JANJI pembangkang untuk melaksanakan 'Pelan 100 Hari' jika berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 dan memerintah negara ini bukan sahaja membuatkan pakar-pakar ekonomi yang mendengarnya berkerut dahi, malah ia boleh menjadi bahan jenaka sepanjang zaman.
Selain itu orang biasa yang kurang mahir ilmu matematik juga mampu mencongak tentang kemampuan kewangan pembangkang untuk melaksanakan pelan tersebut, memandangkan ia melibatkan berbilion ringgit.
Melihat kemampuan ekonomi negara, kita sudah menjangka apa yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang itu sekadar janji kosong yang sengaja digembar-gemburkan untuk menjadi popular dalam meraih sokongan rakyat.
Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya semalam yang menyifatkan janji pembangkang untuk melaksanakan 'Pelan 100 Hari' jika dapat memerintah negara sebagai tidak berpijak di bumi nyata.
Agaknya dari mana pakatan pembangkang memperoleh punca atau sumber kewangan untuk melaksanakan pelan tersebut. Adakah dengan cara meminjam dari Dana Kewangan Antarabangsa? Jika sudah meminjam, dari mana pula mahu dikorek duit untuk membayar semula pinjaman tersebut. Melihat sikap pembangkang yang sanggup berbuat apa sahaja, asalkan impian menakluk Putrajaya tercapai, kita bimbang jika negara ini terpaksa 'dijual' kepada pihak luar bagi melunaskan segala hutang piutang yang ditanggung itu.
Sanggupkah kita melihat tanah air tergadai? Tentu sekali tidak dan dengan itu, rakyat perlu cepat sedar dan jangan mudah terpedaya dengan janji-janji pembangkang yang tidak berpijak di bumi yang nyata itu.
Kita cabar pembangkang supaya membentangkan hari ini juga kepada rakyat tentang dari mana punca kewangan untuk membiayai segala program di dalam pelan tersebut diperoleh. Kita yakin bahawa pembangkang tidak berani menyahut cabaran itu kerana ia sememangnya tidak mempunyai kemampuan.
Sudah terang lagi bersuluh, dan bahayanya permainan politik pembangkang itu bukan sahaja dipenuhi dengan tipu muslihat, malah boleh merosakkan masa depan negara. Ini kerana terdapat segelintir rakyat yang mudah tertipu dengan segala janji walaupun menyedari ia sesuatu yang aneh untuk ditunaikan.
Lihat sahaja penduduk di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang sekarang yang mulai sedar tentang kesilapan yang telah mereka lakukan dalam PRU Ke-12. Ini kerana rata- rata rakyat menyedari bahawa segala janji yang ditabur sepanjang kempen pilihan raya tersebut masih belum dapat ditunaikan walaupun telah hampir tiga tahun memerintah.
Kegagalan kerajaan negeri berkenaan menunaikan segala janji adalah kerana tidak mampu kerana tidak ada punca kewangan yang boleh digunakan untuk kebajikan rakyat. Justeru, apabila muncul 'Pelan 100 Hari' tersebut, maka ia jelas satu lagi perangkap pembangkang untuk memperdaya rakyat.
Nampaknya pakatan pembangkang benar- benar terdesak sehingga sanggup berjanji apa sahaja untuk menyedapkan halwa telinga rakyat. Biarpun tidak mampu untuk menunaikan janji-janji tersebut, tetapi ia terus dilakukan kerana rakyat suka mendengarnya.
Yang jelas menjadi mangsa adalah rakyat terutama mereka yang mudah sangat termakan pujuk rayu pembangkang yang jelas menipu rakyat. Jangan sampai, 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.'
Justeru, untuk menyelamatkan nasib rakyat, maka wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras untuk memastikan rakyat tidak terus ditipu. Kembalikan kewarasan rakyat untuk berfikir mengenai sesuatu yang logik dan boleh diterima akal dalam menentukan masa depan negara.
Jangan biarkan pembangkang menggadaikan masa depan negara sehingga anak cucu kita kelak terpaksa menanggung kesukaran hidup yang berpanjangan.
Biarlah kita hidup secara sederhana sekarang, asalkan tidak merana di kemudian hari gara-gara terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang.
Utusan Malaysia Online - Rencana
PAKCIK CAKAP:
Benar ke? Apakah PM sudah analisis kemungkinan bahawa ia tidak boleh dilakukan? Atau PM hanya mendengar dari mulut-mulut pengipas tetapi tidak berdasarkan fakta sebenar? Pakcik tengok tawaran PR itu bagus dan pakcik rasa tidak mustahil dilaksanakan juga memandangkan Khazanah, KWSP, dan beberapa entiti GLC saban tahun melaporkan kewangan yang cukup kukuh. Malah ada beberapa rakan pakcik di Khazanah dapat bonus berbulan-bulan dan kenaikan gaji tinggi ketika rakan di tempat lain mengeluh kerana sudah bertahun tiada bonus dan kenaikan gaji. Tawaran PR memang boleh dilaksanakan, tetapi tidak dalam 100 hari seperti yang dicanangkan adalah mustahil dan tidak mungkin boleh dilaksanakan. Apa yang pasti PM dan orang-orangnya kena betul-betul siasat dan congak, dan bukan sekadar menidakkan kebolehan PR untuk melaksanakannya. PM juga perlu 'counter-attack' dengan menawarkan sesuatu yang setanding atau lebih baik dari penawaran PR.
Bagi rakyat biasa seperti Pakcik ni, paling penting, jangan terima bulat-bulat apa yang ditawarkan oleh PR walaupun ia kelihatan indah kerana sesuatu yang indah pada tawaran belum tentu indah ketika pelaksanaannya. Sekarang ini ada pelbagai sumber maklumat boleh dibaca dan diterjemahkan untuk melihat sejauh mana praktikaliti akan tawaran tersebut. Congak dan kiralah dengan hati dan minda yang terbuka. Pastinya ia tidak mustahil dilaksanakan... tetapi pelaksanaannya akan mengambil masa yang panjang dan juga memerlukan pengorbanan dari pelbagai pihak. Yang berjanji ialah PR... tetapi yang akan melaksanakan dan melakukan pengorbanan adalah dari pelbagai sektor swasta dan kerajaan serta GLC dan tidak ketinggalan rakyat. Adakah sanggup swasta melihat kadar keuntungannya kurang kerana tiada subsidi? Adakah sanggup GLC melakukan transformasi hingga menjejaskan periuk nasinya walaupun sementara? Adakah sanggup rakyat menderita kemudian demi kemakmuran sementara atau mengambil risiko yang belum tentu berjaya dikekalkan hingga ke anak cucu? Persoalan inilah yang perlu kita lontarkan dalam mencari tawaran yang terbaik dan ideal untuk semua pihak.

No comments:
Post a Comment