A journal written by orang kampung.. There is a place that you will never forget.... kampung


Friday, December 31, 2010

Nie Ching tetap hadiri majlis - Bodoh dan biadap

Nie Ching tetap hadiri majlis

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertegas untuk terus menghadiri majlis di pekarangan surau dan masjid dengan alasan langkah itu selaras dengan konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan DAP.
Beliau berpendapat perbuatan itu bukan satu kesalahan kerana dirinya sendiri telah banyak kali melihat orang bukan Islam menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di pekarangan surau dan masjid.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan berita mengenai dirinya yang disiar oleh Utusan Malaysia hari ini mengandungi unsur-unsur fitnah dan hasutan.
''Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun UMNO kerana saya percaya akhbar ini tidak layak untuk memberitahu mengenai ajaran Islam.
''Sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh penyokong ataupun warga Malaysia melalui Facebook ataupun blog bahawa Islam adalah agama yang mengamalkan toleransi,'' katanya dalam blognya di www.wretch.cc/blog/teonieching hari ini.
Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai tindakannya masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong di sini sempena Karnival Maal Hijrah pada 12 Disember lalu dengan memakai baju ketat serta melakukan senamrobik bersama- sama jemaah lelaki dan wanita masjid tersebut.
Dalam blognya juga, Nie Ching mempersoalkan, apakah menjadi satu kesalahan kepada dirinya untuk bersenam di tempat letak kereta masjid bersama dengan orang ramai.
''Kenapa usaha saya untuk merapatkan hubungan dengan pengundi dan mempertingkatkan kefahaman dianggap salah. Adakah salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam atau sebab saya seorang ahli politik DAP?
''Saya akan teruskan usaha untuk mewujudkan sebuah Malaysia untuk semua anak Malaysia, iaitu Malaysian Malaysia,''
Pada 22 Ogos lalu, Ahli Parlimen wanita DAP itu turut menimbulkan kontroversi apabila masuk ke ruang solat Surau Al-Huda Kajang Sentral tanpa menutup aurat untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada surau berkenaan.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

PAKCIK CAKAP: Pakcik sebenarnya malas nak layan hal politik remeh temeh ni. Tapi bila sentuh pasal ISLAM pakcik rasa tidak puas hati. Jadi pakcik nak cakap sikit pada perempuan yang bodoh dan biadap ini serta penyokongnya yang buta dan juga PAS yang telah berjaya diperbodohkan mereka.
1. Tidak jadi kesalahan sebab lihat orang bukan ISLAM hadiri sambutan Aidilfitri di perkarangan surau dan masjid - Wahai Nie Ching yang tidak berakal, bolehkah puan bezakan antara bersenam dan hadiri majlis tersebut? Tidak boleh? Ini perbezaannya: Yang pertama sambutan aidilfitri tiada lagu rancak dan tiada pergerakan badan yang boleh menyebabkan zina mata berlaku sedangkan senamrobik yang puan lakukan itu cukup lengkap dengan unsur-unsur yang boleh menyebabkan hadirin mendapat dosa percuma. Lihat sahaja pada pergerakan badan yang bergoyang di iringi lagu rancak dan tanyakan pada ulama kamu adakah ini tidak berdosa? Kedua, sambutan aidilfitri pastinya hanya ada makan dan bual bicara kecuali kariah masjid atau surau ingin dapat dosa percuma dengan adakan lagu yang tidak islamik maka ia hanya pada dasarnya beramah mesra dan menjamu selera. Apakah itu disamakan dengan melakukan pergerakan badan yang menampakkan susuk badan lantas memberi dosa percuma seperti yang puan dan beberapa wanita lain lakukan pada senamrobik tersebut? Sungguh memalukan.
2. Utusan mengandungi unsur fitnah dan hasutan - Jika ada unsur tersebut, silalah saman. Yang pasti walaupun sebahagian ceritanya lebih kepada kritikan, tetapi bagi pakcik, ada bahagian yang boleh diterima iaitu kewajaran melakukan senamrobik di perkarangan masjid atau surau. Wajarkah kita mendengar muzik rancak (yang pastinya bukan muzik yang dibenarkan oleh ISLAM) sambil bersenam dengan pergerakan ala-ala menari? Pastinya ada yang tergelak sambil mata melihat pada bahagian yang tidak sepatutnya hingga mencemar kesucian masjid itu sendiri lantas menjadikan ia tempat melakukan zina percuma. Wajarkah?
3. ISLAM adalah agama yang mengamalkan toleransi - Memang benar Nie Ching, ISLAM amalkan toleransi tetapi bukan pada tahap membolehkan perkara yang berkaitan dosa dilakukan. Bodoh dan singkat benar pemikiran kamu ini. Toleransi yang dimaksudkan ialah membolehkan pelbagai kaum dan agama duduk semeja bersembang, berkawan, berniaga dan bermain tetapi dalam masa yang sama hukum halal-haram masih perlu dipegang. Hukum aurat antara lelaki dan perempuan serta aurat antara perempuan bukan ISLAM dan perempuan ISLAM perlu dijaga. Hukum senam itu harus bagi menjaga kesihatan tetapi apabila dicampur lelaki perempuan serta dilakukan dengan aksi yang melampau (bergoyang dan menampakkan susuk badan) dan ditambah dengan muzik yang rancak, maka pastinya bukan lagi harus atau halal hukumnya.
4. Menjadi satu kesalahan ke untuk bersenam dengan orang ramai di tempat letak kereta masjid? - Bersenam di situ tidak menjadi kesalahan jika kita sekadar bersenam tanpa muzik dan bersenam yang tidak menampakkan pergerakan tubuh yang ketara seperti Tai-Chi, CiQong, Strecthing. Tetapi aktiviti yang anda lakukan ialah senamrobik yang pastinya ada pergerakan yang melampau (goyang badan hingga pinggul dan buah dada bergoyang) dan muzik rancak. Mungkin pinggul dan dada anda tidak bergoyang sangat tetapi bagaimana dengan peserta wanita yang lain? Bagaimana pula pada mata lelaki yang berada dibelakangnya? Sedikit sebanyak pasti terpandang dan seterusnya menjamin akan dosa yang berterusan sehingga aktivit itu tamat. Adakah ini tidak salah? Niat memang baik tetapi adakah caranya betul?
5. Malaysian Malaysia - Bukankah usaha kerajaan kini mewujudkan sebuah Malaysia untuk semua orang Malaysia yang dinamakan 1Malaysia dan usaha itu juga sudah agak berjaya? Dan bukankah Malaysian Malaysia ini sebuah gagasan DAP yang ditolak oleh PAS kerana tidak selari dengan perlembagaan Malaysia? dan bukankah konsep ini sama dengan konsep Singapura yang akhirnya meletakan Melayu jauh dari segalanya?

Pak cik rasa kamu belum layak mentafsir ISLAM sebagaimana kamu cakap Utusan dan UMNO tidak layak mengajar kamu mengenai ISLAM. Jika benar kamu ikhlas untuk mendalami ISLAM, bukan Nik Aziz yang patut kamu temui, tetapi, berjumpalah dengan Tok-Tok Guru di Madrasah yang tidak dicemari politik dan datanglah ke Masjid Sri Petaling dimana golongan tabligh bertemu dan berbicara mengenai ISLAM tanpa unsur parti politik. Pastinya kamu akan dapat didikan ISLAM yang sebenar tanpa pengaruh parti politik dan mendapat gambaran yang benar tanpa sifat kepartian.

No comments: