sendiri dan mendapat maklumat dari pelbagai sumber.

No comments: