A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Saturday, December 04, 2010

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Subsidi bahan api, gula diselaras

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen sekilogram bagi gula berkuat kuasa esok.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Pengumuman tentang rasionalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, penyelarasan harga runcit bagi semua barangan berkenaan di Malaysia masih rendah berbanding negara jiran Indonesia, Singapura dan Thailand.
Sebagai contoh, petrol RON95 berharga RM2.46 seliter di Indonesia, RM4.36 di Singapura dan RM4.25 di Thailand, manakala harga diesel pula RM2.50 seliter di Indonesia, RM3.18 di Singapura dan RM2.96 di Thailand.

PAK CIK CAKAP - Setiap kali naikkan harga, alasan sama diguna-pakai. Wahai menteri-menteri yang berotak tetapi tidak berguna, jangan dibandingkan dengan negara lain kerana mereka itu tidak mempunyai TELAGA MINYAK dan TIADA TOL serta barang lain jauh lebih murah daripada negara ini. Jika mahal, pasti rakyat negara ini tidak pergi ke GOLOK, PADANG BESAR, dan sewaktu dengannya untuk membeli. Jangan pula nak bandingkan dengan Singapura yang jalan rayanya hanyalah sejengkal cuma dan rakyatnya lebih gemar naiki pengangkutan awam yang lebih effisien dari malaysia (dari dulu habiskan duit untuk perbaiki tetapi mutu tetap sama). Selain itu, pendapatan perkapita rakyatnya jauh lebih tinggi dari malaysia.

Harga LPG pula RM2 bagi satu kg di Indonesia, RM6.42 di Singapura dan RM1.93 di Thailand, manakala harga gula RM3.50 bagi satu kg di Indonesia, RM3.80 di Singapura dan RM2.80 di Thailand.
Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.

Menurut kenyataan itu lagi, rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan pada masa sama, mengurangkan perbelanjaan.

PAK CIK CAKAP - Kalau betul nak naikkan kutipan hasil, kurangkan gaji menteri dulu. Lepas tu tingkatkan harga yang majoriti orang kaya @ berpendapatan tinggi guna pakai, bukan barangan yang majoriti orang pakai. Andai nak kurangkan perbelanjaan, kurangkan menteri-menteri dan orang yang tak perlu. Contoh: Sesuatu jabatan kerajaan mempunyai hingga berpuluh setiausaha yang perlu diuruskan oleh ketua setiausaha. Kalau buat lawatan mengejut, pasti terkejut dengan mereka yang lepak dan tunggu hujung bulan terima gaji sahaja. Yang habiskan masa dengan chatting dan ber'facebook' pun ramai juga. Selain itu, kurangkan perbelanjaan berjalan-jalan menteri semua. Kalau nak buat lawatan, cukup seorang dua je pergi. Ini tidak, kalau buat lawatan, sampai berpuluh mengikutnya hingga anak bini diangkut sekali. Dan kalau benar nak berjiwa rakyat, cuba-cubalah bawa kereta tanpa 'claim' minyak, bayar tol, dan bayar semua perbelanjaan sendiri. Lepas tu, cuba pula naik pengangkutan awam dan kalau boleh, masa pergi lawatan tu, naik kapal terbang kelas ekonomi. Maka pasti berbillion ringgit boleh diselamatkan.
Program Transformasi Ekonomi (ETP) bertujuan meningkatkan per kapita Pendapatan Dalam Negara Kasar (PDNK) kepada AS$15,000 menjelang 2020, tambah kenyataan itu.
PAK CIK CAKAP - Macam mana nak naikkan pendapatan perkapita kalau baru nak pulih dari kegawatan ekonomi dulu, kena berhutang semula. Baru nak merasa boleh simpan duit untuk hari tua, kena habiskan semula. Siap kena berhutang lagi.

Untuk mencapai sasaran tersebut, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perlu berkembang sekurang-kurangnya enam peratus setahun bagi membolehkan hasil yang diperoleh kerajaan meningkat melalui kutipan cukai.

PAK CIK CAKAP - Banyak lagi barang yang boleh dinaikkan cukai. Kasut yang orang miskin tak pakai, Rokok, Arak, Cukai JUDI, Cukai KELAB HIBURAN @ KELAB MALAM @ KELAB SETAN, dan pelbagai lagi benda yang hanya orang berkemampuan mampu guna pakai.


Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan untuk menangani isu dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan daripada enam bidang itu, NKRA mengenai kemiskinan, infrastruktur asas luar bandar dan pendidikan awal dengan jelas memberi kesan terhadap 40 peratus penduduk peringkat bawah di negara ini, tambah kenyataan itu.

Sebagai contoh, sejak Januari tahun ini, kerajaan telah membina 538 km jalan luar bandar, 260 peratus lebih banyak berbanding tahun lepas, membuka 1,358 kelas prasekolah yang memberi manfaat kepada 54,569 kanak-kanak dan mengurangkan jumlah isi rumah miskin tegar sebanyak 55 peratus.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa di bawah GTP, kerajaan memberi keutamaan terhadap kebajikan golongan miskin. - Bernama

PAK CIK CAKAP - Semua itu langsung tidak memberi kesan. Yang miskin akan menjadi miskin tegar, Yang mudah miskin, Jadi miskin. Yang baru rasa nak ada duit sikit, masuk kategori mudah miskin. Setakat bina jalan tidak memberi kesan nyata kerana hendak guna jalan, terpaksa guna minyak (kenderaan). Bila guna minyak, minyak pula naik harga... Miskin lah ia. Pra-sekolah, andai tidak dibuka pun sudah berlambak tadika @ taska. Malah itu untuk kanak-kanak yang tidak mengerti erti susah lagi. Mak bapa yang nak sekolahkan anak2 terpaksa fikir 2 - 3 kali sebab bila minyak naik, pastinya tambang bas akan naik (walaupun kerajaan cakap tak leh naik, dia org peduli apa.. akan tetap naikkan juga). Jadi tidak kemana juga akhirnya. Dulu miskin tegar dikurangkan 55 peratus. Minggu depan, andai diukur, miskin tegar bertambah 60%... maka tiada perbezaan juga.
Akhirnya, yang menderita, rakyat biasa... Yang gembira Idris Jala?? dan rakan-rakannya serta pak-pak menteri yang terjamin kenaikan gaji serta pelbagai elaun, hatta minyak kereta pun tidak perlu dibayar dan orang-orang kaya.

Yang miskin akan terus miskin... Sudah tiba masanya agaknya kita cuba pula Pakatan Rakyat dan lihat selama 5 tahun. Tak kisahlah TPM dari DAP pun.. janji rakyat miskin dan mudah miskin macam pak cik ni terbela.


Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

No comments: